Jum makan di Pak John Steamboat & BBQ #halal

Food is the ingredient that binds us together. Siapa je yang tak suka makan kan? Selain makanan korea, steamboat dan grill juga salah satu makanan kegemaran I. Sentiasa akan teringat-ingat bila dah pergi restoran steamboat and grill. Lagi-lagi baru ni I ada jumpa satu kedai steamboat and grill yang halal, bersih, luas, banyak makanan dan harga berpatutan !





Sis focus menggrill




Restaurant Pak John Steamboat & BBQ , IOI City Mall. Ini pertama kali I makan steamboat and BBQ dekat Pak John. Sebelum ni selalu baca entry dan review rakan-rakan blogger yang lain je. 



Favourite I bila nak makan ni kena ada dua-dua. Steamboat dan grill. Kalau ada steamboat sahaja atau sebaliknya ada grill sahaja macam tak  best sangat. I memang akan makan dedua terus. 








First masuk Pak John ni memang pekerja dia dah ready dekat kaunter. Nak bagi tempat duduk, pekerja dekat bahagian luar pun ada. Jadi senang je cakap ada berapa pax/ berapa orang nak makan, nanti pilih tempat duduk dan boleh pilih sup untuk steamboat.



Pilihan Sup Steamboat
Untuk sup steamboat, korang boleh pilih dari beberapa jenis. Ada Tomyam Soup, Curry Soup, Miso Soup, Prawn Soup dan Chicken Soup. Tak silap I ada beberapa lagi jenis sup. Harga yang korang bayar tu hanya untuk pilih satu sup sahaja tau. Tapi kalau nak add on lagi satu sup, tambah RM10 je ! Murah gila kan dah dapat lagi satu sup.



I pilih Tom Yam sup sebab tomyam punya pedas sesuai untuk orang dewasa. Masa ni I pergi dengan Aiman sahaja, tak ada bebudak so boleh la pilih pedas-pedas. Tapi disebabkan I banyak baca review orang lain, ramai cakap Prawn Soup sedap jadi I tambah lagi satu sup iaitu Prawn Soup !




Sup Tomyam



Tak menyesal tambah lagi satu sup ! Prawn sup tu memang sedap. Tak pedas, sesuai untuk kanak-kanak dan satu family, terasa perisa udang dia tu, bau pun bau udang, manis masin semua cukup. I tulis entry ni pun terasa rasa lagi macam mana sup tu. Terus terliur hehhhhhhh kena pergi lagi ni.



Tomyam sup pun sama, cukup pedas, cukup rasa tomyam masam-masam dia. Rasa pedas pun tak melampau.








Pilihan Perapan dan Bahan Steamboat
Bila dah buat pilihan sup, memang I akan laju-laju pergi bahagian perapan dan bahan untuk steamboat. Memang banyak sangat pilihan. Boleh pilih nak daging, ayam, dan makanan laut. Sayur, mee untuk masuk dalam sup pun banyak pilihan.










Gambar yang I tangkap ni pun sebahagian je dari bahan yang ada. Banyak lagi dan memang penuh bahagian makanan tu. Nak pilih pun rambang mata tapi wajib la rasa semua ! Semua segar dan berkualiti.



Makanan bergoreng/ Sampingan
Kalau nak tahu bukan ada steamboat dan bbq/grill sahaja, makanan dah siap masak pun ada tau. Memang kena dengan citarasa semua orang. Kalau datang ramai-ramai dan banyak kerenah nak makan itu ini, senang je dekat Pak John semua ada.










Masa I makan sini ada fried fishball, fried seafood tofu, makanan bergoreng yang lain, lauk-lauk macam rendang ayam dan sambal sotong pun boleh pilih nak makan dengan nasi putih, nasi goreng, mee goreng atau bihun goreng yang dah siap dimasak. Kalau nak I senaraikan makanan apa yang ada sampai esok tak habis, perut pun tak muat nak rasa satu-satu.



Sos
Sos pencicah untuk grill pun ada banyak pilihan. Yang paling I suka ialah Sos Belacan dan Thai Green Chili. Lain-lain sos seperti Sweet Sauce, Sweet & Sour Chili Sauce, Garlic Chili Sauce dan banyak lagi. Semua sedap dan boleh pilih ikut selera masing-masing.








Minyak dan butter untuk grill disediakan dekat bahagian sos jugak.



