Swanicoco?
Swanicoco memulakan perniagaan dengan pembuatan sabun yang ditapai. Untuk menghasilkan sabun semula jadi yang berkualiti, mereka sangat berhati-hati dalam proses pemilihan ubat herba, merebus dan kemudian menapai. Kini, mereka adalah syarikat kosmetik semula jadi terbaik di Republik Korea. Falsafah korporat mereka mementingkan bahan yang terbaik dari alam semula jadi, bukan dari produk kimia buatan.
Perkataan ‘Natural’ pada bahagian atas logo Swanicoco bermaksud mereka adalah syarikat kosmetik semula jadi.
Bunga peony pada bahagian tengah melambangkan limpahan dan keanggunan.
Pada bahagian bawah loga pula perkataan ‘Swanicoco’ bermaksud mengikut keanggunan ‘swan’ (feminin) dan ‘coco’ bermaksud coconut (kelapa; kerana mereka menawarkan kosmetik semula jadi) serta ‘cuteness’ dalam bahasa Perancis.
Identiti jenama Swanicoco menunjukkan syarikat ini berusaha untuk menghasilkan kosmetik bukan sahaja untuk wanita tetapi untuk lelaki dan semua orang.
Tak susah pun kan untuk memahami misi Swanicoco ni. Swanicoco antara 2018’s hottest brand in Korea.
Produk : Swanicoco Show The Velvet Lipstick
Shade : Juliet Red
Made in Korea
RM 88.85
(pssst…cara untuk dapatkan diskaun ada dekat bahagian bawah entry)
Swanicoco Show The Velvet Lipstick ni adalah koleksi lipstick dari Swanicoco yang mempunyai warna menarik, melembap dan tahan lama. Lipstick ini mengandungi natural moisturizing ingredients seperti carnauba wax dan natural oils yang selamat untuk bibir pengguna.
Untuk Swanicoco The Velvet Lipstick ni ada tiga warna iaitu Pink Blossom, Shine Orange dan Juliet Red. Buat masa ini untuk pembelian di 50Gram hanya ada shade Juliet Red macam I punya je tapi nanti 50Gram akan bawakan warna-warna lain jugak. Macam mana nak beli? Dekat bawah nanti I bagitau.
Bahan
Swanicoco The Velvet Lipstick mengandungi ekstrak yang diperap daripada air yang telah ditapis dan bebas dari bahan kimia, memperbaiki kulit semasa proses penggunaannya.
Penapaian untuk kosmetik adalah sama dengan teknologi yang digunakan untuk penapaian makanan. Semasa proses penapaian, zarah menjadi lebih kecil, meningkatkan tahap penyerapan kepada kulit. Oleh kerana bahan yang digunakan adalah semula jadi, ia tidak mengakibatkan iritasi kepada kulit.
Swanicoco menggunakan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba perubatan Korea sebagai ramuan untuk penapaian dan proses kompenen semula jadi untuk membantu memperbaiki kulit.
Senarai bahan yang digunakan : Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850.
Packaging
Packaging macam biasa, lipstick diletakkan dalam kotak lipstick tu jadi dalam proses penghantaran tak ada la lipstick rosak. Kotak lipstick dari kertas keras. Dekat kotak tu semua tulisan dalam bahasa korea mungkin jadi I tak faham hahaha.
Packaging lipstick pula dalam bekas lipstick warna hitam simple je. Bekas dia bukan jenis licin atau matte yang bertekstur tu tapi okay la nak pegang pun selesa. Tulisan pada bekas lipstick warna putih dan merah jadi tak tenggelam dengan warna hitam bekas ni.
Material bekas pula plastik yang kukuh. I rasa kalau terjatuh ke apa tak crack. Pada bahagian bawah lipstick ada tulis jenama, shade, tarikh tamat tempoh dan made in Korea.
Apa yang paling I suka bab packaging dia, cara nak buka penutup lipstick tu. Bukan tarik macam tu sahaja, tapi kena pusingkan penutup dulu baru tarik. Agak selamat, tak ada la simpan dalam pouch makeup tetiba penutup hilang. Nak simpan senang sebab tidak terlalu besar dan dia boleh berdiri sendiri sebab permukaan bekas yang rata.
Review
Swanicoco tidak menggunakan bahan yang merbahaya kepada kulit jadi masa I pakai lipstick ni seharian, dari pagi sampai petang, pergi kerja pun pakai, bibir I tak ada kesan iritasi. Kalau nak tahu ada beberapa jenama lipstick yang boleh buat bibir I keluar biji berair tu, bengkak, naik ruam dan gatal. Mungkin bahan dalam lipstick tu tak sesuai.
