Peeling terbukti membantu meningkatkan keadaan kulit ke tahap yang lebih baik lagi. Teknik peeling ni memberikan kulit nafas baru dengan menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih licin. Sebelum ni I macam takut juga bila dengar peeling sebab membayangkan kulit jadi mengelupas, kering dan luka macam tu. Over tak? Hahaha
Tapi sebenarnya ada je produk yang membantu proses pengelupasan kulit dengan lembut seperti produk Althea Milk Peel Cream Mask. Kuasa pengelupasan produk ni memberikan kulit kelembapan dan kesegaran. Walaupun produk ni memang efektif sebagai exfoliator tapi dia tak ada kesan menyakitkan pun. Sangat lembut pada kulit ! Nanti I terangkan serba sedikit bahan yang digunakan dan kesannya kepada kulit I okay.
Produk : Althea Milk Peel Cream Mask
Isi : 50ml
Harga : RM36
Pembelian : Website althea.kr
Althea’s Milk Peel Cream Mask mengandungi AHA dan BHA yang tidak asing lagi sebagai bahan exfoliate efektif untuk kulit. AHA berfungsi untuk menanggalkan set kulit mati pada permukaan kulit dan BHA pula menanggalkan kotoran pada liang roma tersumbat. Produk ini juga mengandungi Susu yang memberi kelembapan dan kesegaran pada kulit.
Senarai bahan penuh : Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Stearicacid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Proteinextract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titaniumdioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin*, Hexyl Cinnamal*, Citronellol*
Packaging produk ni jenis plastik dengan warna putih dan sky blue yang cantik. Warna produk Althea semua cantik dengan warna pastel favourite I. Botol jenis pump jadi tak perlu risau comot or membazir produk bila nak keluarkan isi dia.
Tekstur produk ni pulak jenis clay warna kelabu lembut macam tu. Bila dah sapu pada muka nanti dia akan bertukar jadi buih krim macam tu. Seronok je bila sentuh buih tu sebab macam padat tapi lembut ! Korang pun mesti enjoy je guna produk ni. Buih yang mengandungi AHA dan BHA tersebut membantu untuk mengurangkan penampakan pori pada kulit dan menanggalkan sel kulit mati. Bahan seperti AHA+BHA+Susu menjadikan kulit lebih lembut dan bersih.
Bau pula sebab salah satu bahan dia adalah susu, macam bau bedak baby. Bau yang soft dan tak ada la terlampau wangi. Cuma kalau dekat untuk bau dapat la bau lembut bedak baby macam tu.
Masa pertama kali pakai pun I dah boleh nampak keberkesanannya. Cara penggunaan, sapu clay tu pada kulit yang lembap. Urut sekejap sampai dia bertukar jadi buih krim. Selepas 30-60 saat dah boleh basuh dengan air suam. I cuci guna air biasa je hahaha. Boleh guna 2-3 kali seminggu.
Dah tukar jadi bubble. Bukan gambar atas I sapu terus jadi bubble banyak macam gambar bawah tau hahaha. dekat bahagian mana korang sapu produk ni, bahagian itu akan bertukar jadi buih. Gambar ni I ratakan clay tu sebelah pipi sahaja.
Sebab I nak tengok kesan dia, memang I perhatikan la pori dan keadaan kulit I sebelum dan selepas. Memang nampak perbezaan. Tak rasa kulit terlampau kasar malah lebih licin. Pori pun kurang nampak besar, kulit nampak lembap dan bersih mungkin kesan sel kulit mati yang dah di-nyah tu hahaha.
Produk ni sesuai untuk
• Kulit jenis kombinasi
• Pori besar
• Kulit kasar dan sensitif yang memerlukan agen pengelupasan yang lembut
• Kulit kering yang perlukan kelembapan selepas pengelupasan
Kulit I jenis kombinasi oily dan normal. I suka sangat kesan dia. Lepasni kalau konsisten guna mesti kulit nampak lebih licin dan liang roma pada muka lebih behave. Tak ada la pakai makeup pun nampak lagi liang roma :(
Semasa penggunaan pun I tak ada rasa pedih atau gatal. Rasa enjoy je tengok bubble2 tu. Selepas penggunaan pun tak ada kesan pedih, gatal, allergic dan semestinya kulit tak rasa kering langsung. Lepas pakai produk ni I teruskan dengan rutin skincare pakai moisturizer.
Kalau korang pun macam I, risau produk peeling yang boleh buat muka jadi kering atau over exfoliate mungkin boleh cuba produk ni pula. Sepanjang penggunaan memang I suka. Nanti lepas dah habis guna, I buat review lagi okay.
wah tengok gambar pun dah suka dah dengan produk ni, untuk kecikkan pori ye, bagus bagus. sesuai dengan kulit muka k lily ni lah..
