Freeman Apple Cider Vinegar... Big NO?

I tersangatlah jarang jumpa produk yang kulit I tak sesuai sebab pertama, I akan buat research sama ada produk tu sesuai dengan I ke tak. I akan baca review orang lain sama ada produk tu sesuai dengan diaorang atau tak. Memang sebelum beli apa-apa skincare I akan baca review dulu la sebab tu jarang review produk I tak kena dengan kulit sendiri.



Tapi kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.... Ceh entah betul ke tak tu I malas nak check semula. Ada je produk yang tak sesuai dengan kulit I seperti Freeman Apple Cider Vinegar ni.



Produk : Freeman Apple Cider Vinegar Clay Mask + Scrub
Isi : 6 oz/ 175ml






Produk ni macam yang dia tulis boleh digunakan sebagai clay mask dan scrub. I sangat la nak try produk Freeman ni sebab dia ada banyak jenis dan semua menarik perhatian I. Ada yang scrub apricot, clay mask avocado dan oatmeal, peel off cucumber, clay mask mint lemon dan macam-macam jenis lagi la. Semua menarik ! 



Kebanyakkan review pun semua suka dengan mask Freeman ni. Packaging untuk clay mask ni pun cantik warna peach krim lembut dan gambar buah epal cantik je kat situ. I tertarik dengan warna lembut dia. Bekas dia jenis tube besar, besar sikit dari pencuci muka biasa. Kalau nak bawak jalan jauh agak menyusahkan laa tapi bila letak susun dalam bilik air sekali pencuci muka lain cantik je hahahah.



Bahan di dalam dia seperti - Water/Aqua/Eau, Bentonite, Sodium C14-16 Olefin Sulfonate, Titanium Dioxide, Pumice, Propylene Glycol, Vinegar (Apple Cider), Kaolin, Xanthan Gum, Magnesium Aluminum Silicate, Cocamidopropyl Betaine, Disodium Edta, Citric Acid, Diazolidinyl Urea, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Fragrance/Parfum, Hexyl Cinnam-Aldehyde, Yellow 6 (Ci 15985), Red 40 (Ci 16035)








Berdasarkan bahan-bahan dia.... I tak tau mana satu yang buat kulit I rasa panas dan gatal masa pakai clay mask ni dan selepas pakai dia. Seriously tak tahan ! Rasa pedih juga kulit muka bila pakai. Kenapa orang lain pakai elok je I pakai tak sesuai pulak tsktsk. I try juga beberapa kali pakai tapi still kesan dia sama je buat kulit rasa pedih, gatal dan panas macam tu. Macam dah pakai apa je.



Sebelum ni I ada juga pakai clay mask brand lain tapi elok je. I serius kena check semula bahan apa yang I kena elakkan. Kalau korang nak tahu, mask Freeman yang ni merupakan mask kedua yang I cuba. Mask pertama yang I pernah cuba ialah Freeman Honeydew or Lemon Mint tu I tak ingat. I cuba masa study dulu dan agak lama.



Kesan dia sama macam masak Freeman yang I pakai ni ! Rasa pedih dan gatal. I ingat kalau I try jenis lain mungkin sesuai dengan kulit I rupanya tak. Still kesan yang sama hahahah. Last-last mask yang I guna masa study tu I bagi kawan je sebab memang tak sesuai. Mask apple cider vinegar ni pulak Aiman tolong habiskan. Kulit Aiman okay pulak bila pakai.






Sepatutnya mask ni claim dia boleh membersihkan, scrub, tones, dan serap minyak berlebihan. Exfoliate pori untuk kesan pori yang lebih bersih, kulit lebih flawless, cerah, berseri dan sesuai untuk semua jenis kulit........tapi tak sesuai untuk kulit I.



Bila baca review orang yang pernah pakai I tengok diaorang happy je guna Freeman ni. Siapa yang ada masalah sama macam I?






Atas ni gambar tekstur dia. Warna pink cantik dan tesktur clay mask. Warna dia pun dah boleh buat I jatuh hati tsktsk. Cara I guna lepas jadikan mask, biar kering sikit then letak air sikit buat buih untuk jadikan scrub pula. Urut muka kejap then boleh bilas. Buih dia pun boleh tahan banyak bila urut untuk scrub tu. Sebab kulit I tak tahan, masa mask dah rasa pepedih panas dahhhh....



Bau dia pun wangi macam bau epal. Maybe lepasni I tak guna dah mask or any produk dari Freeman sebab sedih dah excited nak guna tetiba kulit tak sesuai. Kecuali kalau ada yang nak sponsor untuk I buat review tengok jenis lain sesuai ke tak dengan kulit I... hihi









27 comments

  1. Tak semua orang sesuai guna produk skin care ni. Atas luck masing-masing juga.

    ReplyDelete
  2. Actually atas kulit masing-masing jugak, sayang lah kulit Airah tak sesuai, nasib baik masa I guna sesuai, tak membazir lah kiranya.

