Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash Untuk Penjagaan Miss V

Jangan ambil mudah dengan penjagaan Miss V. Korang boleh google antara cara nak menjaga Miss V agar kekal bersih dan sihat. Antaranya penggunaan kain jenis cotton untuk seluar dalam ataupun seluar korang. Kain jenis cotton lebih sesuai untuk pengudaraan yang baik bagi kawasan yang intim macam tu kan. Risiko untuk bakteria dan jangkitan pun dapat dikurangkan. 



Pastikan juga bahagian intim korang sentiasa bersih dan kering. Kering bukan kering yang tahap gatal tu tau. Ada orang jenis kulit kering boleh menyebabkan kegatalan. Contohnya bila dah pergi buang air, lap bahagian tersebut. Jangan bagi basah/lembap macam tu je. Penggunaan tuala yang bersih pun memainkan peranan penting. Lagi senang korang google je cara yang betul untuk jaga bahagian intim atau Miss V korang. Lagi senang nak faham.



Salah satu cara I untuk menjaga bahagian intim jugak dengan penggunaan feminine wash. Terbaru I dah cuba Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash dengan 99% Manjakani asli dan herba tradisional untuk kesegaran dan kebersihan bahagian tersebut. Produk ni juga boleh membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim.





Cosmoderm Manjakani ni mempunyai pH balanced yang sesuai untuk bahagian intim. pH yang sesuai untuk bahagian tersebut adalah 3.5 - 4.5. Jadi kalau nak cari feminine wash, salah satu benda penting yang kena ambil berat adalah pH balanced produk tersebut. Untuk Cosmoderm Manjakani ni tak perlu risau dah pH dia memang dah sesuai.



Produk ini juga tidak mengandungi Paraben, SLS dan SLES. Ada sesetengah orang memang sensitif dengan produk yang mempunyai bahan di atas jadi sekarang tak perlu risau dah. SLS dan SLES ni antara bahan yang digunakan untuk banyakkan buih bagi sesetengah produk kalau tak silap I. Kesan dia boleh menyebabkan iritasi kulit seperti kulit kering dan tak sesuai untuk kulit sensitif. Disebabkan produk ni tak mengandungi semua tu, formulasi dia lebih lembut pada kulit dan sesuai untuk semua perempuan tak mengira peringkat umur.





Antara ramuan bahan di dalam produk ni : Oak Gall, Aloe Barbadensis Leaf, Labisia Pumila and Piper Betle. Bahan penuh boleh tengok dalam gambar okay.





Cara I guna, letak jumlah yang sesuai dekat tapak tangan kemudian basuh macam biasa. I tak biarkan pun pencuci ni lama sangat pada kulit dan paling penting jangan basuh ganas-ganas okay. Pastikan lembut je. Kemudian bilas sampai bersih. I gunakan pembersih intim ni bila rasa tak selesa pada bahagian tu.









Lepas guna pencuci ni rasa segar dan bersih hahahaha. Bau pencuci ni macam bau herba mungkin tu bau manjakani kot sebab manjakani ni bahan utama dia. I tak sure bau dia nak describe macam mana tapi kalau korang tak suka bau herba jangan risau, kalau tak dekatkan cecair pencuci tu pada hidung, tak ada bau apa-apa pun. 





I tengok dekat website Cosmoderm, ada dua size untuk pencuci ni. Satu macam I punya, 375ml dan lagi satu 150ml. Boleh pilih ikut kesesuaian korang. Since I nak guna sekali pencuci ni masa dalam pantang nanti memang sesuai sangat terus beli saiz besar 375ml confirm dah habis pantang pun tak habis-habis lagi guna. Dekat botol feminine hygiene wash ni pun ada tulis sesuai digunakan oleh pengantin baru dan ibu baru lepas bersalin. Dekat website pun ada yang set untuk ibu bersalin normal atau secara caesarean korang boleh je refer website diaorang untuk maklumat lanjut.



Sebelum ni I pernah guna produk Cosmoderm tapi untuk penjagaan kulit punya, kalini cuba penjagaan bahagian intim pula memang sesuai dengan kulit I. Tak ada kesan kering, iritasi tetapi lebih selesa dan bersih. Kalau korang ada masalah pada bahagian intim jangan risau, cuba cara jalan penyelesaian yang betul dengan sentiasa ikuti cara yang betul untuk menjaga kawasan sekitar Miss V.



Nak beli produk ni pun senang je I rasa dekat kebanyakkan drugstore ada jual, dekat pasaraya pun ada. Paling senang beli di website dia.