Pencuci Mulut
Untuk pencuci mulut korang boleh pilih kek, pelbagai jenis buah-buahan, fruit cocktail, dadih, sagu santan dan banyak lagi. Best makan pencuci mulut sejuk-sejuk. Fruit cocktail dia manis dan sedap, dadih masa tu perisa mangga pun sedap jugak.









Jangan lupa untuk pergi kaunter tambahan dekat bahagian belakang. Dekat situ ada waffle, ABC, ice cream, dim sum dan premium beef. Semua wajib cuba ! 



Waffle dia penuh satu pinggan. Atas dia ada ice cream dan topping. Manis, gebu dan sedap.



ABC



ABC pula memang tak kedekut bahan. Rasa dan bau pandan kuat, I dah la suka pandan memang best je makan.




Ais krim


Ice cream layan diri. Pilih je perisa apa nak, letak pilihan topping dah boleh nikmati. I pilih tiga jenis perisa. Nampak tak, banyak sangat makan benda manis hahaha. 




Dim sum


Peminat dimsum memang seronok la datang sini dimsum dia pun sedap dan banyak pilihan. Order je dekat kaunter belakang ni mana nak.




Premium food - beef,lamb slice


Abalone







Untuk premium food disediakan pada waktu dinner sahaja iaitu pada pukul 5 petang hingga 10 malam. Premium food dia termasuk premium beef/lamb slice, abalone slice dan smoked duck. Masa I datang smoked duck habis stok tsktsk padahal itu yang wajib cuba sebab semua orang cakap sedap.






Tapi tak apa la next time boleh cuba. Yang premium beef pun dua kali Aiman ulang ambil sebab dia penggemar daging. Daging lembut dan berjus. Abalone tu pun manis. Boleh masukkan dalam sup atau grill je. Chewy sangat.



Minuman


Air
Pilihan air pula macam biasa, air oren, lemon tea, air bergas macam pepsi, 7up dan mountain dew. Air panas pun disediakan. Air free flow so boleh la ulang ambil air banyak kali okay.



I suka suasana restoran ni. Luas dan bersih. Senang nak makan ramai-ramai dan berkumpul ramai-ramai. Pekerja pun membantu sangat, kalau nak apa-apa boleh je tanya diaorang. Banyak kali juga pekerja dia datang meja I tukarkan tempat grill tu dan tanya kalau nak tambah sup lagi. Diaorang pun tanya kalau ada apa-apa masalah, apa-apa yang tak best boleh terus buat aduan hahaha. 







Lagi satu I nak ingatkan kalau boleh datang makan pakai baju warna gelap dan bercorak untuk elakkan nampak baju kotor terkena grill tu. Masa grill kemain percik-percik minyak dia hahaha habis baju seluar tudung I yang warna cerah ni.



Harga yang dikenakan juga berbaloi. Tengok la pilihan makanan dia banyak gila. Harga untuk lunch dan dinner berbeza ye. Boleh tengok dekat bawah ni untuk harga. 








Dalam IOI Mall tu dia terletak dekat bahagian makan luar tu. Yang banyak restoran dan kena lalu dekat The Symphony Walk. Cari je no kedai dekat bawah ni. I yang pertama kali datang IOI pun senang je jumpa haha.







Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor
IOI City Mall
62502 Putrajaya, Wilayan Persekutuan Putrajaya



Web : Pak John 
Facebook : Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall
Instagram : pakjohnsteamboatbbq



10 comments

  1. Premium Beef tu memang sedap sungguh. Berkali-kali Rawlins minta top up. Yang smoked duck tak makan sebab Rawlins tak suka duck. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. premium beef dia memang sedappp.airah pun suka

      Delete
  2. kan best kalau dia bukak kat JB ni..mesti ramai yang nak pegi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! airah la antara pelanggan setia kalau bukak dekat JB

      Delete
  3. Woww..cm best je tu..nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  4. nak pergi la sini nanti. selalu duk tengok restoren ni dari luar jer

    ReplyDelete
  5. wow bestnya tengok bahan mentah dia sebab banyak sangat! Harga pun harga mampu bayar. Harap dia buka outlet dekat mall lain sebab IOI tu jauh betul nak menapak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha bahan untuk grill dan steamboat banyak sangat pilihan.dia ada satu lagi outlet dekat ecurve

      Delete