Golden Wrapping with Piolang 24K Gold Wrapping Mask

Pernah terfikir tak macam mana rasanya bila skincare mengandungi emas? Mesti rasa mahal sangat kan?? Sebab I nak tahu sangat macam mana rasa dia, baru-baru ni I cuba Piolang  24K Gold Wrapping Mask.



Sekarang ni I rasa banyak skincare dan makeup yang menggunakan emas sebagai salah satu bahan dalam produk tersebut. Apa kebaikan emas dalam skincare? Secara general yang I tahu, emas membantu memperlahankan pengurangan kolagen pada kulit, meningkatkan keanjalan kulit, mencerahkan, mengurangkan kedutan dan banyak lagi. Jadi hari ni I nak review Piolang 24K Gold Wrapping Mask.






Produk : Piolang 24K Gold Wrapping Mask
Jenis kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit
Fungsi : Peel off mask
Isi : 80ml
Harga : RM69
Made in Korea



Fungsi pada kulit
Mask ni claim membantu exfoliate sel kulit mati, mencerahkan, meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan keremajaan pada kulit. Bahan yang digunakan juga membantu kulit kering dan kulit lebih lembut dan gebu.


  • Melembapkan dan menyuburkan kulit
  • Membersihkan dan exfoliate kulit untuk kesan lebih lembut



Betul ke Piolang 24K Gold Wrapping Mask membantu kulit macam yang dia claim? Baca kesan pada kulit I dekat bawah sikit okay.






Packaging
Piolang 24K Gold Wrapping Mask didatangkan dalam kotak kombinasi warna hitam dan tulisan warna emas. Sesuai la warna emas tu sebab nama pun 24K Gold kan hihi. Kotak dia jenis biasa je.







Mask pula dalam bentuk jar. Sama juga packaging jar warna hitam dengan tulisan warna emas. Ada emoji, gambar bertemakan Egypt dekat penutup jar tu which is so cute. Jar dia biasa juga bukan jenis matte, macam jar biasa je. 






Jar pun tak terlalu besar. Muat letak dalam beg skincare dan bawa travel.




Bila dah buka jar tu ada lapisan penutup putih untuk memastikan produk lebih selamat, tak tumpah. Sudu kecil plastik yang macam scoop tu pun diberi so senang nak ambil produk. Bila produk dalam jar ni kena berhati-hati sikit untuk jaga tahap kebersihan dia. Guna sudu kecil tu untuk ambil produk dan basuh bila dah digunakan.



Boleh guna berus makeup juga untuk apply mask, lebih senang.



Bahan
Purified water, polyvinyl alcohol, butylene glycol, ethanol, mica, polyurethane, glycerin, acetyl ethyhexanoate, dipropylene glycol, 1,2-hexanediol, propanediol, anise fruit extract, glyceryl stearate, cetearyl alcohol, polysorbate 60, dimethicone, polyglutamic acid, willow leaf extract, jojoba seed oil, tocopheryl acetate, sodium, phenoxyethanol, gold, snail mucin, white persimmon leaf extract.





24K Gold membantu untuk membersihkan kulit dan memperbaiki circulation. Ekstrak snail memang dah banyak digunakan dalam skincare produk, membantu melembapkan kulit dan menggalakkan penumbuhan semula sel kulit untuk mencerahkan parut dan melembutkan kulit. 



Ekstrak rumpai laut kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan antioksidan untuk melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar.



Bau dan tekstur
Bila buka penutup jar tu terus dapat bau wangi mask. Wangi ! Tapi bukan bau wangi menusuk tu. Bau dia lembut dan nice je tapi memang wangi la. I risau jugak bila wangi-wangi ni kadang-kadang kulit tak tahan tapi nasib baik kulit I okay je.






Tekstur dia pula bagi I agak cair. Bila dah letak dekat muka, kalau lambat ratakan nanti dia meleleh-leleh. Masa I pakai sempat la menitik satu atas baju, satu dekat lantai hahaha. So hati-hati bila pakai okay. Bila dah tahu nak agak bagi dia tak meleleh, lepastu senang je nak pakai dan ratakan pada kulit.





Warna mask ni pun cantik. Kuning keemasan lepastu ada kilat-kilat. Cantik !



Kesan pada kulit 
Kesan pada kulit I sangat la wow. Sebelum pakai tu I tak letakkan apa-apa jangkaan pun. Tak harapkan apa-apa kesan sebab mask kan susah nak bagi kesan kalau sekali dua je pakai unless dia memang betul-betul bagus.


Before
(Bare face, parut jerawat, redness dekat hidung)


Semasa



Tapi pertama kali I pakai memang wow la. Sebelum tu kulit I ada redness, pori pun macam terbuka sikit, lepastu nampak macam kusam sikit sebab mengandung ni kulit I memang bermasalah. Lagi-lagi dengan mood malas nak buat rutin penjagaan kulit lagi la jerawat naik je.


Mask lepas peel off


Bila dah tarik mask dan bersihkan, kulit I nampak licin. Pori halus, nampak cerah dan redness kurang. Kesan dia memang nampak sangat sebelum dan selepas pakai. Kulit I memang suka sangat la dengan mask ni. Kalau konsisten pakai mesti kulit lebih lembut, cerah, parut jerawat lebih cerah dan kulit tak kusam dah. I serius akan konsisten pakai mask ni dua ke tiga kali seminggu.



