Membantu Mengawal Jerawat

Cleanser ataupun pencuci muka memang penting dalam skincare routine. Cleanser berfungsi untuk menanggalkan kotoran, minyak dan benda-benda yang tidak diperlukan atas kulit. Selain itu membantu juga untuk menanggalkan sel kulit mati. Sebelum ni memang I pentingkan pencuci muka. Kalau malas buat skincare routine yang panjang berjela tu pun, paling kurang I cuci muka guna pencuci muka sahaja.



Dari tidur dengan muka kotor dengan bakteria, pencemaran udara tuuu eiii I tak sanggup. Dulu I tak pentingkan pun jenis pencuci muka yang I guna. Guna je apa yang I nak sebab bagi I pencuci muka tu untuk hilangkan kotoran je kan? Tapi sebenarnya tak. Pencuci muka pun memberi kesan pada kulit. Bila I baca lebih mendalam mengenai rutin kecantikan kulit ni banyak benda lagi I tak tahu….



Contohnya pencuci muka jenis gel sebenarnya sesuai untuk kulit jenis apa. Kalau pencuci muka foam lebih sesuai untuk kulit berminyak. Gitu. I pun tak pernah tahu yang ada jenis kulit tak sesuai pakai sesetengah jenis pencuci muka. Jadi pilihan I, kalau nak beli pencuci muka, pilih yang sesuai dengan semua jenis kulit sebab Aiman suka kongsi pencuci muka I. Kalau korang tak tahu lagi, lelaki pun boleh pakai produk penjagaan kulit muka perempuan okay. Bukan lelaki kena pilih produk lelaki sahaja -.-








Kalau korang ada baca entry I, Tips Liang Pori Lebih Bersih Dengan Hansaegee Nature, I tengah pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dalam rutin penjagaan kulit muka I. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni Original Made in Korea. Korang pun tahu kualiti produk dari Korea ni tahap macam mana kan? Memang berkualiti dan terbukti berkesan. I pakai start dari bulan 8 haritu, sekarang dah nak habis bulan 10. Pencuci muka I pun nak habis.



Tahan dua bulan je?? TAK. Ikutkan mungkin boleh tahan 3-5 bulan bergantung kepada berapa kerap dan banyak mana korang pakai. Tapi disebabkan I pakai berdua dengan Aiman, cepat la habis. Itu pun dua tiga hari lepas Aiman baru tanya I nak beli dekat mana pencuci yang kita tengah pakai tu sebab dah nak habis. Ikutkan Aiman tak rajin pun nak kisah kalau pencuci muka habis sebab stok pencuci muka I banyak. Lepas habis yang ini boleh je pakai yang lain. Tapi dia sibuk nak beli yang ini jugak. Kalau korang nak tahu dekat mana boleh beli tunggu entry I sampai habis okay.









Bagi I harga dia memang berbaloi dengan kesan dan isi produk yang kita dapat. Tahan lama pun ya. Hansaegee Nature pun selalu buat promosi dan kombo yang semestinya lagi murah dan berpatutan.



Repurchase? Mesti la. I suka tahap pembersihan pencuci muka ni.



Before



Kesan pencuci muka ni pada kulit I, kulit lebih bersih dan licin. Korang boleh tengok gambar muka I jerawat kemain banyak. Tapi lepas rajin cuci muka bagi bersih bebetul dan skincare pun I rajinkan diri, kulit muka dah banyak gila berubah. Sekarang mungkin tinggal parut sikit yang I kena treat. Kulit muka I pun rasa bersih dan licin dari sebelum ni.









Cara I pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin. I biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih. Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.



Aiman pun sama. Kulit muka dia lagi la jenis berminyak. I yang jenis kombinasi ni pun dah rimas kalau berminyak dekat sesetengah area, yang jenis berminyak apetah lagi. Aiman kalau dia suka mesti dia puji-puji termasuk la pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Jerawat dia bukan makin kurang, tapi dah tahap tinggal parut jerawat je. Peningkatan yang bagus. Aiman bukan buat skincare rutin pun, dia cuci muka je.






Kadang-kadang je kalau I rajin sikit I buatkan skincare routine yang lengkap. Kalau tak memang dia cuci muka dengan Bubble Cleanser ni jela. Sebab tu siap tanya dekat mana nak beli. Kalau korang pun nak beli sekali boleh singgah semua media social dan website di bawah okay.




Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


44 comments

  1. Bersihnya muka awak Airah hee. Cantik. :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/lazada-1111-blogger-contest-biggest-one.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hihi tapi tak bersih sangat tu ada je parut jerawat dengan redness haha.

      Delete
  2. Wajah kita ni memang kena extra care. Tak boleh stress, tak boleh tak mandi, tak boleh cuci muka kerap nanti natural oil tak produce,tak boleh guna Scrub selalu dan macam-macam lagi. Jadi, bila dah dapat produk yang bagus / serasi untuk kulit kita. Alhamdulillah sangat! Tapi bila dah tak efektif, tukar jenama lain dan jenis kulit. Sebab kulit kita tak selamanya dalam kondisi sama. Contoh masa remaja ni kulit kombinasi. Nanti dah bekerja dia jd kering sebab faktor aircond ofis. Or terlalu berminyak sebab kerja luar dan sunburned. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ruby. kulit memang macam macam nak kena jaga dan guna produk ikut keadaan semasa.

