Start Planning 2019 Now

Lagi beberapa hari nak masuk bulan baru. Rasa macam baru haritu masuk tahun 2019, ni dah nak masuk bulan March pulak. March please be nice to me hahahha. Pejam celik pejam celik I pun dah nak bersalin sangat dah huarghhhhh nervous tau tak. Tolong doakan I selamat bersalin. Baby dan I dedua sihat tanpa sebarang masalah please. Mommy nervous okay. Lepasni dah boleh bahasakan diri sendiri mommy lol.



Jadi tahun 2019 ni, I ada usaha jugak nak jadi lebih teratur. Salah satunya dari tahun lepas I dah fikir nak beli planner, tengah bulan February baru dapat planner hahaha. Itu pun secara tak sengaja. Jalan-jalan dengan Aiman masa valentine day haritu, dia tanya nak beli apa-apa tak dia belanja. Padahal masa tu dah dapat java chip Starbuck. Perut dah kenyang so tak ada rasa nak meminta-minta. Kalau I lapar mungkin I akan meminta macam-macam hahahha.



I pun sambung la jalan-jalan dengan Aiman dekat Paradigm Mall tu sambil fikir nak paw Aiman apa. Lalu depan Typo lepastu Aiman cakap jum la beli planner Typo sebab dari tahun lepas cakap nak planner tak beli-beli lagi. Guess what, planner typo ada sales 50% off. Banyak okay 50% tu jadi tidak harus lepaskan peluang. Lama jugak I nak pilih planner dekat situ sebab banyak design cantik-cantik. Rambang mata. Rasa nak borong semua untuk jadikan prop gambar blog hihihi






Tapi sebab tak tamak. Beli satu je. Lappy case pun ada RM30 off tak silap I tapi tunggu laptop baru la baru kita beli case dia. Laptop lama campak je merata tak payah case lol. I beli planner 2019 A5 Daily Buffalo Diary. Kulit dia ala-ala leather la warna tan. Bagi I cantik hahahha. Banyak je warna pastel favourite I tapi sebab nak nampak elegent/exclusive/mahal tah pape macam tu kita ambil warna ni la. Harga asal RM50 so tolak la 50%.



Setakat ni memang I guna planner ni sepenuhnya. Cuma tak habis lagi la I menulis. Senang ada planner nak noted down benda penting, ikut date semua. Kadang banyak benda terlepas pandang so bila dah tulis benda tu dekat date yang sepatutnya, kita lebih alert kan. Ikutkan haritu I ada survey planner ring jenis customized sendiri tu. Sejak masuk group facebook planner addict ni, makin excited I nak ada planner sendiri. Mungkin next year baru I guna planner jenis ring tu. Nak kumpul duit dulu sepanjang tahun 2019 ni ahhaha.





Dalam planner ni dah siap tulis hours, days, weeks dan months. I tak guna pun bahagian jam tu. I tulis je apa I nak. Macam biasa la bahagian planner ada maklumat peribadi pemilik, ada calendar sepanjang 2018, 2019, 2020.  Cuti-cuti yang ada untuk beberapa buah Negara termasuk Malaysia. Ada bahagian contact random dates to celebrate, zodiac, random challenges yang korang boleh buat dan 2019 bucket list.



Lepastu boleh la start menulis planner korang. Bahagian belakang planner ni ada tempat letak barang jugak macam card or sticky notes boleh la letak situ. Ketebalan dia boleh tahan tebal kalau ketuk kepala orang memang sakit. Kalau korang tak suka size besar macam ni boleh beli yang jenis kecik tu je senang nak simpan dalam handbag. Saiz macam I, a5 ni pun muat je simpan dalam handbag tapi ambil ruang sikit.



Tahun lepas I gunakan noted book je buat planner journal sendiri ala-ala dot punya planner tu. Kalau korang ambil tahu pasal planner ni mesti tahu panner yang dot dot tu. Bullet journal. I suka tengok video dekat youtube orang hias planner diaorang lukis itu ini. Kreatif sangat. Kenapa la I tak kreatif tsktsk. Tapi tahun lepas I ada usaha jugak buat planner sendiri tu. Lukis sendiri by date, month, weekly, habit tracker semua tu tapi sejak pregnant  I malas.



Contoh bullet journal



Contoh bullet journal


Contoh bullet journal




Untuk tahun 2019 pun I dah readykan notebook untuk buat planner macam tu tapi again I malas sikit awal tahun ni so notebook tu masih bersih tanpa catitan. Lepasni I simpan jela notebook tu. I memang suka tengok planner comel-comel yang orang hias atau buat sendiri. Nanti I kongsi apa yang I tulis dalam planner I okay.



2 comments

  1. Sy stiap thn beli planner.. Tp x guna pun huhu

    ReplyDelete
  2. geram btol tgk buku2 comei gini. tpi kan, mcm umie ni mmg mslh, mula2 je tulis. pastu mmg kelaut la jwbnya :(
    bagus tw ada journal ni

    ReplyDelete