Lucido-L Hair Vitamin Oil Review

Walaupun pakai tudung, kebajikan rambut kena juga jaga. haaaa hambek terus kebajikan rambut hahaha. Bila pakai tudung ni lagi la kena extra penjagaan lagi-lagi yang pakai tudung lama macam I. Kira pakai tudung masa office hour dah ambil masa 9 jammmm. Lama gila ! Itu kalau terus balik rumah boleh bukak tudung.



Kalau keluar pergi mana-mana lepas office hour bertambah jam tak bukak-bukak tudung, rambut pun redha je terperap lama kan. Bila tak jaga rambut memang banyak masalah boleh datang. I paling rimas bila rambut I kering dan mengerbang. Rambut I bukan jenis berminyak tapi kering. Kalau boleh memang nak cari produk penjagaan rambut yang boleh buat rambut I sihat dan mudah diurus. Jadi harini I nak review



Produk : Lucido-L Hair Vitamin Oil untuk Dry Hair
Isi : 50ml
Harga : RM16



Macam biasa harga dia bergantung kalau ada promosi dapat la murah. Nak cari produk ni pun senang je pergi je drugstore terdekat macam Watsons, Guardian tu, cari bahagian syampu. I memang selalu cuci mata dekat Watsons dan Guardian je.






Pertama kali I nampak produk ni dalam video Joan Kim. Dia memang suka sangat gula hair oil ni dulu laaaa sebab latest video dia I jarang nampak dah dia promote hair oil ni hahaha. Baca review orang lain pun kebanyakkan suka dengan hair oil ni sebab kesan dia terbukti. Kalau tanya yang rambut lawa-lawa tu pakai produk rambut apa mesti selit Lucido-L hair oil ni.



Jadi sebagai seorang yang mudah terpengaruh, I pun try la jugak hihihi. I dah beli lama dah tapi sampai sekarang dah lima bulan tak habis. Mungkin I jarang sikit pakai sebab pakai bila lepas cuci rambut je. Lepastu oil ni hilang sekejap I malas nak cari. Sekarang dah jumpa balik pakai semula dan nak habis dah pun. I suka buat review bila produk dah nak habis jadi keberkesanan dia mungkin berbeza sikit.





Hair oil ni ada tiga jenis tak silap I. Warna oren untuk rambut rosak, warna pink untuk rambut normal dan warna kuning untuk rambut kering. Disebabkan rambut I lebih kearah kering, I try warna kuning. 



Botol dia macam dalam gambar dekat atas. Comel sahaja dengan isi 50ml. Senang nak bawa pergi mana-mana dan senang juga nak hilang ! Botol jenis plastik jadi tak risau pecah. I suka design botol dia lain dari yang lain. Dan botol ni jenis pump jadi tak susah nak keluarkan produk dia. Bila guna produk jenis oil ni mesti la risau licin nak pegang botol, susah kalau botol jenis tak ada pump. Tapi produk ni dah siap pump, lebih senang.









Bahan : Cyclopentasiloxane, Dimethiconol, Dimethicone, Diphenylsiloxy, Phenyl Trimethicone, Fragrance, Phytosteryl / Octyldodecyl Lauroyl Glutamate, Tocopheryl Acetate, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Glycerin Soja (Soybean) Oil, Retinyl Palmitate, Ascorbyl Palmitate, Tocopherol



Jadi hair oil ni mengandungi vitamin A, C dan E. Juga mengandungi minyak avocado dan bahan pelembap untuk membuatkan rambut kering lebih lembut, berkilat dan lembap.



Bila I pakai memang tak dinafikan keberkesanannya. Rambut I jadi senang nak urus, senang nak sikit dan guna jari pun boleh. Rambut pun kurang mengerbang dan lebih lembut. Bau hair oil ni pun wangi tau bukan bau bahan-bahan chemical ke apa. Tapi bau dia tak ada la kuat wangi. Cuma bau lembut yang kalau cium baru boleh bau.



Memang hair oil ni memudahkan I dan menambah penjagaan untuk rambut I. Tekstur dia pun memang jenis minyak rambut tapi bila sapu dekat rambut, rambut tak rasa berminyak dan cepat je serap. Dekat tapak tangan pun tak ada meninggalkan kesan berminyak. Itu paling I suka. Kadang kalau I buat treatment dekat rumah guna minyak kelapa kemain berminyak satu rumah hahahaha. Bila guna hair oil ni semua senang.




Cara I guna pula, bila lepas syampu rambut, rambut dah separuh kering, sapu je hair oil ni. I elakkan dari terkena kulit kepala sebab risau nanti kulit kepala berminyak pulak. Masalah lain datang seperti kulit kepala gatal ataupun kelumumur. Bila nak pakai tudung pun kadang I minyakkan rambut dulu bagi senang nak ikat rambut dan bau rambut sedap sikit. I rasa bebila pun boleh je pakai hair oil ni.



