Produk : Aiken Tea Tree Oil
Isi : 10ml
Kalau ikutkan I pun dah tak terkira berapa botol I beli Tea Tree ni. Mungkin dalam 10 botol dah hahaha. Bila habis je mesti beli dan bila habis je dah tak cari jenama lain walaupun banyak je jenama tea tree oil lain yang menggunakan 100% tea tree oil. I tetap setia pada Aiken punya. Pertama sekali senang nak dapat, boleh beli dekat mana-mana pasaraya atau drugstore seperti Watsons, Guardian atau online pun banyak.
Harga pun tak mahal sangat. Masih ditahap mampu sebab dari I student I dah pakai benda ni untuk jerawat.
Jerawat I memang ada masanya seketul dua je naik masa period. Atau masa stress pun seketul dua je. Bukan jenis jerawat yang naik banyak-banyak macam breakout teruk tu. Tapi sekarang masa mengandung, kemain kulit I breakout teruk. Jerawat macam-macam jenis nak naik. Sebelum ni I tak pernah merasa jerawat yang jenis bump tak ada mata tapi besar dan sakit tu tapi kalini masa mengandung pulak dia nak naik banyak gila jerawat jenis tu. Sakit dia boleh bawak gaduh -..-
Tak silap I itu cyst acne kot... Kalau silap maaf haha. Bila dah lama tak beli tea tree oil ni, sebab tetiba naik jerawat banyak masa pregnant terus beli. Tea tree oil ni bukan sahaja I guna untuk sapu pada jerawat tapi I letak beberapa titik dalam air rendaman kaki, air wap muka.
Tea tree oil ni berfungsi untuk jerawat, jangkitan kulat, bintik-bintik, kudis dan macam-macam lagi. Boleh google untuk lebih info. Tea tree oil mengandungi antiseptik yang digunakan untuk merawat dan menenangkan kulit.
I suka packaging dia sebab botol comel je tapi boleh tahan lama bergantung kepada banyak mana pemakaian. Tapi I rasa memang boleh tahan lama. Senang nak selit botol kecik dia dekat dalam handbag atau pouch. Tak ambil ruang yang banyak.
Cara I pakai, sapu je terus pada jerawat. Jerawat tu tak kira la jerawat yang baru nak naik, parut jerawat atau blemish atau spot, I sapu je haha. Tapi tea tree oil ni kena buat patch test dulu tau pada kulit nak tengok kulit korang sesuai ke tak dengan tea tree oil ni. Ramai juga yang tak sesuai dengan tea tree oil jadi sebelum sapu pada kulit, test dekat lengan atau leher dulu. Lepastu kalau kulit tak biasa lagi, lapiskan dengan pelembap muka.
Biasa I pakai tea tree oil dulu baru pakai moisturizer. Korang mungkin boleh try pakai moisturizer dulu baru pakai oil ni. Bergantung pada kulit sendiri okay. Bila malas I pakai je tea tree oil pada jerawat lepastu tak pakai apa dah.
Step I - Cleanser - Tea tree oil - Serum - Moisturizer (Night)
Oil ni cepat serap. Bukan jenis oil yang pekat susah serap dan nampak melekit tu. Lepastu dia ada bau yang menusuk sikit jadi kalau tak biasa mungkin korang tak suka. I dah biasa I okay je dengan bau dia sebab bau tak lama pun nanti ditiup angin.......
Haritu masa telinga Aiman gatal dan kaki dia gatal pun I sapukan tea tree ni dan buat air rendaman kaki. Kalau selalu amalkan nanti kurang rasa gatal. Kalau tak berkurang juga kena cari ubat yang lebih berfungsi okay.
Tea tree oil ni sangat membantu mengecutkan jerawat I, kurangkan blemish pada kulit. Kalau terlebih pakai akan buat kulit kering sikit jadi I memang pakai malam je kecuali ada jerawat yang I geram sangat I akan pakai lebih hihi. I memang jarang beli krim jerawat yang lain sebab guna tea tree ni pun dah membantu sangat untuk kulit muka.
I tak pernah lagi rasanya try produk Aiken yang lain walaupun memang nak cuba sangat. Banyak list produk yang I nak guna dan buat review so wait yaaa.
bagus ni untuk dicuba.. ^^
ReplyDeletebagus kalau sesuai dengan kulit
Deletesep sikit. kita pon suka. dah berapa botol dah beli. tapi ada org ckp bau busuk tapi i suka bau dia. mak i cakap bau mcm air longkang tpi i suka ja. hehehe.
ReplyDeletehahahha betul tu kalau pakai depan orang yang tak biasa bau mesti diaorang cakap busuk
Deletesaya pun pakai tea tree oil ni lepas baca review awak sebab sebelum tu muka jarang naik jerawat so memang tak pernah beli ubat jerawat tetiba breakout stress juga tapi dah pakai aiken ni muka pun dah makin baik.
