Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Serum baru yang I include dalam skincare routine I. Sanny & Joleen Lifestyle. I memang suka masukkan serum dalam skincare routine I. Serum ni tekstur dia senang serap dengan mendalam pada kulit jadi serum lebih khusus untuk masalah kulit tertentu.






Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum merupakan serum dengan premium Vitamin E dan formulasi tidak berminyak. Antioksidan ni membantu kulit nampak lebih sihat dan lebih muda. Paling penting mengurangkan tanda-tanda penuaan. Siapa je yang nak tua sebelum usia kan?



Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum melembapkan dan memperbaharui kulit. Dalam serum ni ada premium Vitamin E iaitu Tocotrienol. Tocotrienol ni mengandungi 40-60 kali aktioksidan yang lebih tinggi. 






Apa yang I suka dengan serum ni, formulasi tidak berminyak dia. Bila I pakai pada muka, cepat je serap dan memang tak ada kesan berminyak. I tak suka kalau waktu siang pakai benda berat berat atau berminyak pada kulit muka. Rasa rimas lagi-lagi kalau berpeluh. Kalau pakai waktu malam tak apa. Tapi dengan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum ni tak kisah nak pakai siang atau malam, selesa je. Cepat serap jadi jimat masa nak pakai skincare. Tak payah tunggu serum betul-betul serap baru buat next skincare rutin tu.



Waktu siang berpeluh berpanas pun tak ada rasa tak selesa. Bila dalam aircond pulak kulit tak rasa kering sebab antara fungsi serum ni membantu melembapkan muka. Bau serum pula kalau dekatkan pada hidung ada la bau pelik sikit. Vitamin E kan, tak kan bau wangi pula. Tapi bila pakai pada muka tak ada pun bau busuk tak menyenangkan. Tak ada bau apa pun so tak perlu risau kalau korang tak suka skincare yang ada bau atau ada bau busuk.











Warna serum ni bukan putih jernih tapi macam putih susu tu. Packaging dia pula macam biasa dalam botol serum yang selalu digunakan. I suka botol serum macam ni sebab boleh nampak isi dia dah nak habis ke belum. Ada sesetengah botol yang tak nampak isi dalam so tak sure dah nak habis ke apa. Bila dah nak habis boleh la restock cepat-cepat kan.


Serum ni selamat digunakan tau. Tak ada harsh chemicals.  Kalau korang ambil berat pasal skincare dan bahan yang digunakan. Serum ni ada dermatologist tested. Insha Allah selamat dan ada GMP Certified. Serum ni tak ada SLS dan Paraben serta tak ada synthetic fragrance. Paling penting berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bahan dia ialah





Cara I gunakan, lepas cuci muka, pakai toner dan sapu serum ni pada muka dan leher. I pakai dua kali sehari. Pagi dan malam. Selain di kulit muka, korang boleh pakai dekat badan sekali tau. I pakai dekat tangan sebab serum ni membantu juga untuk mencerahkan kulit. Kulit tangan kan selalu terdedah dengan matahari so I sapu sekali pada tangan.


Kesan dia pada kulit I memang best! Okay pertama sekali yang I nampak, lepas pakai serum ni kulit nampak lebih sihat dan glowing jadi sesuai sangat kalau nak pakai waktu pagi sebelum keluar, pakai sebelum makeup atau boleh je campurkan sekali dengan foundation korang.





Parut jerawat I pun ketara sangat pudar. I ada jerawat dekat dahi. Jerawat yang sakit dan bump besar tu. Jerawat tu tak selalu naik dekat kulit I tapi bila dah naik memang lama betul nak surut tsktsk. Tapi bila konsisten pakai serum ni dalam tiga hari I perasan dah pudar parut jerawat tu. Lagi beberapa hari confirm hilang. Atas ni kulit I lepas seminggu pakai serum ni. Nampak perubahan ketara.