Tapi dengan Swanicoco lipstick ni tak ada pun kesan macam tu. Kulit I agak sensitif jadi terbukti Swanicoco Show The Velvet Lipstick menggunakan bahan yang berkualiti dan semula jadi sesuai dengan kulit sensitif macam I.
Warna. Bagi code warna Juliet Red ni mungkin agak terang untuk sesetengah orang termasuk I. I pun bukan jenis pakai lipstick warna terang tapi warna Juliet Red ni serius cantik. Warna merah terang yang ada hint warna oren. Sesuai untuk orang muda dan golongan wanita bekerjaya.
Cara untuk sesuaikan warna juliet red dengan aktiviti atau majlis yang korang nak pergi, kalau pergi kenduri kahwin, majlis makan malam atau apa-apa majlis besar boleh je pakai full lipstick ni. Warna dia cantik dan sesuai untuk lengkapkan solekan bila ke event.
Kalau nak dating atau untuk nampak sweet, pakai cara korean selalu pakai lipstick tu. Pakai pada bahagian dalam bibir sahaja. Tak pakai secara menyeluruh pada bibir. Confirm nampak manis je.
Untuk kasual atau lipstick harian, ambil sikit je lipstick tu dan oleskan pada bibir. Walaupun lipstick ni pigmented tapi boleh je ubah warna dia bagi lembut sikit sama ada ratakan sedikit lipstick pada bibir atau lap dengan tisu lebihan warna pada bibir.
Percaya la cakap I lipstick ni tahan lama ! Haritu pakai pergi shopping mall, lepas makan ramen dengan jjajangmyun pun warna lipstick masih ada. Bukan terus hilang cuma kalau nak lebih terang kena pakai semula la tapi bagi I warna lipstick tu masih ada dan masih okay pada bibir I.
Nak pakai pun senang je. Dia bukan matte finish tapi more too velvet finish. Satu calitan je warna dia dah cantik dan tak comot. Cuci pun senang. Masa I test dekat tangan guna tisu pun dah boleh tanggalkan warna dia walaupun bukan 100% tapi kalau guna makeup remover mesti la lagi senang nak cuci.
Swanicoco mempunyai pelbagai produk asas solekan yang mempunyai coverage yang bagus dan tahan lama serta perlindungan UV.
Cara pembelian
Pembelian boleh dibuat melalui link ini. Caranya senang je daftar akaun kemudian boleh terus beli. Nationwide delivery so wherever you are boleh je beli lipstick ni.
Discount + Win
Apa yang lebih seronok bila dah daftar akaun untuk pembelian tu akan dapat 10% off dan free samples ! Bila korang dah unlock banyak reward, paling best berpeluang bercuti di Villa dan dapat lipstick percuma. Cara nak unlock pula kena sharing unique referral link untuk dapatkan lebih point. Nanti akan ada email untuk lebih info akan dihantar.
Boleh tekan link sini untuk pembelian dan dapatkan diskaun dan peluang untuk bercuti.
Wow! Korean product yg ohsem.
ReplyDeleteIf aida, x sesuai dgn red tu, airah :-)
Aida more to pinkish or plum. Better. Sesuai.
airah pun tak pernah juga pakai merah macam ni tapi cuba sekali sekala hahaha
DeleteCantiknya awk pakai lipstick merah. Kalau ika, tak berani. Tak sesuai. Rasa mcm terus jadi perempuan garang haha.
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/book-review-pelukis-jalanan.html?m=1
airah pun cuba2 je.tak biasa juga pakai lipstick merah
Deleteso pretty colour and suitable for you to use too. I think nice to wear for dinner or go event to wear it too. Gonna click your link to find out more info now.
ReplyDeletethank you ya I also think it is more suitable for event or dinner
Deletecantik ..sesuai dengan kulit airah.Menggoda tu kaler dia.
ReplyDeleteni pakai sekali sekala boleh la.tak pun pakai sikit2 je
Deletewow, I like the Swanicoco lippie and I like the coral color. Look so Korean style. I want try to win a free lippie from Swanicoco
ReplyDeleteya the colour is so bright suitable for fair skin.
Deleteso nice... looks like it's a great product.. so lovely... the colour suit ur lips very much! pretty!
ReplyDeletethank you :)
DeleteComel liptik letak dalam balang gula-gula tu hehehe tapi orang perempuan banyak dah produk dan jenama liptik ni kadang-kdang sampai tak tahu nak guna mana satu yang sesuai dengan baju katanya hehehehe untung jadi orang perempuan...
