Boleh ke bersenam/bersukan semasa mengandung?


Balik Perak haritu, macam-macam aktiviti la buat. Bukan selalu dapat balik kampung lama-lama. I balik seminggu kot. Tapi last balik haritu 2 minggu lepas je tapi kejap. Balik lama lagi puas sebab jauh JB-Perak. Salah satu aktiviti yang I buat, main badminton !



Ikutkan sejak mengandung memang tak ada la aktiviti kesukanan yang I buat. Lagi suka baring dan berehat sebab I rasa pergi kerja pun dah memenatkan. Dengan kena naik turun tangga 5 tingkat, dah cukup bersenam rasanya tu. Tapi Aiman dalam usaha nak kuruskan badan so ada la 4-5 kali I teman dia pergi jogging area taman dekat dengan rumah. Itupun I duduk dalam kereta je sambil tengok orang jogging. Sedih gila tak dapat jogging sebab satu, I mesti la lambat jogging nya. Aiman nak laju je tak ada masa dia nak tunggu I. Dua, I baru balik kerja selalunya kalau teman dia jogging memang tak la, I dah penat !



Jadi no sukan, senaman untuk I haha. Balik Perak baru ni je Aiman ajak main badminton. Bukan ajak I pun, ajak adik-adik I sebab memang sedih la kalau main dengan I tak boleh aktif sangat. Kalau korang duduk kawasan Batu Gajah atau Ipoh, nak cari court badminton yang best dan selesa boleh la cuba main dekat Dewan Badminton Bandar Lahat Baru. I dah 6-7 kali kot main dekat sini. Ke dah 10 kali……





Macam biasa la kalau nak main pergi time weekdays. Malam memang agak pack tapi rasanya dewan ni cukup besar jugak. Parking pun banyak. Dewan ni pun agak baru, tahun lepas or dua tahun lepas masa harga murah lagi I dah main dekat sini. Ni mahal sikit dah laa. Jadi kiteorang pergi 4 orang. Aiman, I, Amin and Anyah. Sewa satu court je. 



I main dalam 15 minit macam tu je kot. Itu pun berhenti-berhenti main sebab Aiman risau kang jadi apa-apa. Dengan I tak pakai kasut sukannya. I dah siap bawak kasut sukan Aiman dan I punya masuk dalam kereta tapi hari sebelum tu I pakai kasut sukan, lupa masukkan semula tsktsk so main la dengan sandal je. Main pun tak boleh aktif sangat. I tak gerak banyak pun dah pesan suruh pass bulu tangkis tu tepat dekat I. Tapi macam biasa la mesti la ada lari-lari sikit sebab rasa tak puas berdiri setempat je. Jadi 7 bulan pregnant I boleh je lagi main badminton tapi mendapat halangan dari orang sekeliling lol.








Sekarang ni senaman I, naik turun tangga dan jalan-jalan dekat shopping mall je. Kalau sebelum pregnant korang dah aktif bersukan, masa pregnant pun boleh je kekal aktif. Asalkan tahu batas pergerakan, jangan paksa diri dan guna pakaian yang sesuai.

- Sentiasa panaskan dan sejukkan badan dengan betul
- Jangan paksa diri
- Minum air secukupnya
- Pakai pakaian yang sesuai



Korang boleh je google tips untuk sukan dan senaman yang selamat semasa mengandung. Haritu pun I ada terbaca kisah Mawar Rashid yang aktif masa dia mengandung. Aktif bersenam atau berzumba rasanya. Bila aktif ni boleh tingkatkan stamina kita masa nak bersalin nanti kan. I suka jugak tengok aktiviti bersenam Sharifah Sakinah. I nak aktif macam tu memang lambat la, malas dan penat hihi. Tapi paksa diri jugak bergerak. Nanti malas sangat, tak cukup nafas nak meneran. 





Kalau nak main badminton dekat dewan tu boleh je waze Dewan Badminton Bandar Lahat Baru atau alamat ni



No 1, Laluan Lahat Baru 1, Bandar Lahat Baru, 31500 Lahat, Perak
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat 3 petang - 12 malam
Sabtu, Ahad : 12:30 tengah hari - 12 malam
Tel : 011 1641 3343






0 comments