Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu

Entry kali ni I nak share topik yang mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi bukan apa pun I nak share haha. Nak kongsi review dan pengalaman I guna produk pembersih kewanitaan Sumber Ayu. Kalau yang tak ada idea apa itu pembersih kewanitaan, sabun atau cecair pencuci untuk cuci bahagian intim anda.





Sebelum itu I nak kongsi satu info yang I banyak baca dekat media social akhir-akhir ni mengenai kesan penggunaan cecair pembersih kewanitaan. Doktor tidak menggalakkan penggunaan pembersih ni sebab menggangu ph kulit dekat bahagian tersebut dan yang paling utama bahagian tersebut mampu membersihkan sendiri. Macam self-cleaning.



Walaupun ada self-cleaning tapi kita kena juga cuci bahagian tersebut. Cara nak cuci pula guna air bersih yang banyak dan gosok la perlahan sampai puas hati. Jangan beriya tonyoh pula.



Kenapa I masih gunakan Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu ni?







I bukan selalu guna pun. I akan guna bila rasa yang sangat tidak selesa pada bahagian tersebut contohnya bila baru lepas workout, berpeluh banyak dan bila dah seharian dekat luar. Masa period pun kadang-kadang pada hari awal tu I guna juga. 



Bagi kulit I setakat ini tak ada kesan iritasi gatal-gatal bila guna produk ni. Masalah keputihan pun tak ada tahap teruk jadi I rasa okay nak guna produk ni hanya bila diperlukan. Bukan guna setiap hari tau.



I start guna produk Sumber Ayu ni dari zaman belajar lagi tapi bukan setiap kali habis I beli. I boleh kira dan ingat lagi dah berapa botol guna sebab tak banyak ! Kalau rasa nak beli baru beli hihi. I pernah cuba jenama lagi satu selain Sumber Ayu tapi I lagi suka yang ini sebab harga dia murah dan tak ada kesan alahan ke gatal ke apa.



I suka beli yang botol warna pink sebab warna favourite I haha. Untuk botol pink ni mengandungi wangian rose. Tak silap ada botol warna hijau dan biru juga. Pembersih ni dari ekstrak daun sireh tapi campur dengan rose sekali.




Image result for daun sireh stock photo


Kalau korang risau nak pakai apa-apa pembersih kewanitaan tapi nak cari alternatif untuk cuci bahagian tu boleh rebus daun sireh sendiri je dekat rumah. Air rebusan tu buat cuci. Tapi agak leceh sebab mana nak cari daun sireh sendiri……. Dulu masa opah I tinggal dekat kampung memang ada la pokok daun sireh dan daun dia memang lebat. Best je kalau nak kutip. Sekarang opah pun dah tinggal dekat bandar haha.






Tekstur dia pula cair macam air dan tak ada warna. I akan letak dekat tapak tangan dan bagi ada buih sikit baru guna. Tapi dia macam tak ada buih sangat pun. Untuk kulit I tak ada kesan kering sebab I tak sabun lama-lama. Semua bergantung pada jenis kulit masing-masing okay.



Botol dia pula bentuk cantik dan senang nak pegang tapi tak silap ada satu saiz sahaja dan agak besar kalau nak bawa travel. Tapi I ada satu masalah bab nak bukak botol tu. Susah gila. Sakit jari nak cungkil penutup dia. Selalu I tak tutup rapat jadi senang nak bukak semula nanti.



Kalau korang ada tips or pesanan yang korang guna untuk menjaga bahagian keintiman korang tu share dekat komen box okay I pun nak tahu juga. Nanti boleh I kumpul tips untuk menjaga bahagian kewanitaan next entry.



3 comments