Melaka : Mamee Jonker House Tak Sedap?

Rancang perjalanan nak bertolak pukul 7.30 pagi. Ataupun lepas subuh, siap-siap semua terus gerak. Tapi macam biasa la banyak sangat iklan. Dalam pukul 8 lebih macam tu baru bertolak. Peringatan kalau nak jalan jauh ni check kereta, touch N go, minyak semua dulu okay. I macam biasa akan bawa botol air kosong untuk minum dalam kereta atau bagi kereta minum haha.



Sebelum masuk highway singgah Petron Skudai tak silap I. Isi minyak, topup tNg dan beli Hershey’s Freeze. Baru nak merasa minum sebab tak banyak Petron yang ada minuman ni kan. Pagi-pagi dah minum ais apa nak jadi entah. Rasa dia biasa je pun macam air coklat tapi kemain mahal -.-



Barang yang nak bawa malam sebelumnya baru I kemas elok-elok masuk luggage. Sebelum tu longgok setempat je mana nak bawak hahaha. Paling penting bagi I kena bawak sunblock sebab nak berjalan tengah panas, bawak kipas, backpack, shades…. Semua jenis nak jaga kulit je.



Tempat pertama singgah breakfast tepi jalan. Ikutkan nak merasa makan Roti Canai Arang yang viral tu tapi I baca kena datang awal, kalau datang lambat memang nan hado la tempat duduk. Jadi dah tahu memang tak kan awal sampai dekat situ, I tak masukkan dalam list. Breakfast warung tepi jalan je dekat Melaka. I order bakso, Aiman makan lontong kuah. Breakfast biasa je tak ada yang luar biasa.



Hentian pertama untuk melawat di Demang Abdul Ghani Gallery. I teringin nak datang sini sebab nak tangkap gambar rumah dia. Tengok gambar orang lain cantik je. Masa sampai tengok ada orang tengah photoshoot ke buat rakaman ke apa entah. Jadi tak ada la kiteorang masuk. Tengok dari luar je. Balik tu plan nak singgah lagi tapi waktu tak cukup jadi tengok macam tu jela haha. Dari pembacaan I, harga untuk masuk sini RM3. 



Ikut dalam itinerary pergi lunch dulu tapi kenyang lagi, I pilih jalan-jalan dekat area Jonker Walk. Walaupun sebelum ni dah pernah jalan dekat Jonker Walk tapi nak pergi lagi haha. Pergi hari biasa pun kemain dua tiga kali pusing nak cari parking hehhh. Untuk parking, I install terus apps parking dekat Melaka ni senang, search SmartParking Melaka. Nak guna senang je. Korang sign up, topup, lepastu dah boleh guna. Sama dengan apps parking yang I guna dekat JB. Tak payah sesusah nak beli kupon parking.



Lepas dah settle park, boleh la jalan tanpa arah tujuan. Paling penting bila nak jalan tengah hari buta ni kena siapkan backpack yang ada botol air, kipas, sunblock. Payung Aiman yang pegang. Sebab I mengandung jadi payung kena standby, buatnya tetiba tak tahan panas nanti pengsan hahahha. Tapi Alhamdulillah jalan merata jauh okay je lagi. Kadang rasa tak mengandung pulak bila tengok tenaga sendiri ni -.-


The Orang Utan House


The Orang Utan House. Tak sengaja terjumpa tapi memang I dah masukkan dalam list untuk singgah. Nak tangkap gambar dari luar sahaja sebab luar tu ada lukisan mural orang utan. Korang boleh masuk sini jugak dan dari pembacaan I, dalam ni macam gallery lukisan la.


Laluan masuk museum @ Mamee Jonker House

Lepastu jalan sikit sambil guna google maps nak mencari Mamee Jonker House. Masa naik kereta pusing-pusing cari parking, I dah dua tiga kali nampak Mamee Jonker House ni. Memang kena cari jugak dan beberapa minit je jalan dari Orang Utan tadi.



Apa yang specialnya dekat sini ada macam-macam aktiviti. Boleh beli barangan keluaran Mamee, masuk museum, diy cup Mamee Chef sendiri dan ada bengkel masakan. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web Mamee okay semua dah lengkap dekat situ. I datang sini sebab nak masuk museum dia dan cuba Mamee Cafe diaorang.



