Persediaan Berpantang : Set Bersalin

Semakin dekat dengan tarikh nak bersalin ni, makin banyak I baca mengenai persediaan berpantang, list barang baby, benda penting kena beli, benda tak penting yang I rasa macam nak beli hahaha bercampur semuanya. Biasa la nafsu membuak-buak bila bab membeli ni tapi bab duit tu sedih sikit T.T Walaupun duit banyak tetap kena jimat dan jangan beli yang tak penting okay. Kalau duit sikit tu lagi la kena fikir mana yang patut mana yang tak patut dibeli.


Disebabkan duit I pun cukup-cukup je, awal-awal lagi I memang dah buat list barang apa yang patut beli, jenama mana yang boleh tahan lama. I memang suka membaca dan bila baca bab persediaan barang baby dan bab pantang ni makin excited I nak baca.



Kali ni I survey set bersalin yang best dan sesuai untuk tempoh berpantang. Baru je google baca review orang lain dulu. Sambil tu I baca jugak point penting apa kena ambil kira bila nak beli bengkung ni. Walaupun pening tengok review orang lain sebab banyak sangat set best, I tertarik nak cuba Set Bersalin Nona Roguy.


(Credit gambar : tekan gambar)


Yang I perasan kebanyakkan review semua suka guna Set Bersalin Nona Roguy ni. Walaupun dah pernah bersalin 2-3 kali, ada yang still beli set ni ataupun semasa pantang salah seorang anak dia akan guna set bersalin ni. Dalam set tu ada 6 produk tak silap dan semua I berminat nak cuba hahaha. Bila baca review orang lain macam semua benda dalam tu berguna. Harga pun I rasa okay je mungkin boleh cuba set ni nanti masa dalam pantang.


(Credit gambar : tekan gambar)


Set kedua adalah Set Bersalin Tanamera. Ramai jugak yang pakai set ni dan yang I baca kalau nak dibandingkan dengan set NR, set Tanamera lebih kepada bau wangi dan spa. Berbanding dengan set NR yang bau herba. I suka bau herba tapi I suka jugak bau wangi essential oil dan spa ni hahaha. Nampak tak dilema nak pilih yang mana. 



Masa tengok dekat google set Tanamera ni mahal jugak la dari set NR sebab dia ada 10 barang dalam satu set tu. Dalam set tu termasuk bengkung jadi macam tak payah nak beli bengkung lain kecuali kalau nak tambah lagi satu kan. Harga pun I rasa okay jugak untuk barang banyak macam tu.



Buat masa ni I masih survey lagi sampai la I jumpa promo best hahahha mungkin hujung tahun atau ada promosi perayaan sebelum I bersalin nanti baru beli. Nampak tak usaha nak berjimat tu? Kalau ada ibu-ibu yang ada buat review set bersalin nanti share link dengan I dekat komen box okay. I tengah dalam mood suka bebenor baca review berpantang, set bersalin, survey barang baby semua. Takut nanti list tak buat, survey lambat, hujung-hujung dah nak bersalin I dah tak ada mood nak buat semua benda. I nak berehat kumpul tenaga je hahahaha



Buat masa ni memang I tak beli set bersalin lagi. Baru survey dan harap nanti lepas settle berpantang, ada la mood dan masa nak update dan review semua produk yang I guna semasa berpantang. Tak sabar nak share dalam blog !





3 comments

  1. Adik cuba Nona Rogay dia kata bagus, tapi sebab czer dia tak makan jamu sangat. Sembelit pun tak ada masa pantang. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa airah pun dalam dilema nak try mana satu haha

      Delete
  2. pernah jgk try dolu2.. eceh!! mmg dh lama la kn, lebih 17thn dlu. pakai nona & sendayu tinggi. dua2 buat baby ada rashes satu badan (panas kan ubat tu). yes mmg btol kita yg consume, tapi baby menyusu kot. tpi mmg bagus, bdn rasa panas je. cuma nya, wajib minum air byk. nak selamat, utk dlm tempoh pantang, mgkin kene kurangkan pengambilan. cth kalau kene ambil 2 biji sehari, boleh kurangkan kpd 1 biji sehari. umie dlu mmg dilarang keras utk ambil oleh mr husband. lepas habis pantang baru ambil balik

    ReplyDelete