Resepi Chicken Buttermilk

Harini I nak kongsi resepi Buttermilk Chicken Ayam Crispy. Ini cara I buat buttermilk chicken la. Dah berapa puluh kali buat dan tengok macam-macam resepi, dah boleh agak sendiri nak rasa yang macam mana, kalau nak rasa lebih berlemak macam mana hihi


I suka masak ayam buttermilk ni sebab senang sangat nak buat ! Campak je bahan-bahan semua dah siap. Kalau tak tahu nak masak apa pun I akan masak je buttermilk ni. Kadang-kadang stress juga bila fikir nak makan apa harini, esok, lusa. Aiman pun kadang membantu juga bagitau apa dia nak makan, kadang tu dia pun tak tau nak makan apa……


Jadi mari mulakan Resepi Buttermilk Chicken yang mudah. 






Bahan goreng ayam :

Ayam bahagian isi
Tepung goreng ayam
Telur


Cara :
Bersihkan ayam dan potong kecil.
Celup ayam dalam telur dan kemudian dalam tepung pula.
Kalau nak lebih crispy I suka buat celup telur, celup tepung, celup telur lagi, last celup tepung.



Sebab I suka ayam tu crispy rangup dan banyak tepung I selalu buat dua kali salutan telur dan tepung. Aiman pun suka macam tu juga so bergantung pada citarasa masing-masing okay. Untuk ayam biasa I memang ambil bahagian isi. Senang nak potong kecil. I akan potong sampai jadi macam ayam popcorn tu.



Kalau tak ada tepung goreng ayam yang biasa I akan guna tepung gandum tambah serbuk perasa sikit, lada hitam sikit, serbuk cili sikit. Ikut la kreatif masing-masing hahaha setakat ni sedap je bila guna tepung gandum sebab tepung goreng ayam dah habisss.



Bila ayam dah goreng siap, ketepikan.



Untuk kuah buttermilk pula.




Bahan kuah Buttermilk :
Bawang putih dicincang
Daun kari
Butter
Susu cair
Cili padi 


Untuk bahan kuah dia I tak ada sukatan sebab selalu sukati je nak masuk banyak mana hahaha. Sebab makan pun berdua sahaja tak ada nak buat banyak jadi senang nak anggarkan. Kalau tak reti nak agak boleh la tengok gambar bahan-bahan I then anggarkan sendiri…..


Cara :

  1. Cairkan butter. I suka butter banyak.
  2. Masukkan bawang putih. Dah garing sikit baru masukkan cili padi dan daun kari. Kacau.





3. Kemudian masukkan susu cair. Kalau tak ada susu cair boleh masukkan susu segar. I tak pernah lagi cuba kalau masukkan air kosong…. Mungkin kurang rasa berlemak.




4.  Nak pekatkan kuah buttermilk boleh masukkan tepung jagung yang dah campur dengan air.

5.  Rasa la nak tambah garam ke, nak lebih pedas tambah serbuk cili ke.


I suka pedas so selalu akan tambah serbuk cili. Bila pedas kurang rasa muak.


Yeah dah siap. Boleh hidang. I biasa tak campurkan sekali kuah buttermilk dan ayam. Letak bekas asing. Dalam pinggan nak makan nasi baru campur sendiri sebab tak suka ayam tu rasa lembik dalam kuah hahaha. Sorry gambar selepas Siap tak ada sebab lapar dah nak makan.






8 comments

  1. Sama lah, kalau makan pedas2 baru bertambah nasinya :D

    ReplyDelete
  2. Chicken buttetmilk nie 2-3 kali je masak..tapi belum dapat lagi resepi yang betul-betul kena dengan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha airah main campak2 je lepastu kena pastikan pedass

      Delete
  3. Samalah ! Suka buttermilk yang pedas2 sikit, lagi sedap. Bertambah2 makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha sejenis yang makan pedas suka la kalau pedas2 ni

      Delete
  4. tak pernah buat lagi tapi selalu jugak save resepi ni haha teringin lahai nak rasa

    ReplyDelete