Pregnancy Diary : Second checkup and third checkup

Second checkup ni I buat dekat Perak sebab masa appoinment tu I memang tengah cuti seminggu++ dekat Perak. Nurse cakap kalau boleh cuba tumpang klinik dekat Perak untuk checkup kedua. Checkup kedua ni jumpa dokter pula untuk scan baby.



Bab scan baby pertama kali ni memang nervous. First macam mana kalau tak pregnant pun hahahahahhaha I masih was was I pregnant ke tak sebab I tak ada muntah-muntah padahal biasa la kalau tak muntah kannnnn. Tak ada la nak teruk sangat ulang alik toilet nak muntah. Lepastu cakap dengan diri sendiri 'kan tak period, pregnant la tu apa lagi!'. Masalah betul monolog dalaman ni. 



I pergi checkup dekat Klinik Kesihatan Pusing sebab dekat sikit dengan rumah mak mertua I. Tunggu turn lama gila, semua orang dah balik, silih berganti orang, I tetap ada kat situ tunggu turn -.- Padahal masuk jumpa dokter sekejap je. Tak sampai 10 minit pun I rasa. Scan baby lepastu dokter tulis-tulis dekat buku, tanya serba sedikit then settle. Balik tu terus rasa lapar sangat sebab tunggu turn lama hehhhh.







Excited tengok scan baby hewhew. Tak sabar jugak nak buat scan yang lain-lain siap boleh tengok muka baby semua tu. 


Next appoiment lagi sebulan, 10 oct. Doakan baby and I sihat sihat je okay dah boleh bersalin normal. Macam biasa I masih dilema nak post entry pregnant ni masa tunggu hari nanti je or sekarang sebab I dah lepas 1st trimester yeay. Post tunggu hari nanti jela. Masuk second trimester ni, I makin penat. Selalu kalau jalan dalam shopping mall tu tak ada masalah nak jalan seharian. Tapi semalam I tengok wayang dengan husband dan jalan agak lama jugak, balik terus sakit betis -.-



Nak duduk dekat sofa wayang tu pun tak selesa -.- Lepastu bahagian belakang badan I selalu lenguh dan sakit. Kalau sekarang pun dah rasa sakit macam ni, nanti macam mana la pulak rasa sakit dia.........




Muka pregnant tiga bulan. Muka je mengembang, perut tak nampak apa lagi. Aiman pun sampai nak mengembang dengan I jugak hahahaha



---------------------------------------


Third checkup kali ni biasa je. Appointment pukul 10 tapi 1030 baru sampai hahaha. Pergi klinik kesihatan ni memang I dengan Aiman naik moto je senang nak parking dan senang nak bergerak.



Kalini pun checkup biasa je ulang je proses daftar ambil number, check air kencing, check gula, check berat, BP semua dan check perut. I tak ada apa-apa masalah kesihatan selepas first trimester dan awal second trimester ni kecuali kaki bengkak kejap sebelah haritu sebab mungkin banyak sangat jalan tapi lepas urut dalam tiga hari macam tu dah surut.



Checkup kali ni yang berbezanya kena pergi check gigi dengan doktor gigi. Gigi I memang yang bongsu tu dah berlubang jadi doktor suruh cuci bersih-bersih setiap kali lepas makan dan kena pastikan sentiasa bersih la, tak ada makanan terlekat sebab dia memang tak boleh buat operation atau apa-apa pada gigi ibu mengandung ni takut effect baby.



I okay jela sebab I tak ada rasa sakit gigi or apa pun cuma berlubang je. Checkup kali ni tak lama sangat mungkin datang lambat dah last-last haha. Next checkup lagi sebulan so weeeee. I memang dah excited nak beli barang baby and buat list semua tapi still tak beli apa-apa lagi.











2 comments

  1. Airah, semoga dipermudahkan segala urusan awak tau. Stay strong and positive. Take care Airah & baby :)

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
  2. Iye, takbuleh tampal jugak ke? Aien kali kedua preggy baru disuruh cek gigi. Haha

    ReplyDelete