ReplyDeletehahaha betul tu kadang banyak dah warna lebih kurang tapi nak beli juga lagi
Deletewalaupun warna dia agak terang tapi cantik sangat bila sis pakai....harga pun berpatutan sangat
ReplyDeletetu la warna dia terang kalau nak pakai untuk daily kena pakai sikit2 je
DeleteWarna Swanicoco ni ni cantik..akak suka..kalai pi dinner malam2 sesuai guna warna ni..dress plak pakai kaler hitam..walawei...
ReplyDeletewahhhh terus keluar imej seksi dress hitam dengan lipstick merah hahaha
Deletecantik juga warna lipstick dia :)
ReplyDeleteahaa warna merah terang dengan orange hint
DeleteBaru je dengar jenama lipstik ni, color dia pun cantik-cantik jugak ya, kalau sis..sis pilih color pink. Ehh ada contes gak ekk..menang dok vila lagi, cam best je ni
ReplyDeleteairah pun biasa kalau beli lipstick ambil yang pink2 je ni saje nak try merah pulak hihi
DeleteCantik la warna ni dengan awak..kalau akak pkai kang mcm mak lampir..buruk ja...cun dik..suka tengok!
ReplyDeleteeh haha ni pun keluar dari zone selesa pakai lipstick terang macam ni tapi best lipstick dia moist gitu
Deletenampak bagus product ni. Dan bertambah menarik bila dia buat promosi dengan beri diskaun dan peluang bercuti untuk pembeli bertuah
ReplyDeleteaha salah satu cara nak orang kenal brand ni lagipun lipstick dia memang best
DeleteCantik warna lipstick swanicoco ni.. Boleh dipakai dwngan macam cara.. Nak twbal nak nipis kan. Warna ni sesuai lah dengan aira.. Nampak cantik
ReplyDeletethank you. ni pun penat airah cuba match kan warna nak bagi sesuai dengan daily hahaha
DeletePergh warna dia terang..memang sesuai untuk ornag kulit cerah gitu..cantik sangat warna dia..bekasnya pun cantik..wei ada diskaun...ok usha kejap..haha..
ReplyDeletemerah dia terang memang sesuai kalau kulit cerah. kalau pakai untuk event malam memang cantik la
DeleteOoo jenama dari korea ke. Patut la perasan ramai yg duk post pasal lipstik swanicoco ni. Emi pun suka produk kosmetik dari korea. Tp jenama swanicoco ni emi belum pernah cuba.
ReplyDeleteproduk dia dah lama tapi baru juga masuk malaysia. semua warna lipstick dia cantik2
DeleteTertarik laaa bahan natural nya. Sebab bibir kita memang sensitif cepat kering. Kalau kena yang tak sesuai. Makaseh info.. Ada contest tu buat kita rasa nak try!
ReplyDeletetu laa bahan dia buat bibir airah pun tak ada mengelupas ke kering best sangat
DeleteSuka akak tengok lipstick ni punya tekstur. Nampak pigmented dan lembab. Nanti akak nak cuba. Hehe. Sekarang ni banyak lip matte je akak pakai. Hahaha. Kering sudeh bibir ku.
ReplyDeleteairah suka lipmatte juga tapi sebab kering sangat tu kdang je pakai
DeleteWahhh cantiknye lipstik nih..Baru pertama kali tahu tentang produk ni. Menarik warna-warnanya. Lepas ni bolehlah cari Lipstik Swancoco ni.. Ada warna yg nak dibeli he he he
ReplyDeletenanti check website 50gram tu lepasni warna lain pun diaorang bawa masuk
DeleteSuka dengan warna lipstick swanicocco nie. Merah menyala dan sangat matte dengan skin. Daru jauh dah boleh nmpk. Nk belikan utk mak satu lah . Tp dia xpakai kaler merah mak ngah pulak 😆
ReplyDeletehahaha mak mak selalu suka warna merah tapi warna ni cerah sangat.selalu warna merah gelap sikit mak2 suka la
DeleteWarna lipstick nmpk garang .heheh . Adaa pwlbagai code colour tak
ReplyDeletecantik warna nie kami suka swanicoco
ReplyDeleteLia pun suka sangat dengan lipstick Red Juliet dari Swanicoco ni. Sebab rasa macam kulit menyerlah pakai lipstick warna terang macam ni.
ReplyDeleteColour liptik tu cantik, sesuai dgn aira tp merah sgt utk kak pakai
ReplyDelete