ReplyDeleteAlhamdulilllah bestnya kalau berkesan.airah kalau ada jerawat teruk confirm terus cari ni je
Deletewahhh..ada tea tree oil yea. Menarik betul lah ni. Comel pula tu botol kecil gitew.. apepun tee trea mmg bagus untuk masalah jerawat
ReplyDeleteaha botol dia kecil je tapi kalau sapu dekat jerawat sahaja lama bertahan ni
DeleteTea tree oil memang bagus untuk jerawat kan... dulu pun Qiya guna skincare yang ada tea tree oil jugak...
ReplyDeletetea tree oil memang sesuai untuk acne skin macam tu.tapi ada juga yang tak tahan
Deleteyes aiken nie skincare mampu milik , btw yang toner tu pores tu pernah pakai tak?
ReplyDeletebetul tu harga dia tak mahal macam brand lain tapi masih berkesan. alaa tak pernah lagi pakai. malas sebenarnya nak pakai toner haha
DeleteBaru tahu tentang produk ni. Produk Aiken tahu bedak dia je. Tak tahu pasal oil ni. Thank you share info.
ReplyDeletenanti boleh la cuba.
DeleteAiken ni tau bedak je..ni ada tea oil ye..xpernh plak tgk kt pasaran..tq share review psl aiken tea tree oil
ReplyDeletesebab dia kecik je macam susah nak nampak hahaha
DeleteTea tree oil good for acne prone skin. I love this brand too. It really helps if I need one. The price also reasonable.
ReplyDeletetrueee. affordable and berkesan
Deletebetul tu. banyak produk yg letak tea tree oil. tapi aiken juga yg paling femes. dari dulu lagi terkenal dengan kebolehan merawat jerawat
ReplyDeletetapi airah tak pernah lagi try brand lain hihhi.mask yang ada tea tree biasa la
DeleteRajinnya susuk kelopak bunga tu hehehe tapi cantik menarik dan best tengok gambar-gambar kat sini Aiken ada dah produk macam ni ok lah bagus juga....
ReplyDeletehahaha dah ada lebih props kita guna jela
DeleteProduct Aiken ni memang bagus, saya sendiri pun cukup biasa dengan jenama ni dan memang mempercayai kualiti productnya
ReplyDeleteSenang nak dapatkan aiken ni. Memang ramai kata bagus, tapi nad tak pernah guna pun. Alhamdulillah, muka nad hilang jerawat lepas pakai deeja. Ikut kulit masing-masing kan
ReplyDeleteSelalu baca tentang benefit tea tree oil ni tapi tak pernah guna lagi. I pun jenis yang tak ada jerawat cuma muka kusam dan kering. Stress pulak.. Huhu
ReplyDeletetree oil ni rasanya sejak dulu memang org dah war-warkan ianya mmg dapat menegcutkan jerawat....boleh matikan kuman juga rasanya..dan aiken ni brand sejak dulu mmg terkenal dan selalu dapat positif respon dr penggunanya
ReplyDeleteI've used this long time ago when I had a little bit of acne problems and it's really good for those with oily skin, highly recommend.
ReplyDeletetak pernah lagi guna yg oil ni.. Tp kalau cleanser oil dia penah guna.. Aiken ni sbnrnya bagus juga kna.. Dan hatrga dia smuanya mampu milik kat drugstore....
ReplyDeleteWalaupun akak tak sesuai produk berasaskan minyak. Tapi bila ada jerawat, akak suka sapu sikit tea tree oil Aiken ni. Lega dan jerawat cepat baik.
ReplyDeletei'm using aiken to treat my acne too.. it's kind of effective right? love it's effect!
ReplyDeletePenasaran sama tea tree oil ini. Kata dorang murah dan bagus wat jerawat. Apa ada gak ya dijual di jakarta atau makassar?
ReplyDeleteyg ni belum try lagi, nanti nak try sebab macam best jer
ReplyDeleteAiken ni kalau pakai memangg pedass erk yg taru bahagian jerawat tu ?
ReplyDeletetree tea oil ni mcm minyk kayu outih eh? letak kat muka dia rasa pedas sikit? betu ke? sebab saya pakai dia pedas sikit bila letak kat muka?
ReplyDeleteI really appreciate the kind of topics you post here. Thanks for sharing us a great information that is actually helpful. Good day! tea tree oil for eczema
ReplyDeleteexcited nak cuba
ReplyDeleteKalau parut jerawat dekat badan or lengan boleh ke letak aiken tree tea oil ni
ReplyDeleteKalau parut jerawat dekat badan boleh ke letak aiken tree tea oil
ReplyDeleteKalau parut jerawat dekat badan or lengan boleh ke letak aiken tree tea oil ni
ReplyDeleteKalau parut jerawat dekat badan or lengan boleh ke letak aiken tree tea oil ni
ReplyDeleteKalau parut jerawat dekat badan or lengan boleh ke letak aiken tree tea oil ni
ReplyDeleteWe all have read about and probably used several different natural products to help with asthma sufferers, and breathing problems. From magnesium, grapeseed extract, fish oil, to sophisticated air filters on our heating and air conditioning systems, to just about anything that you have heard that works, or gives some relief oil filtration
ReplyDelete