Double Dare OMG! Spa Review






I terima this cute pink and black box dari Double Dare Malaysia di Instagram. pssstt if nak I review any product boleh je dm I dekat instagram (@shesyeeraa) atau email helloairahsyahirah@gmail.com okay. I excited bila bukak parcel dari Double Dare ni sebab tengok la packaging box dan produk diaorang. Cantik! Dah la memang warna favourite I, pink. 



Jadi apa Double Dare ni? Double Dare merupakan jenama yang mengetengahkan produk kecantikkan yang unik dan berinovatif. Produk diaorang memang lain dari yang lain contohnya mask yang I terima ni. Best sangat. Produk yang dikeluarkan bukan sahaja sesuai untuk wanita tetapi lelaki pun boleh guna.





Atas ni antara beberapa produk yang I terima iaitu OMG Mega Hair Band, OMG 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask dan OMG 3in1 Kit Peel Off Mask. Bukan ini sahaja produk yang Double Dare keluarkan, banyak lagi produk diaorang yang I teruja nak cuba lain kali. Untuk set produk yang I terima adalah dari koleksi OMG Spa. Selain itu ada juga OMG Platinum, OMG Rescue dan Age Freeze.



Untuk produk dari Double Dare Malaysia korang boleh singgah laman web Double Dare Malaysia iaitu https://www.mydoubledarespa.com/


OMG Mega Hair Band



OMG Mega Hair Band ni memang lebih besar dari hair band biasa. Ada tiga warna iaitu hot pink, soft pink dan black. Yang I punya ni hot pink. Kalau korang tak tahu kegunaan hair band ni untuk mengelakkan rambut,anak rambut dari terkena muka korang. Kan bila pakai mask, rimas kalau rambut terkena mask, habis comot rambut dan mask. Bila dah ada hair band ni senang pakai je tolak rambut ke belakang, boleh relax pakai mask.



Lagi satu boleh fefeeling bila pakai hair band ni. Nampak cute!



OMG 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask








OMG 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ada dua step. Step pertama, Detox Bubbling Mask. Masa pakai mask ni, akan ada buih buih yang timbul. So macam cuci muka buih-buih tu tapi dalam bentuk mask. Buih dia tebal gila dan lembut! Excited I pakai sebab first time jumpa mask macam ni. Lepas cuci bersih, muka memang rasa bersih la. Tak ada pun rasa gatal ke pedih ke apa. Mask ni membantu untuk mencuci kulit dengan mendalam menanggalkan segala minyak, sebum dan kulit mati.



Second step pula, Detox Bubbling Microfiber Mask.





Mask ni pula akan memberikan nutrisi pada kulit, kulit nampak lebih glowing, sihat dan semestinya nampak muda kalau korang rajin buat mask ni sebagai rutin. Lepas dah guna first step tapi, dah cuci bersih-bersih segala minyak dan kotoran pada kulit, mesti la bagi segala nutrisi pada kulit pulak kan. Kesan dia pada kulit I memang berbeza. Kulit nampak lebih sihat dan glowing. Kalau pakai sebelum pakai makeup mesti makeup nampak lebih smooth dan cantik.








OMG 3in1 Kit Peel Off Mask pula ada tiga step. Sesuai kalau korang nak 'me time' sebab step dia memang memanjakan kulit sangat. Kulit I lebih lembut dan bersih. Step pertama Eye Zone 24K Gold Eye Patch. Bila dah pakai step pertama ni boleh teruskan dengan step kedua, Face + Neck Peel Off Mask. 








Peel off mask ni tekstur dia macam biasa likat cair macam mask peel off tu. Sapu rata pada kulit. Nanti dah kering boleh tarik je. Kulit rasa segar lepas pakai mask ni. Feeling bila tarik mask tu best sebab mask ni senang je nak tarik. Mask ni membantu untuk tegangkan kulit sambil mengurangkan garis halus. Kulit pun rasa lebih berseri.



Kalau berminat nak dapatkan produk Double Dare boleh layari lama web diaorang, Double Dare. Atau singgah instagram Double Dare Malaysia.