      Delete
  3. Setuju sangat. Yes, pencuci muka yang bagus dan sesuai penting untuk dapatkan kulit muka yang baik. 1st time dengar jenama ni tapi selalunya produk dari Korea semua best best! Tertarik terminat nak cuba laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dah guna jenama ni kak nina. suka sebab memang serasi dengan kulit

      Delete
  4. Pantas betul kesan dia ek..untung jadi wanita kan sebab rajin cuci muka..cuci lak bukan biasa biasa, siap ada skincare yang komplikated..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lelaki pun sama kena ada skincare routine complete jugak kalau nak kulit cantik.tapi ada je lelaki pakai pencuci muka biasa pun kulit dah cantik tsktsk

      Delete
  5. Mmg sangat membantu, boleh try untuk parut2 atas muka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la nanti sesuai untuk yang selalu naik jerawat tu

      Delete
  6. wah, menarik produk ni. Bagus sangat sebab ada aloe vera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha dia ada aloe vera dengan tea tree memang gabungan sesuai untuk acne dan melembapkan

      Delete
  7. Tak pernah tahu pasal jenama ni. Kira ni first time la baca pasal produk ni. Hehe. nampak menarik dan convincing. Nanti nak cuba jugak la. Tapi sebelum tu nak google baca lebi lanjut pasal produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je baca entry airah yang sebelum ni. airah dah compile semua fungsi, bahan, keberkesanan dia

      Delete
  8. pimple popings out from my skin.. guess i need this product now.. hehehe.. looks like its a great one..

    ReplyDelete
  9. Betul klau cuci muka tak bersih atau guna produk yang xsesuai muka akan naik jerawat.. liez pun sama.. pernah sekali 1 malam tertido dan muka xsempat nak cuci.. esok pg boleh rasa ada bintik2 merah mula nak naik.. bagus la produk yang ada alor vera sbb mmmg sesuai unyuk mencantik dan memrawat kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha nanti banyak bakteria boleh menyebabkan jerawat kalau tak cuci muka bersih sebelum tidur

      Delete
  10. Lama jugak boleh tahan tu walaupun tengok botol dia kecik comel lotey je. Selain dari pakai pencuci muka yang sesuai dengan muka, kena make sure jangan pegang muka selalu. Tangan kita ni kan pegang entah mana-mana kan. Kulit muka pulak sensitif. Silap pegangn memang naik jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. botol dia besar actually haha boleh refer entry airah yang sebelum ni. aha tangan pun banyak bakteria sebab selalu sentuh benda2 kan kena elakkan dari selalu pegang muka

      Delete
  11. product berasaskan aloe bera mmg bagus..ia boleh membuatkn kulit licin..malah boleh juga hilangkan parut jerawat..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ramai guna produk berasaskan aloe untuk kulit lembap dan masalah lain

      Delete
  12. kalau product ni tahan lama 2-3 bulan..mmg berbaloi la..eh...nak cuba gak laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi kak sebab dia jenis foam lepastu bila kena air berganda lagi buih dia.

      Delete
  13. Teruja pulak tengok wajah awk dah bersih mcm tu. Akk ni pening tengok muka sendiri. Jerawat kemain happy keluar masuk tiap bulan.
    Mcm nak try je produk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kena usaha jugak rajin buat skincare kalau tak kemain naik jerawat hahaha jum try jugak

      Delete
  14. Alovera mmg baik untuk bantu kulit berjerawat. Dulu bnyk jerawat kat pipi ni. Skang alhamdulillah dah kurng. Boleh cuba produk ni untuk buang parut2 ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kan guna aloevera. airah pun kadang cari produk berasaskan aloe sebab buat kulit lembap dan membantu parut

      Delete
  15. best betul tengok pencuci muka dia, bubble-bubble gitu. memang berkesan la dengan airah ye..produk ni pertama kali nad dengar tapi ada nampak orang lain pakai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa bubble dia banyak dan lembut sangat.airah dah lama tengok produk ni orang review akhirnya merasa juga guna

      Delete
  16. menarik betul produk nie. boleh bantu masalah jerawat di kulit muka. okay lepas nie boleh ikhtiar gunakan produk nie kalau ada jerawat singgah ke muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la guna pula lepasni sebab memang fungsi utama dia membantu kulit acne

      Delete
  17. Rawlins dulu pun sama. Jenis sental je pakai apa pun. Now dah reti sket dah. Dah memang sejenis kulit sensitif, maka terpaksa setia pada Marine Essence Beauty Bar sahaja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun kadang kulit sensitif dengan sesetengah bahan.kena try and error je ni haha

      Delete
  18. Wajah memang harus selalu di bersihkan agar tetap sehat dan terlindung serta bebas jerawat ya.

    Makasih Tips Liang Pori Lebih Bersih Dengan Hansaegee Naturenya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kalau jaga elok2 mesti jerawat pun tak datang

      Delete
  19. Kita pun selalu juga tumbuh jerawat-jerawat nakal ni... Kalau ada produk macam ni ok sikit boleh lah tapi orang laki boleh guna ker hehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki pun boleh guna.husband airah pun guna sama.biasa kalau produk skincare perempuan ni tak ada masalah pun lelaki nak guna asalkan sesuai dengan kulit

      Delete
  20. Sangat bagus produk ni org yg mempunyai masalah jerawat,klu sesuai harus diteruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kulit airah kadang jerawat memang jarang naik dah

      Delete
  21. produk hansaegee nature ni memang antara produk yang femes kan. teringin nak cuba sebab dengar feedback positif semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa airah pun tengok ramai orang pakai sebab tu teringin nak pakai sekali hihi nasib berkesan

      Delete
  22. Macam best je produk ni.. Nampaklahh perubahan ketara tuu 😍😍
    Makin lawa

    ReplyDelete
  23. dah lama tau aim produk dari brand ni hahaha bilalah nak dapat

    ReplyDelete