Masa nak peel off mask tu pun tak sakit. Bukan jenis mask peel off yang tarik kulit sampai pedih-pedih berair mata tu. Lembut je nak tarik. Tak buatkan kulit I rasa kering.



Cara penggunaan
Cara penggunaan yang disyorkan, sapu rata mask pada kulit dan biar 10-20 minit baru tarik. Tapi pada I bergantung pada nipis atau tebal korang pakai. I pakai tak nipis sangat, tak tebal sangat, 20minit++ jugak la tunggu dia kering dan boleh tarik dengan selamat.





Kalau pakai nipis sangat kemungkinan masa nak tarik agak susah dan putus-putus sebab nipis je kan. Kalau tebal sangat ambil masa lama pulak nak tunggu kering. Jadi pakai sedang-sedang je okay. Kalau ada bahagian yang tak kering lagi dan nak tanggalkan jugak, basuh guna air sekejap lepastu lap guna tisu. Kalau guna air sahaja ambil masa nak hilangkan kesan mask.



Pros
  • Melembapkan kulit, kulit halus pada pemakaian pertama
  • Tak keringkan kulit
  • Tak ada iritasi
  • Bau wangi
  • Lembut, senang tarik


Cons
  • Tekstur agak cair
  • Melekit sikit




Repurchase? Yup. I suka mask ni !





30 comments

  1. Gold as face mask? Unik ya.. Hehe.. Rasa kaya terus

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahahaha airah tak ada link eh atas tu lupa pulak. dekat althea.kr ada ! jangan lupa belii

      Delete
  3. Nampak menarik produk ni. Hee. Tapi, kulit ika kalau ada mcm bau bau ni. kulit cm tak tahan sgt huu sedih T.T

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa ika sensitif jugak ke dengan pewangi. airah certain pewangi je tengok kuat ke tak kena test dekat kulit dulu.tapi mask ni besttt

      Delete
  4. menarik ni, airah.
    biasa buat 24 karat gold facial. mahal.
    gitu la bunyi nyer. tak pasti samada gini ke tak mask nyer.
    keemasan gitew.
    berkenan plak dgn mask ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh tu pun famous jugak kan mesti kulit lawa T.T airah mask ni pun dah best sangat dah buat kulit nampak moist

      Delete
  5. Rawlins pun jumpa satu produk pelembap yang menggabungkan argan oil dan emas. Sedap dan lembap je bila pakai. Tapi nervous sebab harganya macam harga beli emas hehe.

    Rawlins terfikir pula nak mencuba Piolang mask nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada emas2 ni mesti mahal tapi bagi airah harga piolang ni berbaloi je. best bila pakai

      Delete
  6. Macam syok je pakai gold mask ni. Tekstur dia lembut dan sejuk ke cane? Nanti macam nak beli jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha lembut je rasa. sejuk tu kalau letak dulu dekat fridge sebelum pakai.airah memang suka letak mask dalam fridge

      Delete
  7. Nampak bersih je muka. Tak pernah lagi pakai produk yang ada emas ni. Macam nak cuba je la. Sebab nampak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la dekat althea.kr. airah pun memang nak simpan stok

      Delete
  8. Bila letak mask gold rasa cam cleopatra plak.. hehehe.. mesti kulit jadi anjal n gebu selepas ini.. tak sabar AM nak mencubanya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul terus rasa moist dan gebuuu.kalau konsisten pakai mesti kulit behave je

      Delete
  9. Wow..gold lady😊npk mewah mask dia kan?berbaloi sapa memakainya sbb pasti kulit wajah makin glowing..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nampak la kesan glowing dia.kena pakai selalu bagi kesan berpanjangan

      Delete
  10. This mask looks reeally expensive! Gold mask! First time seeing it! Sounds pretty cool I should try it someday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. looks expensive but affordable ! please tryyyyy. best

      Delete
  11. i suka mask ni..nampak best bila pakai...lagi best kelihatan esklusif tapi harga dia memang mampu milik..kena cuba jugak ni one day...

    ReplyDelete
  12. Tak pernahg lagi pakai produk Mask yang ada Gold. Macam menarik je rasa nak cuba je sebab memang suka sangat buat koleksi Mask ni.

    ReplyDelete
  13. BV dah try jugak. memang best mask nie sebab senang nak kupas dan kulit jadi lembut.

    cantiknya kulit u!

    ReplyDelete
  14. Wow..mcm best ja niiiii..
    Nak try jugak la..akak pun suka anything with gold in skincarr ni

    ReplyDelete
  15. gold mask mcm best je.ok x utk buang whitehead syirah>mcm worth the money je kalau beli ni hehehe

    ReplyDelete
  16. Nice product to use...really have a great effect into the face.

    ReplyDelete
  17. Waah, sekarang mask pun ada yang gold. Saya pernah gak pakai mask, tapi yang biasa. Yang ni tak pernah lagi try. Macam best je

    ReplyDelete