Asalkan konsisten untuk kesan yang maksimum. 





I memang rekomen hair oil ni kalau korang ada jenis rambut kering macam I. Boleh la cuba dulu dari tak buat apa-apa dekat rambut biar je macam tu hahaha. Kalau korang ada hair oil jenis lain yang best boleh la kongsikan dekat komen box I pun nak try jugak.






29 comments

  1. alaaa rambut kita jenis berminyak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa-apa kena test dulu la tengok sesuai ke tak dengan rambut

      Delete
  2. Macam best je. Nanti nak try cari. Rambut bila dok rumah MIL, seharian pakai tudung.. adoo~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu seharian pakai tudung tak selesa langsung lagi2 kalau buat kerja yang berpeluh

      Delete
  3. Tu lah, kdg2 kita rasa sbb pakai tudung je, tak perlu nak jaga rambut sgt kan. Padahal sbb pakai tudung la lagi selalu kena jaga dgn peluh, basah lagi kan.

    ReplyDelete
  4. Comel saiz botol dia.. senang nak bawa travel ni.. TB pun dah lama tak memanjakan rambut dengan serum .. yang ni buat TB terasa tertarik je nak cuba.. will check it out later..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa botol dia yang buat makin nak cuba tu sebab comel hahaha.

      Delete
  5. Sekarang ni sama ada berhijab atau tidak. Kena pandai jaga rambut. Seronok bila tengok rambut terurus dan tidak kembang. Hahaha. Selalu nak dpt penjagaan mcm ni ramai pi salon. Sekarang beli je Lucido ni dan buat kat rumah. Sekejap je sapu minyak tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ruby.salon tu kadang pergi jugak nak lebih extra hihi tapi bila seharian ni kena jaga elok2 la

      Delete
  6. oh not bad jugak nampaknya yea Lucida Hair Oil ni, bila baca pon mcm menarik. Anyway suka betul tengok packaging nya tu, comel sungguh dan nampak travel friendly and convenient sgt tau, mmg senang laa nk simpan and bwk merata kan since botol nya pon plastik kan hehe. Nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak selit mana2 botol dia tu.nak hilang pun senang jugak sebab kecil haha

      Delete
  7. Bella dulu pernah juga gunakan santan menjaga rambut. Tapi memnag leceh time nak cuci dan tak tahan baunya. Pernah tahu brand ni tapi belum pernah nak cuba. Disebabkan rambut i curl dan kering jadi memang perlu pakai hair oil. Will try this soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ! pernah jugak guna santan. memang lembut tapi lecehnya lahai. beli macam ni je senang

      Delete
  8. Pakai tudung tak semestinye penjagaan rambut diabaikan. I pernah guna ni but sesuai kejap je. Lepas tu tak sesuai pulak. Overall good experience masa mula mula try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kenapa tak sesuai dah lepastu? nanti share produk rambut yang best okay

      Delete
  9. Rambut kita kering! Dulu masa kecik-kecik rajin la nak pakai minyak rambut camni. Sekarang dah besar malas sikit. Tapi jenis minyak camni memang sesuai sangat buat rambut kering. Rambut pun mesti rasa lembut je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah memang sekarang apa pun malas je nak buat tapi nak cantik punya pasal kena la gigih buat

      Delete
  10. Comelnya bentuk botol dia. Tapi baguskan kalau kita sentiasa menjaga rambut walaupun bertudung. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.walaupun rambut kita, kita je nampak. tetap kena jaga

      Delete
  11. Alaaaaa comelnya botol dia. Tp baguslh sbb plastik. X mudah pecah dan sesuai utk bawak travel sbb saiznya yg kecik. Okay boleh lh nk pi cari nanti n cuba

    ReplyDelete
  12. Comelnya botol dia..pertama kali nampak menarik pulak.rambut nad ni memag jenis oily..dekat watson ye..memang selalu la shopping sana..bgus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah suka cuba produk yang ramai bagi positive review ni hahaha jum try jugak

      Delete
  13. Hyee sis saya baru beli, beli tnpa sengaja sbnrye, pastu tkut nk pkai klau tk elok ke apa, suddenly found ur blog!! Thank you sis sbb review rasa yakin sikit nk pkai hahaha, kepada korg lain jgn buat mcm saya main beli ke hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh 4 tahun kan blog ni, cepatnya masa berlalu...eh tiber sebak pulak saya😅😅😅

      Delete
  14. 4 years ago....Hai empunya blog, thanks for sharing your experience..

    ReplyDelete