Terdedah dengan cahaya
matahari terlalu lama selalu buatkan kulit I rasa kotor, gatal dan tak selesa.
Walaupun keluar berjemur matahari sekejap je masa lunch hour pun dah boleh buat
kulit tak selesa dengan persekitaran dekat luar tu. Udara dekat luar bukan
bersih sangat sekarang. Macam-macam benda kotor seperti asap boleh masuk dalam
liang pori dan menyebabkan jerawat.
Lagi satu bila lama
sangat dalam aircond dan aircond kuat pun boleh buat kulit I rasa berminyak.
Walaupun kulit I jenis kombinasi normal dan oily, bila part dia nak oily tu
rimasnya ! Balik kerja memang kena cuci muka betul-betul bagi kotoran hilang.
Macam I cakap tadi bila
liang roma dah tersumbat dengan udara, asap kotor boleh menyebabkan jerawat
naik dengan jayanya. Tapi ada jugak kes dah cuci muka elok-elok tapi jerawat
masih ada. Mungkin pencuci muka tak cukup cuci muka dengan mendalam, pada
permukaan sahaja. Jadi memang banyak produk pembersihan muka kena guna kalau
nak kulit muka bersih sampai ke dalam liang pori.
Korang boleh cuba
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pembersihan pori secara
mendalam. Secara ringkasnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
membantu
· Mengawal sebum dan minyak
· Melembap
· Berbuih
· Bernutrisi
· Membersih pori secara mendalam
· Melembutkan kulit
· Menanggalkan sel kulit mati
· Menghaluskan pori
Produk : Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kegunaan : Pencuci muka
Jenis : Buih lembut
Isi : 150ml, size 5.29
fl.oz
Bahan
Bahan utama dalam
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah aloe barbadensis leaf
juice, tea tree leaf oil, anthemis nobilis flower extract, borago officinalis
extract, jasminum officinale extract, lavandula angustifolia extract, mentha
arvensis leaf extract, rosmarinus officinalis extract, salvia officinalis leaf
extract and thymus vulgaris extract.
Korang boleh google
satu-satu bahan dia untuk tahu ada fungsi bahan tersebut dalam skincare okay.
Tapi kebanyakkan bahan I dah tahu apa fungsi dia dan memang digunakan secara
meluas dalam proses pembuatan sesetengah produk kecantikan.
Contohnya, aloe
barbadensis leaf juice tu. Entry blog I sebelum ni ada cerita I memang tak
sesuai pakai aloe vera lagi-lagi yang jual 100 peratus aloe vera dah siap dalam
tub tu. Memang tak sesuai kulit jadi bengkak dan gatal. Kalau ambil sendiri
dekat pokok, okay je. Aloe leaf juice ni membantu melembapkan dan membersihkan
kulit, merawat acne, melegakan sunburn, anti-inflammation dan mengurangkan spot
mark.
Tea tree leaf oil pula
memang favourite I untuk melawan jerawat. I suka pakai produk yang ada tea
tree. Tea tree boleh membantu merawat jerawat, mengurangkan jangkitan, anti
fungus dan membersihkan kulit. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat I sapu tea
tree oil. Tapi bila dah pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni
tak payah risau sangat pasal jerawat.
Packaging
Untuk packaging dia
didatangkan dalam kotak. Kotak tu dah siap balut bubble wrap kemain tebal lagi
jadi tak payah risau barang terpecah ke terbukak ke apa masa dalam proses
penghantaran.
Botol Hansaegee Nature
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best sebab jenis pump terus keluar buih dia.
Nak tutup senang nak buka pun senang. Ada sesetengah penutup pencuci muka susah
sangat nak bukak dan tutup.
Tekstur dan bau
Macam yang I cakap tadi bila
pump botol tu keluar terus buih. Bukan cecair atau gel atau krim hahah. Buih
dia best sebab ringan dan lembut sangat pada kulit. Macam tak pegang apa je dia
punya lembut tu. Kalau nak buat drama tiup buih memang senang la dia
berterbangan sebab ringan.
Bau dia pula tak ada bau
busuk atau bau yang tak menyenangkan hidung. Bau macam tea tree oil tu, bau dia
lembut je macam bau herba ke bau pokok macam tu. Lembut sangat bau dia, kalau
bau dekat hidung baru ada. Bila cuci muka tak ada bau apa-apa pun.