Mamee Jonker House


Museum tak silap RM5 je kalau nak masuk. I tak jadi masuk sebab ada rombongan budak sekolah ramai-ramai dalam tu macam rimas sikit haha. Tapi nampak macam best kalau masuk. I terus je ke bahagian Mamee Cafe dia untuk makan ! Perut memang dah lapar sebab dah dekat pukul 2 kot macam tu. Aiman order, I pilih tempat. Makanan kena order dekat kaunter. Cafe ni boleh tahan besar sebab rombongan sekolah tadi pun muat semuaorang makan dekat situ.


Lunch @ Mamee Jonker House



Cendol






Aiman order Hainanese Chicken Rice, Curry Laksa dan Cendol. Menu yang I cuba ni antara yang direkomen untuk try di sini. Hainanese Chicken Rice tu biasa jeeeeeeeee. 2/5 kot. Kicap dia pahit sikit, tak ada kuah sup dan portion nasi sikit tak berbaloi dengan harga. Curry Laksa tu guna megi Mamee. Boleh tahan sedap 4/5. Cendol dia 5/5. Sedap ! I suka cendol dekat Melaka ni. Gula Melaka diaorang guna pekat, tak manis sangat dan memang cukup lemak semua. Rasa nak datang Melaka makan cendol je :(


Jonker Walk World Heritage Park


Kopi O Sin Sing

Lepas dah siap makan semua, sambung jalan dekat Jonker Walk World Heritage Park. Singgah beli kopi tepi jalan. Kopi dia kaw gila dan sedap, Kopi O Sin Sing. Lepastu tengok kedai madu lebah baru bukak. I tak ada gambar masa dekat kedai madu lebah ni, ada video je. Nanti I rajin, I buat vlog pergi Melaka ni okay so stay tuned dan subscribe youtube channel I !



@ lobi attap Agrofarmstay Melaka


Dah penat jalan area Jonker Walk tu, nak pergi check in pulak. Nanti I buat entry lain untuk Agrofarmstay Melaka okay. Masa I sampai dekat situ, ada sekolah buat kem kot jadi meriah sikit hahaha. Siap salah lagi ingat I salah sorang cikgu yang join -.-



Lepas dah berehat kejap dekat bilik, next destination pula. I rasa macam panjang sangat pulak entry ni. Destinasi petang, malam dan next day I sambung dekat next entry okay :D








40 comments

  1. ok next year nak pergi hehehe

    ReplyDelete
  2. wah jenjalan melaka ye. nampak sedap lah cendol tu. jemput join segmen bloglist mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap cendol dia haha. Insha Allah nanti join

      Delete
  3. yeah went there once few years back. But didn't try the food there, now see your pics make me hungry. Wanna plan to go there but got to plan it out, perhaps in 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun lapar again when I read my own blog hahaha

      Delete
  4. Bestkan Bestkan datang Melaka? Melaka memang ada macam² tempat, makanan dan manusia daripada pelbagai pelusuk dunia . Melaka memang sentiasa penuh. Nak tahu tak? Orang Melaka pon tak habis lagi round satu Melaka. hahahahha. Cx piau orang Melaka tapi tak habis tawaf lagi . Haha Melaka ramai sangat orang. Encik suami tk berapa suka nak sesak². Makanya cx ia just redha! Hahah nak jenjalan kena dgn geng kaki jalan yg lainlah nampaknya. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun sebab datang jauh, redah jela jem, ramai orang tu hahaha. kena pusing habis ni CX

      Delete
  5. Datang ke Jonker Melaka pasti Abby maka es cendol tuh. Wajib es cendol sama pisang gorengnya enak tuh hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoa abby pun dah datang melaka juga. nanti datang lagi okay

      Delete
  6. looks great to explore mamee jonker house.. haha so many yummy food... it's a great foodie experience..

    ReplyDelete
  7. I pernah pergi Mamee Jonker House kat Melaka several times. I live the air-conditioned restaurant yang cukup selasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya the environment so selesa. dah jalan panas-panas makan dekat situ memang okay la

      Delete
  8. oh wait?! mamee got restaurant?? wow it has been a long while since my last visit to malacca, i think that was when i studied in mmu malacca.