ReplyDeleteaha sesuai sangat untuk kecilkan pori muka.airah pakai sekali terus nampak pori bersih
DeleteSama la. Dulu Qiya pun takut bila dengan perkataan peel-off. Ia sebenarnya bukan la pengelupasan yang teruk, dia buang kulit mati je kan sebab nak renew skin. Milk based skincare memang best, lembut je kat kulit.
ReplyDeletehahahaha sebab dulu tak tahu tu yang macam risau je.sekarang dah tau banyak jenis peel ni
Deletemenarik.. tq for sharing!
ReplyDeleteWah. Bestnya mask ni. Nampak lembut ja di kulit. Syira tengok ramai review best pasal produk ni. Nanti syira nak cuba jugak la.
ReplyDeletekena cuba sebab berkesan.bila kulit muka bersih, pori bersih lagi kulit nampak sihat senang nak serap skincare
DeleteSA pakai pun pun best sangat...suka masa dia menjadi bubbles tu sebab geli2 kan...macam muka dihurungi semut yg banyak...
ReplyDeletebetul tuuu.buih dia pulak kemain gebu gebu
DeleteProduk Althea ni memang dah banyak orang guna dan review bagus serta berkualiti ok lah orang perempuan suka lah sebab dapat guna banyak produk untuk cantik untuk orang lelaki tak ada ker hehehehe...
ReplyDeleteorang lelaki pun boleh guna produk ni.husband airah pun guna sebab pori lelaki kan kebanyakkannya besar memang sesuai sangat nak bersihkan kulit
DeleteI really afraid to try this at first. But surprisingly I am still using this until now. Perfect for my skin and does wonders too.
ReplyDeleteme too ! Takut irritate my skin tapi baru first try im in loveeeeeeee
DeleteApa yg saya perasan, sekarang banyak produk mengandungi bahan AHA dengan BHA tu. baru tahu apa function kedua-dua bahan ini. Dan sy suka dgn soft peel milk mask tu. suka dgn texture dan kelembutannya.
ReplyDeleteAHA BHA ni memang sesuai sangat untuk kulit. banyak manfaat dan fungsi. kalau nak kulit bersih lembut cari produk yang ada bahan ni
DeleteSamala dulu pun pernah ada perasaan yg sama tntg peel ni. Tapi bila tengok kawan2 apply mcm best la pulak. Rasanya nanti nak cuba jugak lah
ReplyDeletekena beli sebab tak silap sekarang ada sales
DeleteMacam best je tengok airah pakai tu. Sbb kalau bersusu ni mesti macam lembut je kan teksture dia. Nampak pun macam senang nak apply. Tak ambik masa la pun nak bersihkan kulit kita
ReplyDeletelembut dan bau bedak baby. tak ada point buruk pun untuk produk ni
DeleteKita pun dh pakai, memang best sangat..magic sebab keluar buih lepastu jadi mask..hehehe...produk althea semua best dan sesui dengan kulit nad. Pulak tu ni mask berasaskan susu,memng menarik sangat. Bagus mask ni sebab buang kulit mati kita
ReplyDeleteaha setakat ni airah pakai produk althea memang semua best dan menarik. packaging cantik dan produk berkesan dengan apa diaorang claim. in loveeeee
DeleteSy suka mask ni.. Memang best sangat.. Buihbsangat lembut dan wangi.. Bila lepas pakai muka rasa segar dan kekal.lembab
ReplyDeleteProduk Althea setakat ni semua favorite Lia. Suka sangat dengan Milk Peel Cream Mask ni. Memang berbuih kalau pakai then basuh kulit jadi bersih je.
ReplyDeleteI mmg suka produk ni. Bila tengok blogger review lagi teruja untuk nak guna sebab nampak best dan cool giler
ReplyDeletealamakkk.. seram AM dgr pasal peeling bagai nie.. tapi packaging dia nmpk kemas n simple.. tapi bila tgk awak pakai cam best plak, cam tetiba berani plak nak mencuba..hehehe
ReplyDeleteThis cream looks fantastic. Milk is such a good ingredient for the skin (and hair). I love it.
ReplyDeleteBrainstorms
Produk pemutihan memang ada AHA dan BHA. Sebab ada proses pengelupasan nanti. Dia mengelupas light light aje. Bukan macam mengelupas lepas mandi laut tau. Lepas guna ni, kena pakai toner dan moisturizer tau. Nanti dia purging sikit-sikit. Kalau tak guna toner dan moisturizer yang serasi berasid akan jadi breakout. Jadi, guna produk Althea aje sebagai regimen kecantikan sahaja. Semoga cantik! 😘
ReplyDelete