Pregnancy Diary : First checkup





Hello. Tiap kali nak update pasal pregnancy mesti awkward hahahaha. Jadi kali ni I nak share first time checkup atau lebih tepat lagi buka buku pink tu la. Nak buka buku pink ni jumpa nurse je. I buat dekat Klinik Kesihatan yang dekat dengan rumah. Klinik tu memang akan penuh dan jem dengan ramai orang. Masa I datang tu pepening sikit la tengok ramai orang nasib la Aiman teman ada jugak kawan nak sembang hilangkan pening.



Sepatutnya I punya appoinment dua minggu sebelum tu tapi rabu satu minggu tu Aiman ada event, rabu nextnya pula cuti raya haji jadi 29 ogos baru la free nak buka buku pink tu. Proses dia agak lama la sebab ramai. Nak menunggu pun satu hal. I dengan Aiman pergi naik moto je sebab malas nak cari parking dan lagipun dekat je 5 minit dah sampai haha.







Untuk procedur pertama ni kena daftar dekat kaunter dulu la. Nanti nurse tanya soalan-soalan macam sejarah penyakit keluarga dan sejarah mengandung sebelum ni. Nurse rekod dalam buku pink tu.



Lepas tu bermula la pergi kaunter sini sana untuk proses ujian air kencing dan ambil darah. I dah la memang penakut bab jarum ni. Rasa ngeri. Ngeri tu bukan sebab nurse nak cucuk tapi lepastu punya luka jarum tu I ngeri. Biasa I memang tak akan sentuh pun apa-apa luka sampai la I lupa ada luka dekat situ hahahahah.



Kemudian tunggu turn check dengan nurse pula. Timbang berat, tinggi, check kalau ada bahagian yang bengkak, check HB dan nanti ada la soalan-soalan yang nurse tanya. Banyak dan boleh tahan lama dalam tu. Patut la nak tunggu giliran masuk bilik nurse pun lama gilssss.



Appoinment pukul 10, pukul 1 lebih baru settle. Memang lapar dah hahaha. Nurse bagi obimin dan next checkup I kena buat dekat Perak sebab masa tu tak ada dekat JB. Lepas buka buku memang dua minggu lepastu kena jumpa doctor untuk next checkup.







2 comments

  1. Tahniah.. Semoga dpermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  2. Masa ngandung pertama kali, banyak kali jugak kena draw darah. fuh, dari takut tengok jarum.. Ingatlah, masa bersalin nnti lagi besar jarum kat tangan. haha

    hehe gurau je.

    ReplyDelete