Bagaimana Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Kulit

Pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit bukan sahaja memperbaiki kesihatan kulit itu sendiri tetapi juga membantu produk-produk yang akan digunakan selepas itu menyerap dengan baik. Bila guna pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam, kulit juga lebih sihat dan tak ada la masalah seperti pori tersumbat, kulit berminyak, kotoran tidak bersih dengan sempurna atau lain-lain masalah lagi.



Macam mana I buat rutin mencuci muka? I memang sangat pentingkan kulit yang bersih sebelum I letak skincare lain pada kulit. I akan pastikan kulit I bersih-sebersihnya dan step I mencuci muka membersih secara mendalam. Tak ada makeup tertinggal, mascara tak habis buang atau kulit berminyak. Kalau pakai makeup dan sunscreen, I akan pastikan I cuci guna makeup remover dan oil cleanser dulu. Kemudian, gunakan pencuci muka yang jenis water based seperti Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser.






Macam yang I cakap tadi, I akan pilih pencuci muka yang membersih secara mendalam. Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni efektif untuk membersihkan pori secara mendalam sambil exfoliate sel kulit mati. Disebabkan I dah guna pencuci muka ni dari tahun lepas, I memang suka keberkesanan dia membersihkan kulit I. Kalau nak buat test kulit korang dah bersih ke belum lepas cuci muka senang je. Lepas pakai pencuci muka, sapu toner pada cotton pad dan sapu pada muka. 



Tiada kesan kotoran pada kapas lepas cuci muka guna Aloe AC Cleanser.



Kalau ada kesan hitam kotoran atau kesan makeup yang tak habis tu maksudnya pencuci muka korang tak membersih secara mendalam ! Kena cepat bertukar kepada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab kulit muka yang tak bersih ni boleh menimbulkan jerawat dan kulit berminyak.



Bare face lepas cuci muka.



Selalu check keadaan kulit korang. Kalau nak tahu pencuci muka tu sesuai atau tidak, semua bergantung pada keadaan kulit. Bila lepas cuci muka then kulit rasa tegang memang sah pencuci tu tak sesuai untuk digunakan. Kulit rasa tegang lepas cuci muka tu maksudnya kulit kering dan pencuci muka tu tarik sekali kelembapan pada kulit. Boleh menyebabkan jerawat dan kulit mengelupas sebab kering. 



Sebab tu penting bagi I untuk guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab walau macam mana pun keadaan kulit I masa tu, dia membantu melembapkan kulit, membersihkan kulit dan tak ada rasa tegang. Pernah tak rasa bila period, kulit rasa kering dan pencuci muka atau rutin skincare korang tak membantu pun? Tapi dengan pencuci muka Hansaegee Nature ni, masa I period kulit berjerawat pun dia membantu melawan jerawat dan acne. Masa mengandung pulak kulit rasa kering sangat tapi I still guna pencuci muka ni sebab membantu melembapkan kulit I masa mengandung.



Ada sesetengah keadaan hormone berubah, kulit pun berubah. Jadi bila ada pencuci muka yang sesuai dengan semua keadaan kulit ni memang senang nak jaga kulit sendiri. Lagi satu kulit orang lain-lain jenis. Ada yang sesuai, ada yang tak sesuai. Sebab tu kalau boleh cuba dulu test pada kulit sendiri untuk tahu keberkesanannya.






Jadi walau apa pun keadaan kulit, pencuci muka ni sangat la membantu kulit I untuk nampak lebih sihat dan bersih. 



Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam pencuci muka pilihan korang pun penting. Kena ambil tahu bahan-bahan yang menyebabkan kulit allergic atau iritasi. Kalau kulit korang jenis berjerawat pula kena la pilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang boleh melawan jerawat kan? Kalau kulit korang ada banyak masalah, cuba selesaikan satu-satu. Contohnya kulit berjerawat dan berminyak jadi cuba cari pencuci muka yang focus kepada masalah tersebut.



Bila kulit tak banyak masalah, pakai makeup pun nampak lebih sekata.


Yang I boleh recommend kan korang guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab antara keadaan kulit yang sesuai sangat pakai pencuci muka ni adalah kulit yang kering, kulit berminyak, kulit sensitive dan acne, kulit kusam disebabkan sel kulit mati serta kulit yang mempunyai bintik hitam dan bintik putih. 



Aloe Barbadensis Leaf Juice yang digunakan dalam pencuci muka ni membantu melembapkan kulit, merawat acne, membersihkan kulit, anti radang, meredakan sunburn dan mengurangkan tona tidak sekata. Tea Tree Leaf Oil pula melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan. I suka dengan bahan yang digunakan dan memang sesuai dengan kulit I. Sebab tu pemilihan produk dengan bahan yang berkualiti patut menjadi focus utama kalau korang nak beli apa-apa.



Sebelum ni pun I dah cerita pengalaman I pakai pencuci muka ni. Tekan je tajuk ni untuk baca entry lepas okay.





Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. Macam I suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara. 



Tekstur pencuci muka jenis bubble bila digunakan buat I enjoy je masa cuci muka. Kalau nak tahu lebih detail mengenai pencuci muka ni boleh baca entry I yang lepas-lepas dekat atas okay. Untuk pembelian boleh ke laman web di bawah.





Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube :https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


35 comments

  1. wow looks like nice product to use. I no try this brand before, is it new? 1st time to know it , can let my sis to know too as she finding brand to try out. She almost runs out of cleanser to use.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope this one is not a new brand. Ya should try their cleanser so good for my skin

      Delete
  2. Memang macam tu la rutin bersihkan muka step by step kan..mavam best jer hansaegee ni..akak suka kalau ingredients dia guna bahan semulajadi..at least tak merosakkan muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha kadang ada yang tak pentingkan cleanser ni.tak kisah sebenarnya cleanser boleh rosakkan skin barrier jugak

      Delete
  3. Orang lelaki senang jer nak pilih pencuci muka kalau ada yang boleh 3 in 1 lagi mereka suka boleh cuci, shave dan boleh melicin wakakakak malas nak fikir sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha betul tu tapi ramai jugak lelaki sekarang yang dah kisah pasal skincare routine

      Delete
  4. Wahh menarik juga produk ni. Qiss tengah cari produk baru sebab produk sebelum ni dah nak habis. Tak sah kalau cuci muka tak pakai pencuci muka kan.Qiss suka yang ada bubble sebab lagi puas cuci muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cleanser yang jenis buble tapi tak buat kulit rasa tegang memang okay je macam aloe ac ni. Kalau jenis bubble buat kulit tegang kena check semula

      Delete
  5. betul tu, kalu salah pilih produk mau merana kulit muka ruam..paling teruk naik jerawat. sebab tu kena tahu kulit jenis apa seperti kering, berminyak atau normal supaya senang nak beli produk. ha elok sangat siapa ada masalah kulit muka cuba produk ni mana tahu sesuai dengan kulit wajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kulit orang lain-lain lepastu kena try sendiri jugak baru tahu berkesan ke tak

      Delete
  6. Nasib baik la muka jenis takde banyak masalah. Anak pulak nak kena cari produk yang sesuai sebab muka ada jerawat nasi. Anak nak membesar (remaja). Jenuh gak nak mencari sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis jerawat macam tu senang je nak tangani.kena buat double cleansing dan jangan pakai produk yang kemungkinan boleh sumbatkan pori

      Delete
  7. Teringin nak try product ni. Nampak bersih berseri muka you. Even by name Aloe sudah baik untuk kulit especially mine. Need something soothing for my skin. Too much damage these days.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya anything with aloe if skin sesuai memang bagi banyak benefit. You should try it too

      Delete
  8. Skin concern you apa eh? &&& drugstores product ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mine berminyak dan kering. Husband berminyak dan acne.dua2 okay pakai cleanser ni. Bukan drugstore punya boleh check laman web hansaegee nature tu

      Delete
  9. Saya guna product natural. Sampai sekarang guna product yg sama je sbb dh tau tu produk yg sesuai dgn saya. Btw nice tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha selalu bila dah jumpa produk yang kena sangat dengan kulit mesti tak nak tukar

      Delete
  10. Looks like a good product. I really like products made from aloe vera. Aloe vera very good for skin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True so manu good feedback about this cleanser.

      Delete
  11. Betul tu. Pencuci muka kena yg sesuai. Baru boleh selesai masalah kulit. Btw tips yg bagus. Thank you share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah sesuai baru next step routine pun okay pada kulit kan

      Delete
  12. Pencuci muka Aloe Ac Clear Bubble Cleanser ni memang best. Dah try. Lepas operation haritu muka teruk berminyak tiba tiba. Mujur la balik rumah try cuci 2-3hari dah kembali normal.

    ReplyDelete
  13. Macam best nye produck ni. Rasa fresh tak lepas basuh? kita suka kalau yg rasa fresh sesejuk je pas pakai. Hehe

    ReplyDelete
  14. Okay... I was not sure how to know if the face wash is suitable for my skin or not - so thank you for sliding in the information in there. Also, I will give this a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure ya you should try to check your cleanser suitable or not

      Delete
  15. Sis pun memang ambil berat dengan produk pencuci muka ni, risau ambil sebarangan takut ada masalah dikemudian hari. Sebab tu sampai sekarang sis amalkan produk yg sama dr dulu hingga kini sb dah tahu keberkesanan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila dah jumpa produk yang sesuai setia je

      Delete
  16. Produk kecantikan yang kena tempek kat muka la yg paling berisiko. Kena pasti produk tu btol btol sesuai dgn muka diri sndr

    ReplyDelete
  17. Yup memang penting cari pencuci muka yg sesuai. Ramai tgk yg review produk ni nampak cam bagus je

    ReplyDelete
  18. Selalunya bubble wash atau foam wash ni memang sesuai dengan kulit berminyak n prone to acne. Tapi papepun kena sukat keserasian dengan kulit jugak ka

    ReplyDelete
  19. First time dengar produk jenama ni. Kita x pernah guna cleanser Yang jenis bubble. Boleh lah Cuba lepas ni. Memang kena cari produk yang sesuai dengan kulit wajh kita. Pentingkan penjagaan wajah ni kan.

    ReplyDelete
  20. suka juga product based aloe vera.. soothing =)

    ReplyDelete