Lindungi Kulit Dari Sinaran Matahari Dengan Petal Velvet Sunaway

Kenapa kena pakai Sunscreen?





Kalau korang ada akaun Twitter dan selalu follow tweet dari Beauty Guru macam ImanAbdulRahim tu korang mesti dah tahu kepentingan pemakaian sunscreen. Ramai dah yang cuba wujudkan kesedaran penggunaan sunscreen dari awal tak kira umur dan tak kira sedikit mana pun terdedahnya kulit terhadap cahaya matahari.



Walaupun kita memerlukan Vitamin D dari cahaya matahari tapi itu hanya boleh diaplikasikan pada waktu tertentu. Awal pagi macam tu boleh la dapat vitamin, kalau dah tengah hari panas terik memang dapat kanser kulit jela. Sunscreen ni membantu untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.





Yang ni point paling penting dan semua orang patut ambil berat. Penggunaan sunscreen yang mencukupi mampu mengelakkan garis penuaan. Bayangkan umur muda lagi tapi garis penuaan, kedutan dah nampak pada kulit. I rasa semua orang nak kulit yang nampak muda, berseri dan sihat kan? Jadi mula la pakai sunscreen dari sekarang !



Penggunaan sunscreen juga meningkatkan kesihatan kulit sebab sunscreen membantu melindungi protein kulit seperti kolagen, keratin dan keanjalan kulit. Banyak sangat sebenarnya fungsi dan faedah sunscreen pada kulit. Korang google je benefits of sunscreen atau fungsi sunscreen untuk tahu lebih lanjut.



Untuk memastikan kulit I tiada masalah seperti kedutan dan tanda penuaan sebelum usia dan I memang nak kulit I sentiasa sihat muda remaja hahahaha I pun guna sunscreen jugak ! Sekarang I ada tiga sunscreen dan salah satunya ialah Althea’s Petal Velvet Sunaway Sunscreen.


(abaikan my fat face hahaha. Harap lepas bersalin, muka kecik macam dulu T.T)



Tak ada masalah pun simpan stok sunscreen banyak-banyak okay sebab I tahu I memang pakai dan akan pakai selalu. Sebelum stok I habis dan kulit I terdedah dengan bahaya baik I bersedia dengan sunscreen yang banyak hihi.





Isi : 55ml
Harga : RM43
Website : althea.kr



Petal Velvet Sunaway ni mempunyai SPF 50+ and PA++++. Kalau korang tak tahu apa itu SPF dan PA, SPF ni adalah ukuran tahap perlindungan terhadap sinaran UVB. Sinaran UVB yang boleh menyebabkan sunburn dan kanser kulit. 



PA pula adalah gred perlindungan terhadap sinaran UVA. Semakin tinggi +++ tu semakin tinggi la perlindungan sunscreen untuk kulit. Setakat ni paling tinggi PA++++.





Sunscreen ni diformulakan dengan hyaluronic acid dan ekstrak Damask rose. Damask rose membantu melembapkan kulit dan melegakan iritasi, kulit rasa lebih sihat. Hyaluronic acid pula memang tak asing lagi dalam skincare. Bahan pelembap yang dapat menarik kelembapan untuk kulit dan menghalang kulit dari kering. Geranium oil pula memberikan keserian kepada kulit dan merawat acne.



Bahan :
WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL.



Pastikan korang tak ada elergik terhadap sesuatu bahan dalam produk penjagaan wajah yang digunakan okay. Sebelum cuba check dulu atau buat patch test. Setakat ni I tak ada elergik atau iritasi pada bahan dalam sunscreen.






Untuk packaging pula, packaging dia dari jenis plastik. Dengan warna utama putih dan pink. Bagi I warna dia sweet sangat sebab penutup sunscreen yang warna pink lembut tu. Warna favourite I dan tambah koleksi skincare I yang warna pink haha. 



Botol dia kecil je. Bukan la kecil sangat tapi sesuai untuk bawa travel. Senang nak simpan dan senang nak selit. Selit dalam handbag pun sesuai, kalau terlupa pakai sunscreen masa keluar tu boleh terus pakai. I tak ada masalah dengan packaging dia semua okay.





