Pregnancy Diary : Vitamin/Supplement Semasa Mengandung






Salah satu topik yang I nak kongsikan dalam blog sebelum I bersalin, vitamin yang I makan semasa mengandung start dari sebelum mengandung lagi. Masa entry ni up dekat blog mungkin I tengah dalam pantang hihi. Harap pantang nanti I lalui dengan jayanya caiyok !



Sebelum mengandung, I ada makan acid folic. I banyak baca orang cakap dan dokter cakap kalau nak mengandung amalkan la makan acid folic dari awal. Jadi I pun tak ketinggalan beli acid folic. Ada kesan buruk juga tau kalau mengandung tapi tak amalkan acid folic. Tu korang google sendiri ok. Mula-mula I beli yang jual sepapan dekat farmasi tu je. I biasa panggil ubat tu sepapan hahahaha. Beli dalam dua tiga macam tu lepastu stop sebab lupa dah nak beli.




Kemudian I makan B-Complex dari Shaklee. I memang dah lama makan ESP Shaklee tu cuma B-Complex dia I baru nak makan tapi tak sesuai kot dengan I. Naik jerawat so I stop then bagi mak mertua I makan B-Complex tu. Untuk mak mertua I sesuai pulak dia makan. Jadi I makan je ESP Shaklee sebab memang dari sebelum kahwin dah makan. 


Hovid folic acid beli dekat farmasi.



Disebabkan nak dekat dua tahun kahwin I tak pregnant lagi so I ajak Aiman pergi beli semula acid folic tapi terus beli sekotak. Tak payah risau dah terlupa nak pergi beli ke apa. Tak silap I tak sampai 2,3 papan acid folic tu I makan tau-tau dah pregnant. Bila tau dah pregnant I teruskan je makan acid folic tu sampai dah pergi bukak buku pink dan nurse bagi obimin. I makan obimin yang Klinik Kesihatan bagi je.




I ada tanya nurse, perlu tambah apa-apa vitamin/supplement tak. Nurse cakap tak payah takut overdose, jadi sampai 3 bulan pregnant kot I makan je obimin dengan jayanya. I tak ada masalah nak telan pil ke apa. Lagipun tak ada loya-loya lagi senang I nak telan apa-apa tak ada risau terkeluar balik. 



Cara nak makan obimin yang sebetulnya, 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Masa first makan obimin tu I salah makan sebab dekat paket ubat tu tulis lain -.- Cara I makan, bangun pagi minum segelas air sampai habis. Lepastu telan pil dan minum lagi segelas air. I suka gila bila membuang pagi-pagi sebab antara petua nak senang membuang, bangun tidur terus minum air ok.







Dah tiga bulan macam tu ke 4 bulan I tambah makan Vitamin C dan Ostematrix Shaklee. I tambah vitamin C sebab kulit agak kering masa mengandung, lepastu naik jerawat. Ni bila I makan vitamin C nampak la berkurang jerawat naik. Ostematrix pulak adalah pil kalsium. Kalsium kan elok untuk tulang lagi-lagi baby nak membesar dalam perut memerlukan kalsium yang mencukupi. 



Sejak masuk bulan ke 4, I dah start kerap sangat kena simpul biawak dan kaki cramp macam tu. Bila amalkan ostematrix, nampak gila kesan dia tak ada dah cramp. Jadi cara I makan, pagi macam biasa makan obimin, lepas breakfast makan vitamin C. Kalau terlupa lepas lunch baru I makan haha. Malam makan Ostematrix.



Sekarang masuk bulan ke 7, I makan Neurogain. I tak sengaja terjumpa ibu mengandung dekat Twitter dia tengah survey harga Neurogain. I macam eh vitamin apeni tak tau pun hahhaha. I pun google la semua benda. Dah google lepastu bagitau Aiman, kiteorang pun pergi la survey harga dekat drugstore. Paling murah I jumpa dekat farmasi area rumah. Jadi sebelum korang nak beli Neurogain ni, cuba survey dulu semua tempat kalau korang ada masa laaa. Kalau tak ada masa beli dekat Caring sebab situ murah. Dekat Guardian mahal gila.



Berdasarkan pembacaan I, Neurogain ni mengandungi DHA untuk perkembangan otak baby. Jadi baby lebih aktif atau senang cakap lebih pandai la. I baca pengalaman ibu-ibu lain memang ada perbezaan bila diaorang amalkan Neurogain ni. Pengalaman I nanti lepas baby keluar baru dapat cerita haha. Vitamin ni disarankan makan 6 bulan ke atas tak silap I. Awal-awal tak digalakkan takut baby hyper. Apa-apa pun korang rujuk doktor dulu okay.





Lepas habis Neurogain ni I plan nak makan Omega Guard Shaklee pulak. Buat masa ni baby I semua okay je. I tak ada masalah kesihatan dan baby pun sihat aktif menendang dalam perut. Kalau korang nak makan obimin sahaja yang kk bagi tu pun tak ada masalah. Asalkan makan makanan berkhasiat semua kena cukup. Susu pun I minum yang dapat free sample isi borang dekat facebook tu yang memang khusus untuk ibu mengandung. Susu dutchlady strawberry, coklat semua tak payah cakap la memang kalau boleh tiap hari nak minum sebab favourite I. 



Insha Allah next entry I cerita lebih lanjut kalau I ada buat pertambahan vitamin atau amalkan apa-apa lagi okay. Buat masa ni itu je. Kalau korang pun nak makan/beli/jadi ahli atau apa-apa  mengenai vitamin/supplement Shaklee boleh contact I okay dekat number 017 5630516. I sedia share everything mengenai Shaklee :)






4 comments

  1. This is really very nice post you shared, i like the post, thanks for sharing.. austeroids

    ReplyDelete
  2. Neurogain tu dah xde lagi kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada macam mana tu? kalau dekat farmasi ke shopee ke ada je jual

      Delete