Website : Cosmoderm
Facebook : Cosmoderm
Twitter : @ilovecosmoderm
Instagram : Cosmoderm
Youtube : ilovecosmoderm






37 comments

  1. Kak Nina pun guna Cosmoderm Manjakani untuk penjagaan Miss V.
    Untuk anak sulung kak Nina yang dah remaja tuu dia pakai Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash.
    Suka Cosmoderm sebab Harga berpatutan dan produk berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tengok ramai jugak pengguna cosmoderm ni. memang produk best ramai jatuh hati

      Delete
  2. packaging dia cantik.. pink gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aha salah satu sebab excited nak cuba sebab packaging dia laaaaa

      Delete
  3. cantiknya… gambar pun jelas dan kemas. jenama cosmoderm best. haritu pakai toner dia warna kuning. lpas ni nak try pulk yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. airah pernah try pencuci muka dia.walaupun pencuci muka je memang sesuai dengan kulit

      Delete
  4. Terbaik! Cx dah lama tk guna feminine wash since preggy dulu. Dia jadi mcm tak membantu. Yela time tu hormon kita tk stabil. So tk sesuai. Then I stop. Now rasanya dah boleh use it back dgn cosmoderm ni. Nampak bagus. No paraben, sls and ph balance. Good to know this. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try dulu nanti Cx sebab airah guna time pregnant ni lagi selesa rasa

      Delete
  5. Kita pernah juga guna produk Cosmoderm ini tapi untuk pembersihan lain lah yang ini kita tak tahu hehehehe tapi orang perempuan suka lah sangat selesa guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cosmoderm banyak lagi produk lain boleh try haha sabun badan ada pencuci muka ada memang sesuai untuk lelaki perempuan

      Delete
  6. Kita tak pernah try Cosmoderm ni tapi dah tgk banyak review dia. And ada baca dia tak de SLS and parabens which is very good. CHemicals macam tu sgt harsh kan.. Nnt boleh la nak try cosmoderm ni tgk sesuai tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kebanyakkan orang semua cari yang tak ada sls sles ni. ada yang kulit jenis sensitif kena elakkan semua tu

      Delete
  7. I'm using this Cosmoderm Hygiene wash too. I like how it works and after using it now, I feel fresher than before.

    ReplyDelete
  8. Packaging feminin sangat. Nak basuh di situ pun sebenarnya tak boleh selalu dan dikhuatiri membunuh kuman baik yang jaga kawasan tu. Kalau basuh selalu juga akan mengeringkan area itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. airah pakai bila rasa tak selesa atau peluh kerap sangat. kena tahu kulit sendiri sesuai atau tak guna feminine wash ni. kalau macam kulit kering sangat lepas guna better elakkan

      Delete
  9. I tak pernah try cosmoderm ni. I dengar review skin care from this brand is superb. I would love to check this feminine hygiene too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya I really love their cleanser vitamin e and moisturizer cream. so good to my skin

      Delete
  10. perempuan mmg ken amik berat terutama penjagaan miss v...agak skeptikal juga tapi produk cosmoderm ni mmg boleh dipercayai sejak dulu lagi mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cosmoderm dah lama dalam pasaran. bukan produk tempatan yang biasa-biasa

      Delete
  11. memang untuk bahgian miss v ni kena jaga denagn betul sejak dari remaja lagi kan. Pakai sabun yang khas untuk dia je..hehee..nad pun pakai yang manjakani ni..rasa best segar betul

    ReplyDelete
  12. Memang penting untuk kaum hawa kan? Sekarang ini kenalah jaga hygiene kan sebab banyak pencemaran dan sebagainya. :)

    ReplyDelete
  13. Banyak sekarang produk penjagaan Miss V ni..memang kena pandai pilih yang gunakan bahan2 semulajdi tanpa paraben. Miss V ni memang kena jaga..jangan asyik muka je jaga tapi yang tu terabai..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuu. pelik dengan orang yang jaga muka je tapi kebersihan tak jaga

      Delete
  14. Menarik. Memang kena jaga bahagian bawah tu. Boleh mendatangkan pelbagai masalah bila ia tak dicuci dengan bersih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. cuci terlampau pun ada kesan buruk jugak. yang penting kena tahu kulit masing2

      Delete
  15. Laaa, cosmoderm pun ada produk penjagaan miss v jugak ke. Emi baru tahu. Selama ni ingat cosmoderm ada produk penjagaan wajah sahaja. Boleh dipertimbangkan untuk cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ! jum beli. diaorang ada body wash, krim macam macam laaa.airah tak sabar nak try semua

      Delete
  16. Produk cosmoderm memang tak dapat disangkal lagi keberkesanan dan kualiti produknya .Dari skincare sampailah penjagaan peribadi. Kuakiti dan harga yang ditawarkan memang berbaloi kalau kita nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun produk tempatan tapi kualiti memang terbaik

      Delete
  17. Jenama ni femes gak kan. Ramai pengguna berpuas hati..

    ReplyDelete
  18. Oo.. Cosmoderm pun ada keluarkan pencuci macam ni ye. Haritu baru try cream untuk muka. Nanti boleh la try produk lain untuk cosmoderm ni. harga dia mahal tak?

    ReplyDelete
  19. wah ini produk untuk wanita, baru tahu manjakani adasabunnya seperti ini , mudah menggunakannya :D

    ReplyDelete
  20. Mmg famos produk Cosmoderm ni, terutama utk feminin wash tentu dah ramai guna

    ReplyDelete