21 comments

  1. Wah suka sangat packaging dan warna komersial dia. Nampak mewah dan eksklusif gitu. Siap datang dengan hairband yang stailo pulak tu. Memang lain daripada lain!

    ReplyDelete
  2. Memang OMG sangat bila tengok mask berbuih tu! First time tengok mask jenis macam tu. Mesti best pakai sebab buih dia nampak foamy and squishy. Best la OMG box ni! Dah la cantik

    ReplyDelete
  3. menarik...mmg kena dare to wear la kan..

    ReplyDelete
  4. aritu ada dapat tapi segan pula nak pakai ahahah sebab ingatkan utk gegirl je. tak sangka lelaki pun ada. kalau tahu aritu amik je. hehe tq for sharing

    ReplyDelete
  5. I like their peel off mask that makes your skin soft. I think I need it too to have a better skin.

    ReplyDelete
  6. eiii...awat comey sangat ni,siap dapat headband lagi..alaaa..kita nak juga cantik comey nak raya ni..hehe..nnt sis terjah double dare malaysia

    ReplyDelete
  7. I really love the packaging. So unik. Siap Ada headband lagi. Memang details betul . I would get some for raya gift to my niece.

    ReplyDelete
  8. dah jatuh hati pula pada Kit Peel Off Mask . nie buat nak beli and cuba guna mana tahu wajah lagi cantik dan berseri

    ReplyDelete
  9. OMG! serius cantiknya kotak packaging tu. eh dah lama BBL tak rest muka pakai mask. yelah asyik busy kerja sampai tak sempat nak manjakan diri dengan relax pakai mask. erm kena dapatkan satu ni.

    ReplyDelete
  10. Tengok yang mask cam gold tu rasa menarik pulak untuk sis cuba. Sis ni memang peminat mask..macam2 dah jenis mask sis cuba. Suka jugak cuba benda2 baru ni..mana tahu sesuai pulak dengan kulit sis

    ReplyDelete
  11. Memang kena pakai semua mask dalam satu masa yang sama ke? Tapi suka tengok oart mask yang bubble tu. Teruja pulak tengok sebab bubblenya halus puti . Geram je tengok. Nampak best plak mask ni. Nanti nak beli la.

    ReplyDelete
  12. Bestnya produk OMG dari double dare malaysia ni. Siap dapat hair band yang comel tu. Nak usha la, sambil jaga kulit muka boleh dapat hair band yang omeyy tu

    ReplyDelete
  13. Ada nampak ramai jugak blogger duk review double dare ni. Macam best je. Kita jadi teringin pulak nak cuba heheh

    ReplyDelete
  14. bestnya tgk mask dia tu, siap buih buih and ad effect smooth dekat muka.

    ReplyDelete
  15. Comelnya packaging dia. Kita tgk pun dah excited. Apatah yg menerimanya heheheh. Tapi nampak mask ni bagus. Dah la kita peminat mask. Nanti nak carila

    ReplyDelete
  16. dah pakai mask ni..memang best tau..yang bubble tu memg clean habis muka ni..pastu step 2 buat muka smooth..yang emas tu pun ok..suka gile rmask dia ni

    ReplyDelete
  17. wahhhh nampak macam best je mask muka nie. teringin pula rasanya nak cuba. mesti lembut dans egar je muka lepas dah tanggalkan mask tu kan. okay nak carilah nanti

    ReplyDelete
  18. OMG bubble mask mmg x pnh jmp n try!! nak! btw peel off mmg slalu puas hati hahahha wpon bila tarek saketnyee ya amat!! HAHAHHA

    ReplyDelete
  19. Tetiba rasa macam best je. Syok pulak tengok mask yang berbuih buih tu. Dah macam pakai cleanser tebalnya buih dia tu.
    Siap ada riben pink besar ye. Comelnya..

    ReplyDelete
  20. Alaa..teringin nak try sebab tengok ramai yang review lagipun masknya nampak unik

    ReplyDelete
  21. wah gold mask tu. memang menarik betul lah. teringinnya nak cuba. nanti nak check la kat Double Dare Malaysia

    ReplyDelete