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should come to Melaka again ! their food quite good

      Delete
  9. Nama je suami orang Melaka tapi tak pernah di bawah jalan sini. Masa study dulu yela pernah pergi. Tak kira lepas ni nak ajak dia datang sini juga. Makanan tu dah mengugat iman .Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang melaka lagi ni.airah pun banyak google je tempat best dekat melaka ni

      Delete
  10. Melaka memang selalu pergi tapi tak pernah nak habis jelajah..ada aje benda yang tertinggal, tengok list aira ni..banyak jugak tempat yang sis tak tahu..lepas ni nak ikut le jejak aira kalau sis ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pun banyak google je. lepastu buat list sebab kalau boleh semua tempat nak pergi haha

      Delete
  11. Menarik juga nak cuba Mamee Cafe. Macammanalah rasanya dan apa je menu yg boleh dibuat dgn mamee. Kalau hujung minggu takut jem je ke Melaka. Next visit bolehlah singgah Mamee Jonker House.

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah memang kalau boleh nak elakkan ke melaka bila hujung minggu. jem teruk

      Delete
  12. Menarik juga nak cuba Mamee Cafe. Macammanalah rasanya dan apa je menu yg boleh dibuat dgn mamee. Kalau hujung minggu takut jem je ke Melaka. Next visit bolehlah singgah Mamee Jonker House.

    ReplyDelete
  13. selalu pergi melaka, tapi tak pernah lagi singgah di kedai mamee ni. Nampak ada banyak tmpt gak

    ReplyDelete
  14. I suka jalan2 macam2 bi. Tak rasa stress sangat. Ala2 jalan sambil makan angin. Seronok tgk budaya dan plg best mencuba makanan tradisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jalan-jalan yang tak terlampau ikut jadual sangat. go with the flow

      Delete
  15. Lama tak jalan-jalan melaka.. Tau ade mamee museum nni.. Tapi tak tau pulak ada restaurant. Tengok abc di memg sedap. .Huishh terliur tengok. . Nanti bercuti melaka boleh pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah sampai sekarang teringat ingat cendol dekat melaka ni

      Delete
  16. Ok next year i will be there visiting Malacca and surely nak masukkan ni dlm list. Thanks

    ReplyDelete
  17. I didn't see this restaurant and I was only there earlier this month, will drop by on my next trip because the cendol looks so good, I miss Melaka already.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you should try their food. the restaurant so easy to spot

      Delete
  18. Tak tahu pun ada Mamee Jonker Muzium ni hehehe menarik lah kita selalu sampai Melaka mesti pergi Jonker Walk jer tak ada tempat lain. Lepas ni boleh pergi lah kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jonker walk pun airah tak puas explore lagi hahhaa selalu jalan situ confirm masa tengah terik panas

      Delete
  19. Ramai pi Melaka cuba makanan dan minuman dan hotel dan visit tempat yang selalu org rekemen je kan. Ruby pun camtu. Hahaha. Sebab percaya sedap tu subjektif. Sedap kat org lain, kat kita biasa aje. Tp ruby visit semua tempat ni siap tengok la kapasiti pelanggan dia. Ramai ke tak. Kalau ramai confirm pi situ hahaha. Kalau tak ramai, Bye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha airah pun sama. kalau ramai recommend memang kena pergi. kalau ada bad reviews memang tak singgah la

      Delete
  20. Lama betul tak pergi Melaka. Rasa rindu sangat dengan bandaraya Melaka. Kalau pergi nak cuba juga makanan & minuman kat sana. Nak melawat juga tempat yang awak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib buat jalan-jalan cari makan kalau pergi melaka haha

      Delete
  21. seronok pergi jejalan..ciktom suka sgt pergi jonker walk..byk brg menarik n rare kat sana..thn depan plan nak pergi lagi..pergh terliur tgk cendol dgn kopi tu sedap..lain kali sggh nak pergi jgk mamee tu, sblm ni xpernah sggh lg..

    ReplyDelete