Bau pula dia ada satu bau tapi tak kuat sangat. Kalau orang sebelah tak dapat la bau tapi bila I pakai, I boleh bau. Maybe bau Damask rose yang digunakan kot. Atau bau bahan dia yang lain. Bukan bau busuk, bau something yang I tak sure bau apa. Tapi okay je tak mengganggu sangat pun cuma kalau tak ada bau lagi okay ataupun bau yang lebih wangi dari ni.



Tekstur dia pula tak cair. Jenis pekat sikit. Walaupun pekat, bila pakai pada kulit masih rasa ringan. I suka tesktur macam ni sebab tak la bila sapu dekat muka kemain laju je dia nak meleleh.



Hasilnya bila pakai sunscreen ni kulit rasa lembut macam kelopak bunga, nama pun Petal Velvet kan. Tak rasa berat pada muka, rasa ringan je. Pakai dengan foundation okay, dengan bb cushion I pun okay. Tak ada buat muka cakey atau white cast.



Sunscreen ni juga membantu mengawal sebum berlebihan pada kulit dengan bahan formulanya dan hyaluronic acid pula memastikan kulit lembap sepanjang hari dan sepanjang penggunaan sunscreen ni.



No white cast ! Paling best sunscreen ni tak meninggalkan kesan putih pada kulit. Macam bertompok ke atau macam pakai krim berkilo macam tu. No, tak ada. Aplikasi pada kulit lembut dan senang rata tanpa white cast. Sesuai sangat untuk pemakaian setiap hari, tak melekit pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



Cara I pakai, goncang botol tu dulu bagi semua bahan dia bercampur. I letak terus pada muka, tak letak pada tangan. Ikutkan jumlah yang mencukupi untuk pakai sunscreen sebanyak dua jari sunscreen. I dah tahu jumlah yang macam mana sesuai so terus je sapu pada kulit. Yang penting jangan kedekut nak sapu banyak dan jangan kedekut nak ulang sapu banyak kali lepas beberapa jam okay.



Bagi I harga dia memang berbaloi. Murah dari sunscreen biasa dan semestinya made in Korea. Kalau travel pun senang nak bawak simpan dalam pouch.







Sekarang althea.kr ada set exclusive untuk korang, Petal Velvet Set dengan 10% off. Set ni termasuk Petal Velvet Sunaway 55ml dan Petal Velvet Powder. Boleh pilih powder tu ikut code korang suka.




Code yang available adalah #0, #23 dan #PinkLavender. Semua code favourite I, sesuai untuk jenis makeup yang I pakai.



Althea’s Petal Velvet Powder ni dibuat menggunakan particles micro untuk meminimumkan kemunculan pori dan line pada kulit jadi kulit kelihatan lebih flawless, petal-like complexion. Powder ni matte satin finish yang tak buat kulit jadi kering. Yang paling penting makeup tak cakey dan mengawal sebum pada kulit.




Code #0 sesuai untuk semua jenis warna kulit sebab dia macam translucent powder / loose powder biasa tu.





Code #23 sesuai untuk natural coverage.




#Pink Lavender pula adalah special edition dan korang wajib cuba yang ni. Mengawal sebum, memberi kecerahan dan kehalusan pada kulit. Campuran warna pink dan lavender memang cantik sangat bedak dia. Kulit nampak cerah dan segar. Pink Lavender limited tau order cepat sebelum habis.




Cara I pakai macam biasa je lepas dah pakai foundation or bb cushion, puff je powder ni pada kulit bahagian hidung, smile line dan bahagian yang cepat berminyak. Lembut sangat pada kulit. 



Okay itu sahaja review I kali ini. Kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan di komen box okay. Jangan lupa sentiasa pakai sunscreen ! Kalau sebelum ni korang tak pernah shopping di Althea.kr boleh ke link ni untuk dapat 20% off ! Dapat jimat banyak okay.








2 comments

  1. suncreen mesti kena ada dalam routine skincare terutama waktu siang..

    ReplyDelete
  2. Wajib pakai sunscreen tetambah bila selalu berjemur, sobs

    ReplyDelete