Cara guna
Cara nak guna Hansaegee
Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni macam yang disarankan. Pastikan muka
dan tangan dalam keadaan basah jadi bila guna buih ni makin meriah bubble dia. Pump
botol tu dalam jumlah yang mencukupi atas tangan. Urut muka dengan buih dalam
circular motion. Basuh dengan air suam.
Cara I pun sama je hihi.
I guna satu pump je itu pun dah cukup untuk satu muka. Memang jimat la macam ni
lambat habis. Lepastu buih dia urut la dekat muka yang basah atau lembap. Nanti
tetiba buih tu jadi banyak so memang cukup satu pump untuk muka I. Kemudian
cuci macam biasa.
Kalau nak lagi best boleh
steam muka dulu guna air panas bagi liang pori terbuka lepastu baru cuci muka
guna pencuci muka. Confirm muka bertambah lembut !
Keberkesanan
Macam yang I bagi tahu
dekat atas tadi, aloe buat muka I bengkak tapi tea tree oil pulak memang
favourite I bila diserang jerawat. Bila pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean
Bubble Cleanser ni muka I memang rasa best sangat. Jerawat tak ada. Sebelum ni
kulit I memang naik jerawat sebab hormon mengandung kot tapi lepas pakai
pencuci muka ni slow-slow jerawat hilang dan tak ada jerawat baru pun.
Kulit muka rasa bersih
dan licin lepas cuci muka. Tak ada rasa ketat pun. Sesetengah pencuci muka
jenis buih buat kulit rasa tegang tak selesa tapi pencuci muka ni buat kulit
rasa selesa dan lembap. Kadang kalau malas I tak sambung buat skincare lain
pun, cuci muka je hihi nasib jerawat masih behave tak timbul-timbul. Kulit pun
rasa segar. I pakai setiap pagi dan malam.
Kalau muka korang jenis
kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan
whitehead memang I sarankan guna pencuci muka ni. Kulit I Jenis kombinasi
normal dan berminyak serta kulit Aiman Jenis berminyak dan kering memang sesuai
dengan pencuci muka ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Untuk pembelian dan
lebih info :
Website :
www.hansaegee.com/shop
Instagram :
https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook :
https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube :
https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Eh..sama pulak notebook tu. kin beli kat MR Diy. hehe
ReplyDeletebtw, kulit muka Airah memang cantik sangat, haritu tengok depan2 masa bengkel kecantikan. peloles sungguh!
hahaha tu adik airah punya.nampak cantik tu pinjam masuk flatlay hihi
Deleteeh haha terima kasih.ekin pun lawa jugak
looks good but im not sure if it's okay with my skin or not. it's kinda hard for me to find a suitable product for my dear face.
ReplyDeleteits suit every skin type but I think most of people love foam face wash.it is not drying at all
DeleteMudahnya ada cleanser macam no.Amni mmg love sangat cleanser yg dari aoevera extract taw hehe.Nanti boleh cuba ni sebab pori muka amni besar jugak huhu.
ReplyDeletetry la nanti amni. memang bagus sebab kulit rasa bersih je lepas pakai tapi tak ada kesan kering yang ketat tu
DeleteKulit kite pun bnyk liang2 roma yang terbuka luas. Nampak bagus produk ni sebab gunakan aloe vera. Ramai pon dh tahu kebaikan aloevera kan. Nak kene try ni . Hehehe
ReplyDeleteaha aloevera memang banyak manfaat untuk kulit.kena try okay tekan je link laman web dia
Deleteoh kalo lama dlm ekon pn bole buat kulit muka awak berminyak ye...mmg kita akan tk selesa bila rs kulit muka berminyak...nasibaik ada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dpt membantu ye..tq share pengalam pki produk ni
ReplyDeleteaha memang duduk aircond kulit rasa berminyak sangat. selalu kat office rasa nak je pergi cucu muka
DeleteLiang pori yang bersih akan membuatkan muka kita lebih cantik dan berseri seri. Sebab tu penting sangat kita jaga masa usia masih muda
ReplyDeletebetul tu.bila liang pori bersih dan tak besar kurang sikit masalah kulit
Deletesuka sabun jenis buih ni...sbb apply rasa senang dan menyeluruh. nak bilas pun mudah...bagus brand ni dia boleh mencuci sehingga ke liang roma...blh elak muka sentiasa berminyak
ReplyDeletebetul tu lagi2 kalau buih dah tersedia macam ni lagi senang nak cuci muka.
