Pregnancy Diary : MGTT, Suntikan Kancing Gigi

Cerita checkup I untuk kali ke lima ni, I terus ambil cuti sehari sebab last check up haritu nurse dah pesan untuk buat Ujian MGTT. Bagi ibu-ibu yang baru macam I, Ujian MGTT ni yang kena minum air gula untuk check kencing manis tu. I memang dah baca banyak sangat cerita orang lain minum air gula muntah la, loya, tak suka blablabla jadi baik I ambil cuti sehari terus nanti kalau I termuntah ke apa tak ada la I rasa lembik je kena pergi kerja hahahaa.



Disebabkan I ambil cuti, Aiman pun kena cuti sama sebab dia kena bagi I sokongan dekat sebelah untuk minum air gula. Padahal tak ada apa pun -.- Malam sebelum hari checkup tu kena puasa start pukul 10 malam. Pagi hari seterusnya je I minum air kosong sikit sebab risau nanti nak buat ujian air kencing, tak ada benda pulak nak keluar hahaha.



MGTT (modified glucose tolerance test) untuk ibu mengandung yang mengalami empat keadaan 
1. Mempunyai BMI lebih dari 30
2. Sejarah melahirkan anak 4kg ke atas
3. Sejarah mengalami diabetes melitus semasa hamil
4. Mempunyai saudara-mara dekat yang menghidap diabetes



I ada baca juga yang sekarang, walau apa pun keadaan, semua ibu mengandung kena buat ujian ni. Tapi I tak sure betul ke tak. I kena buat MGTT sebab no 1 ! Berat I naik agak banyak tapi tak sure BMI tahap mana dah hahahah. Tahap kritikal kot.



Sejak tau I kena buat Ujian MGTT ni, banyak la I google baca pengalaman orang lain dekat blog dan facebook. Penting okay baca pengalaman orang atau bertanya pada orang yang berpengalaman so I lebih bersedia nak menghadapi air gula ni.



Bila dah minum okay je sebenarnya rasa air gula tu. Memang manis tapi masih boleh ditelan. Masa sampai dekat klinik kesihatan, I tengok mug yang letak air gula tu boleh tahan banyak jugak. Pengsan nak telan. Bila dah minum rasa okay je tak ada masalah pun bagi I. Air gula nurse dah siap tuang dalam cawan, nanti dia suruh minum, terus jela minum dekat situ.





Antara tips yang I baca dan I praktikkan bila nak minum air gula :
1. Sila duduk dan jangan lari. I pernah nampak ibu mengandung minum air gula sambil berdiri. Kenapa tak duduk dan minum relax2 je? Ada kerusi dekat kawasan air tu jadi duduk dan tarik nafas.
2. Baca Bismillah. Baca la doa seeloknya.
3. Minum tak laju sangat, tak slow sangat. I stop minum bila tinggal suku je lagi sebab tak cukup nafas minum banyak-banyak hahahhaha. 
4. Kalau rasa tak boleh masuk air tu boleh try tutup hidung, jangan pandang lama sangat air tu dan stay positive !
5. Lepas minum, pergi kumur mulut untuk hilangkan rasa manis.



I lupa nak pergi kumur sebab rasa macam okay je. Lagi satu I rasa tips paling berguna, hahahha pastikan husband duduk tak jauh jarak dari korang. I dah pesan dekat Aiman, tengok I minum air gula tu dan jangan pergi jauh-jauh. If rasa nak termuntah or dah muntah at least I tak rasa terkontang kanting sesorang hadap semua benda tu sebab Aiman ada hahahha. Sebelum minum, I dah siap pandang dia jadi macam ada kekuatan sikit la nak menelan. Kalau korang bukan jenis yang suka minum air manis atau sebab mengandung mual/loya, jenis tak makan/minum pagi-pagi mungkin antara penyebab tak boleh telan air gula tu.



Settle minum air gula, kena tunggu dua jam untuk ambil darah kali ke dua. Dalam masa dua jam tu pun kena puasa lagi, tak boleh minum, tak boleh makan. Pengalaman I ambil darah tak pernah manis :( Pengalaman pahit je. Ni lengan dedua bengkak sikit dan biru sebab ambil darah. Dua-dua lengan okay. Redha jela.



Keputusan untuk ujian MGTT tu kena tunggu dalam seminggu. Nurse cakap kalau dalam seminggu tak ada call, maksudnya semua okay.



Semasa dua jam nak tunggu ambil darah kali kedua, I buat checkup macam biasa. Check air kencing, check tekanan darah, ukur perut, bagitau nurse kalau ada apa-apa yang sakit. Biasa I tak ada masalah bab ni kecuali bab berat ! Berat I asyik naik je dan setiap kali checkup, benda tu yang jadi masalah. Sekarang jadi masalah sebab I kena datang selang sehari dalam masa dua minggu untuk pastikan I tak ada masalah kesihatan bila berat naik mendadak ni -.- 



Dua minggu tu sama macam pengalaman I masa batuk haritu kena datang selang sehari jugak. Kena la ambil time off. Kena salahkan diri sendiri jugak la berat naik sebab banyak sangat makan hahahha. Baby pun asyik lapar je padahal perut I tak nampak besar pun walaupun dah tujuh bulan.


Macam mana nak rasa suntikan nutella ni



Checkup kali ni jugak I kena cucuk kancing gigi. Untuk cucuk kancing gigi ni, untuk ibu yang mengandung sulung, kena suntik dua kali. Anak seterusnya baru suntik sekali je. Kalau tak silap I apa yang nurse bagitau hahaha. Jadi I kena suntikan pertama masa kandungan 7 bulan. Semalam kena suntik, malam tu dah tak tidur lena sebab tak boleh mengiring bahu. Bahu I lenguh dan sakit !



Nak bergerak susah, nak angkat tangan susah, terkena sikit pun boleh tahan sakit dia. Lagi dua minggu ambil suntikan kedua, tak tahu la macam mana keadaan I hahaha. Ni pun rasa badan tak larat dah hehhhhhhh. 






I pun dah start kira pergerakkan baby dan kena tulis dalam buku pink. Dah siap-siap buat group berdua dengan Aiman jadi senang nak track pukul berapa baby gerak. I rasa baby I aktif, kalau bergerak tu kemain betul. Curious nak tahu boy or girl. Next appointment baru scan dengan doktor tapi I plan nak scan dekat klinik biasa dulu. Ada la dalam lima klinik yang I dah survey nanti I share dekat next entry okay !






















1 comment

  1. kalola kena cucuk tu senikmat Nutella hehe.. tak kisah rasanya.
    perjalanan preggy mom.. mesti catat semuanya jadikan kenangan =)

    ReplyDelete