Pregnancy Diary : I'm Pregnant

Hello. Harini I nak share pengalaman pertama I. Pengalaman apa? Nak bagitau pun segan hahaha. Selepas setahun setengah macam tu kahwin akhirnya I disahkan mengandung. Alhamdulillah. Reaksi diri sendiri tak tau macam mana nak gambarkan. Terkejut ada, terharu, bersyukur, tak sangka, semua ada laaaaa. I pun macam tak percaya sebab agak lama juga la, setahun lebih tunggu baby hihi.



Aiman lagi la berapa kali nak tanya I, 'betul ke kita ada baby'.



Boleh ke berangan nak baby mata biru? hahahaa



Dah setahun setengah kahwin baru ada rezeki nak dapat baby. Orang sana tanya, orang sini tanya, semua tak sabar ke semua nak busy body ni..... eh...... hahhaha Ikutkan I tak kisah pun lambat sikit. I muda lagi, Aiman muda lagi. Kitaorang kahwin masa umur I 21 tahun, Aiman 22 tahun. Muda tak? hahaa disebabkan kitaorang muda lagi so boleh relax takkkkkk bila tak dapat baby lagi. Kalau korang masih TTC banyakkan berdoa okay dan biar je orang nak cakap apa, nak tanya apa. Yang penting korang tahu diri sendiri dan pasangan.



Macam I memang tak kisah tapi rimasnya bila orang tanya. Kalau orang yang berlainan tak apa. Ni alih alih orang yang sama. Sabar boleh?



I memang dah lama simpan pregnancy test tu sebab ada sebulan tu period I lambat sikit jadi excited la beli pregnancy test tapi tak guna pun sebab rasa macam awal. Last-last period. ok. Kalini dah dua minggu ke nak masuk tiga minggu period lambat so I tanya Aiman nak check ke tak. Kiteorang berdua tak ada pun macam excited mungkin ada baby. Dedua macam relax jela dulu hahaha nanti berharap sangat sedih pulak.








Bila buat pregnancy test, yeay positif hahaha. I buat pagi sebelum pergi kerja haaa. Padahal dah dua hari macam nak check ke takkkkkkk.....




Next day nya I ambil half day, nak buat appoiment check dokter semua. Sebab first time kan memula pergi hospital besar dekat JB ni tapi tak ada pulak untuk ibu mengandung. Nurse suruh pergi klinik kesihatan terdekat. Memang terdekat sangat dengan rumah dalam 5 minit je dan malas gila nak pergi situ. Ramai orang, sesak, parking susah zzzzzzz banyak lagi alasan lain hahahha. Gigihkan juga pergi set appoinment. Untuk checkup first nanti I buat entry lain okay.







I macam berbelah bagi nak guna pregnancy test tu sebab I tak ada tanda-tanda langsung mengandung. Tak mual, tak loya, tak muntah, tak pening. Cuma I kerap sangat sakit pinggang, belakang badan akhir-akhir ni. Sakit ya amat tanpa sebab. Nak cakap cara duduk I dekat office mempengaruhi sakit belakang, tak ada. Sebelum ni okay je haha.



Now masa I tulis entry ni I dah 7/8 weeks, I dah melalui fasa loya yang tak teruk, tak ada muntah. I susah nak tidur sebab rasa tak selesa semacam dan selalu terjaga malam. Setiap malam mesti terjaga at least sekali, lepastu pagi selalu bangun awal nak pergi mana entah -.- Bangun awal mungkin sebab I selalu tidur awal. 






Tidur awal sebab penat ! I selalu rasa penat. Naik tangga tercungap, jalan lebih sikit macam tak cukup oksigen. Lepastu I suka sangat merengek dekat Aiman padahal I sendiri tak tau I nak apa. So pelik. Aiman redha jela melayan walaupun kadang malas nak layan.




I bersyukur sangat tak ada muntah-muntah, morning sickness yang teruk macam ibu mengandung yang lain. Waktu kerja I pun okay je. Tak ada ambil cuti lagi, tak ada banyak kerenah. Cuma bila kerja tu kadang mood I macam malasnya, mengantuk sangat, penat sangat, lapar sangat. I selalu lapar. Kalau tak lapar pun I rasa nak makan sesuatu, nak mengunyah sesuatu. Awal-awal dah mintak Aiman belikan kacang pistachio tu senang nak kudap kat mana-mana haha.



I memang tak boleh nak berdiri lama sangat sebab nanti sakit belakang badan. Kaki pun cepat lenguh. Sekarang I perasan yang tangan selalu kebas masa tidur. wow banyak sangat ni masalah hahahaha. Yang penting memang tak rasa selesa macam dulu la. Kulit muka pun kemain jerawat setiap hari nak timbul. Sehari pun tak pernah tak ada jerawat. Geram je ! Kalau dulu jerawat pun masa period je. Sekarang every second. Mari salahkan hormon.



Sekarang tak ramai lagi la yang tahu I pregnant. Kawan kerja dua orang je tahu. Orang yang penting kalau apa-apa jadi dekat I haha. Family of course. Kawan-kawan I semua tak tau lagi. I nak bagitau mungkin nanti kot bila dah checkup semua orang, dah tiga bulan ke atas ke. Entry ni pun I tak pasti nak post masa I dalam pantang ke, masa third trimester ke....... Dah ready baru I post. Buat masa sekarang semua save dalam draft je.



3 comments