DeleteNampak best je tengok cleanser dia tu. So far apa apa brand yang guna aloe vera ni memang saya suka sebab bau yang sedap dan bila pakai tu rasa best je muka dan kulit
ReplyDeletebetul tu.aloe vera memang membantu untuk kulit. tea tree oil pun sama sesuai untuk acne
DeleteWah bubble cleanser 😍 tringat gk nk try jnis buih ni
ReplyDeleteairah pun first time try bubble cleanser ni sangat senang dan kulit lembap je
DeleteI pun sama kulit kombinasi .Kadang agak rimas kan & susah nak cari produk yang sesuai. Nak Cuba produk ni bahan dia semua semulajadi
ReplyDeletebetul ada sesetengah pencuci muka tak sesuai tapi yang ni sesuai untuk kulit I.
DeleteLiang liang peluh yang tersumbat menyebabkan banyak masalah jerawat keluar. Mama perasan jerawat selalu naik masa aktiviti luar. Berpeluh banyak kan
ReplyDeleteaha lagi2 kalau liang pori besar memang susah nak jaga, kotoran selalu terperangkap dalam tu.kena cuci bersih2
Deletemenarik juga pencuci muka ni. takde bahan terlarang dalamnya. suka pulak dengan pencuci muka dalam bentuk buih keluarnya, rasa nak guna jenis macam ni pulak heee
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
terus keluar buih ni cepatkan urusan nak cuci muka hahahha.aha bahan dia semua okay dan memang tak ada kesan kering atau tegang pun pada kulit muka
DeleteOrang perempuan ni senang sekarang banyak produk untuk jagaan muka kadang-kadang satu jenama ada macam-macam jenis hehehe sampai tak tahu mana yang bagus... Untuk orang lelaki memang susah nak cari heheheh jenama ni dah lama kat pasaran boleh dipercayai...
ReplyDeletebetul tu husband pun sama ada jenis pencuci muka yang dia suka, ada yang tak nak pakai. kena cari yang sesuai dengan kulit
DeleteOwh ptut la bila kuar ofis waktu petang, kulit lebih berminyak..terfikir gak kenapa, walhal tak keluar pergi site bawah matahari pun..laki boleh try produk ni juga ke?
ReplyDeleteaircond memang boleh buat kulit rasa kering sangat dan berminyak sangat. husband airah pun kongsi sekali pencuci muka ni sebab dia ada pori besar dan suka jenis foam yang tak mengeringkan macam ni
DeletePantang betul tak cuci muka sebelum tidur mesti jerawat naik. Mungkin sebab liang roma tersumbat. Penting untuk cuci
ReplyDeleteairah memang akan pastikan cuci muka sebelum tidur. kalau tak rasa ada bende je yang kotor pada muka
DeleteCantik sangat dia ni..hehehe..Macam best je cleanser foam ni..tengok buih dia..nad ada gel aloevera je..tu ok gak pakai..aloevera ni memang bagus
ReplyDeleteeh hahaha. jenis gel tu airah kena hati2 sikit sebab ada yang tak sesuai tapi pencuci muka ni memang best
DeleteFirst tme dengar sal prodk ni. Cam menark je. Cuma sis pakai prduk yg dah mmg sesuai dgn kulit wajah sis. Nanti tiba masa nak tukar bolehlah cuba2 produk ni pulak
ReplyDeletepencuci muka ni best sebab dari korea.produk korea kan berkualiti sikit.
DeleteKak tgk produk ni mcm best jer..baguslah utk org yg mempunyai masalah kulit wajah.Visit my blog:www.keunggulanwanita.com
ReplyDeleteaha sesuai untuk yang ada pori besar dan ada acne jerawat semua
Deletenampak macam bagus pencuci dia. bila produk dengan aloe ni saya sangat suka dan percaya. macam tertarik plak nak guna. menarik
ReplyDeleteramai suka bahan yang mengandungi aloe.memang banyak manfaat untuk kulit
DeleteCam menarik je pencuci muka produk nie. Produk berasaskan aloe vera memang diyakini keberkesanannya pada muka.. AN suka produk yg ada bahan aloe vera di dalamnya
ReplyDeletekalau google pun banyak manfaat aloe ni untuk kulit sebab tu ramai suka
Delete