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kalau kulit sesuai sebab airah memang baca banyak jugak yang positif feedback sebab tu try sampai dua jenis mask ni tapi tak sesuai

      Delete
  3. ohh maybe ada bahannya tu yg kulit u either dah allergic with it or mmg tak tahan sbb bila tgk ingredients dia mcm2 jenis chemicals & acid ada tu, so if kulit u jenis sensitive or anything lagila kena careful with any ingredients. kdg2 bila try mcm2 skincare especially yg bnyk chemicals boleh menghakis lapisan kulit and buat jadi tak tahan dah dgn certain things. i think better u guna yg all natural / organic ingredients je lepas ni kot lg better..moga dipermudahkan everything ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.airah masih tak sure lagi bahan mana yang tak sesuai. kena patch test la dulu lepas ni

      Delete
  4. thanks for sharing this product, I have product to use too, its skin care and I am not sure which I am having. I need to check it, glad you shared here on this product, we need to take care our skin. Skincare is important.

    ReplyDelete
    Replies
    1. should do a patch test first before apply any skincare product.

      Delete
  5. Apple Cider Vinegar ni pernah minum lah. Kalau yang buat pakai kat muka tak pernah pulak. Kadang2 orang lain pakai ok, kita pulak tak kena. Nak kena cari yang betul2 sesuai dengan kulit kita.

    ReplyDelete
  6. Samalah. I pakai freeman mask pun muka rasa gatal. Masa i pakai mask tu i ingat mmg rasa kulit mcm tu kalau pkai clay mask. (First time guna mask). Any suggestion produk apa yg sesuai kalau bab2 mask ni

    ReplyDelete
  7. Wah first time see this macam best sangat la. I wish to try it once my current one finish. The product is so affordable hence no harm to try right. hehehe

    ReplyDelete
  8. Takpe takpe. Mungkin kulit kita tak sesuai dengan produk tertentu. Mungkin ada bahan dia yang memang u tak boleh nak apply. Bertabahlah hati. 😊 Cx pon jenis kulit sensitif. Kalau tak sesuai, nanti akan naik panau. Tak memasal. Huhuhu so berhati². InShaaAllah.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try brand nj lagi. Nampak best tapi tuhlah tak semua orang serasi dengan sesuatu produk kan .Kena try and error. Kalau kes macam awak ni dah dua kali guan still sama pedih better stop kan. Maybe ada yang tak sesuai lah tuh

    ReplyDelete
  10. I pun sama tau kalau nak cari satu-satu produk terutama nak guna kat kulit kena tengok orang punya penulisan baru I akan rasa yakin dan baru try tu pun tak terus I try kat kulit tru kat tempat lain dulu wakakakaka..

    ReplyDelete
  11. So far pakai produk ada yang ok ada yg tak. Kdg2 sb asik tukar2 try sampai tak tahu yg mana jadi punca. Ni pun br je surut jerawat besar kat muka. Kalau dah beli, pastu sensitip bila pakai syglah pula kan. Huhu

    ReplyDelete
  12. Tak pernah try brand ni. Dan baru tahu tentang jenama ni jugak. Hehe
    Betul tu, tak semua produk sesuai dengan kulit kita. Orang lain pakai elok berkesan. Sendiri pakai, muka pedih, mengelupas dsbg nya.

    ReplyDelete
  13. Rawlins pun sejenis kulit sensitif. Tu yang neves bila nak review skincare products - kena berhati-hati. Kesian kan orang macam kita nie. Hehe. Tu sebab bila jumpa yang sesuai, Rawlins memang takkan tukar.

    ReplyDelete
  14. bunya dia wangi ehhh macam epal..mesti best..tapi betul jga tak semua produk best sesuai dengan kita..jadi kena bijak memilih huhuhu

    ReplyDelete
  15. hahaha because they didnt sponsor you to do review so it's a big no? hahah anyway different people different condition, so any review is just personal point of view and just as a reference for the readers.

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete
  16. tak semua jenis kulit sesuai dengan sesuat produk.Ada yang boleh beri kesan yang baik dan tidak.So, kita kena try and error jugaklah untuk skin,baru tau samada ianya sesuai or tidak..

    ReplyDelete
  17. Alamak, kenapa tak sesuai pulak dengan Airah ni. Nad pernah pakai 2 mask Freeman ni. Yang clay mask avocado tu dengan peel off mask pamogranate. Tapi ok ok jela. Tak terlalu bawa perbezaan besar, and takde pula negative effect.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah lagi guna produk masker brand ni. Seakan-akan scrub dari St Ives je. Tak semua produk sesuai dengan kulit kita. Kalau ada kesan teruk memang tak ambil.

    ReplyDelete
  19. Oh...gitu kak ingat semua kulit ok jer...mybe kulit muka jenis sensetif, kak plk kulit jenis yg xda masalah sebab so far kak dah guna mcm2 produk utk review nti nk tray product ni sesuaix dgn kulit kat.

    ReplyDelete
  20. I've not tried this brand before but whenever I try a new product I always do a test patch, just to make sure my skin is suitable.

    ReplyDelete
  21. Sama la.. Baru pkai 3hari dh start pedih muka. I pkai yg oily skin. Madu manuka clay mask tu

    ReplyDelete
  22. I pernah try pakai sekali..Masa first I beli, sekali tu je I pakai.. n after that, my skin jd gatal2 Dan kering..esk tu I terus jumpa doctor. Alhamdulillah, lepas doctor bg ubat smua..dh kembali normal..doctor ckp maybe ingredients yg Ada dalam tu xsesuai untuk skin I..

    ReplyDelete