Lepastu dekat hidung I boleh dikatakan redness teruk. Tapi nampak berbeza dah kurang redness bahagian hidung tu. Kulit pun lembut. Kalau konsisten pakai confirm lagi banyak perbezaan pada kulit I.





Serum ni ada dua jenis size. 10ml dan 30ml. Yang I punya ni 10ml nanti I share berapa lama 10ml ni bertahan dengan I dekat entry empties nanti okay.






18 comments

  1. wow good to know this serum, how much is it? Shall let my sis in law to know as she finding serum to use.

    ReplyDelete
  2. Rawlins pun suka menggunakan serum dalam my daily routine.
    Lagi-lagi di usia sebegini, memang Rawlins perlukan pelbagai bantuan agar kekal segar dan relevan hahaha bukan relevan, nak age gracefully

    ReplyDelete
  3. Have heard about this sanny and joleen lifestyle product for some time now. I am sure they are very good and effective and will be a boon for many ladies who want to have better complexion.

    ReplyDelete
  4. i oso saw lot of ppl dh try serum ni! omg mcm best harga pun affordable ok sgt!

    ReplyDelete
  5. waa mcm menarik jee serum ni. first time dgr brand ni but good to know diorg takde gunakan harsh chemicals dalam ni kan. qeela mmg suka pakai serum and of course my choice will be yg organic or all natural termasuk jugaklah jenis2 yg no sls sles paraben segala harsh chemicals bagai ni kan hehe. nnt boleh tgk2 laa serum ni ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. I love this serum. It really works. I pakai Malam and the next day bangun sure with brighten skin. Live this 3 times๐Ÿ˜.

    ReplyDelete
  7. Tua sebelum usia tu yang menjadi ketakutan orang perempuan sekarang hehehee tapi produk ni nampak bagus dan mudah untuk digunakan memang serap masuk dalam kulit ni hurmmm...

    ReplyDelete
  8. Serum Ni penting sokmo la until kulit kita ni. Rugi kalau Tak amalkan awal-awal Kan. Hehehe. Akak suka serum Ni sebelum pakai mekap. Rasa macam kulit perfect. Hahaha

    ReplyDelete
  9. bagus ya klu tak ada bau.. k mid suka serum yang macam tue..bole jugak cuba..yg penting bole buat parut jerawat pudar

    ReplyDelete
  10. Memang pakai serum ni nak hilangkan parut jerawat. Memang best pakai sebab kukit rasa lembut dan lembap je. Serum pun mudah serap ke kulit. Memang bestlah serum ni. Dah habis nanti nak restock

    ReplyDelete
  11. Duk baca review kata best je serum ni. Teksrur dia best kan.. boleh la nak beli sbb stock serum kat rumah pun dah nak habis. Harga pun not bad. Nak cantik utk hari raya nnt

    ReplyDelete
  12. Wah nampak perubahan tu. Syira pun suka guna serum. Lebih2 lagi kalau jerawat muncul. Boleh cuba jenama ni

    ReplyDelete
  13. This serum looks good. I am looking to buy a serum too. Maybe i should give this one a try.

    ReplyDelete
  14. nad pun suka pakai serum..sebab dia mresap terus ke dalam kulit..good la kalau dia tak berminyak..kadang ade serum tak buat muka berminyak..botol dia simple je erk

    ReplyDelete
  15. Suka serum ni. Sangat hydrated. Best! Iza pun dah try dah serum ni. Paling best sebab tak melekit.

    ReplyDelete
  16. Banyak negara ada jual produk ni. Nampak muka airah lebih lembut selepas guna seminggu. Cepat nampak kesan positif jugak.

    ReplyDelete
  17. tak sangka yang serum nie boleh hilangkan jerawat dan paling penting takde bau . nak pergi cari dan beli lah jenama ni. thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Serum memang penting dalam penjagaan wajah kan. Tapi kena pandai pilih la. Dulu ada juga kita pakai serum, muka naik teruk. Gatal gatal. Lepas ni kalau nak beli serum kena baca banyak feedback dulu.

    ReplyDelete