Tips baby tidur lebih lena

Tips baby tidur lebih lena pada waktu malam. Bila baby/anak meragam pada waktu malam, memang menggangu juga la kan. Lagi-lagi kalau mak ayah yang kerja malam, anak tak tidur malam ataupun meragam, pagi esok dedua dah macam zombie je pergi kerja. Selalu I dengar cerita anak meragam malam ni dari sedara mara dan baca luahan perasaan ibu-ibu dekat facebook je. Kali ni diri sendiri pulak nak merasa.



Baby I Alhamdulillah tak banyak meragam sampai la beberapa malam lepas. Dalam pukul 2,3 pagi macam tu dia mesti menangis macam kena dera. Habis dengan opahnya sekali tolong tenangkan. Dalam 30 minit juga la menangis lepastu senyap lepastu nangis semula. Minum susu pun sambil nangis. Pampers dah check, dah tukar pampers, dah lapkan muka, perut tak kembung tapi tak tau apa salahnya hahaha. Sebab I tak start kerja lagi so macam tak ada la stress sangat ngadap baby nangis.





Tapi pelik la jugak kenapa kena menangis malam-malam. Risau tauuuu. Malam esoknya I dah ready. Mandikan baby dengan air suam campur Melvory Calendula Golden Milk Bath. Sebelum ni kalau mandi sebelum pukul 7 tu I mandikan dengan air paip biasa je. Kalau mandi lepas pukul 7, mandikan dengan air suam. Kali ni malam je I mandikan dengan air suam letak dalam baby bath tub tu, campur dua sudu Melvory Calendula Golden Milk Bath.









Bila I rajin sikit, pagi pun I mandikan dengan Melvory Calendula Golden Milk Bath dalam baby tub dia. Tapi kadang terskip jugak mandi pagi dengan milk bath ni, mandi air paip je hahahha sebab mummy banyak benda nak buat. Lepas baby dah mandi dengan Melvory Calendula Golden Milk Bath, nak mandikan dengan sabun lain boleh, nak bilas badan dengan air biasa boleh ataupun I terus je lap dengan tuala sebab Melvory Calendula Golden Milk Bath tak ada kesan sabun pun. Tak licin.



Baby I memang suka la berendam dalam air suam dengan milk bath tu.






Dah lap bersih boleh la siapkan baby. I sapukan sekali Melvory Chamomile Sleep Balm pada tapak kaki dan kaki baby I sebab baby bawah 6 bulan boleh disapu pada bahagian tapak kaki sahaja. Baby 6 bulan ke atas boleh sapu satu badan sambil buat urutan. Melvory Chamomile Sleep Balm membantu untuk baby lebih tenang dan relax. Bau dia pun sedap, bau chamomile dan sandalwood. Antara bahan utama yang digunakan adalah sunflower oil, coconut oil dan jojoba oil.









Bahan lain seperti Organic coconut oil, Organic jojoba oil, Organic sunflower oil, Organic beeswax, Organic cocoa butter, Organic sandalwood oil, Organic roman chamomile oil, Organic lavender oil, Organic evening primrose oil, Natural Vitamin E, Magnesium oil, Organic ginger oil



Tekstur dia macam balm, tak melekit dan cepat meresap. Bila sapukan pada kaki baby I, nampak dia selesa. Sambil tu I urut-urut juga kaki dia. Kalau orang dewasa pun boleh pakai sebagai aromaterapi kurangkan stress. Sapu pada nadi pergelangan tangan, bahu dan kaki sebelum tidur.





Tekstur balm




Baby I memang suka guna produk dari Melvory ni. Kalau nak tahu, Founder Melvory, Elaine merupakan Malaysian yang study dan menetap di Adelaide, Australia. Paling best dia menggunakan pengetahuannya sebagai  pharmacist serta resepi turun temurun penjagaan kulit keluarganya untuk menghasilkan setiap produk di Melvory. Setiap produk efektif untuk melegakan kulit kering, kulit gatal serta membantu eczema. Memang sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive sebab tu produk ni sesuai untuk bayi.



Ada baby yang tak sesuai dengan sabun badan biasa, krim biasa yang dijual dipasaran. Mungkin boleh cuba pula produk dari Melvory ni. Baby I pakai memang tak ada masalah kulit, pedih atau gatal. Dia selesa je. Tapi macam biasa kulit baby kan nipis dan sensitif lagi jadi sebelum pakaikan apa-apa pada baby cuba buat patch test dulu. Risau ada bahan-bahan yang baby alergic kan.






Laman web : Melvory Skincare
Instagram : Melvory S.E.A.
Facebook : Melvory SEA





22 comments

  1. Alalala comel nya dia hee. Bagus kan ada produk yg dpt bantu baby tido lena. Thanks for review Airah.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/05/book-review-puaka-bundle-by-ayda-arianna.html

    ReplyDelete
  2. i like your ring * attention teralih bila nampak cincin hahahahah

    ReplyDelete
  3. Lena dia tidur lepas mandi dengan milk bath pastu kena urut pulak dengan balm! Nasib airah jumpa penawar bila dia meragam.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya bila boleh buat baby lena.. bolehlah ibu berehat sama..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing..bagusnya balm ni, aromaterapi bantu untuk baby tidur lena. Tak adalah meragam tengah malam kan..ibu pun boleh rest.

    ReplyDelete
  6. Memang penat laa kalau baby meragam malam malam. Bagus ada produk camni, membantu ibu dan baby. Boleh laa nak rekemen kat adik i yg baru dpt baby.

    ReplyDelete
  7. Kalau anak meragam tiba tiba, memang runsing dibuatnya. Kalau dimalam hari, lagi la runsing kan. Sebab waktu tu, waktu untuk berehat. Bagus adanya bantuan macam ni. Boleh beri ketenangan pada baby. So baby pun dapat berehat dengan sempurna.

    ReplyDelete
  8. Comelnya la baby nie.
    Meh kita nak gomol dan geget dia time tidur.
    Geram plak tengok dia nyenyak sebegitu.
    Bila baby tenang, ibu pun tenang sama kan.

    ReplyDelete
  9. Nampak bagus produk ni untuk baby. Kakau ada baby boleh beli dan cuba produk untuk bab . Yela kita naklah baby tidur lena kan. Kalaubdia tak tidur lena kita yang ibu ibu ni mengantuk pula .Yela penatkan nak layan baby yang berjaga tengah malam

    ReplyDelete
  10. Bagusnya produk ni. Boleh guna untuk mandikan bayi la ye? Mak mak pun senang bila anak dah tidur lena. Yang penting bagus untuk anak anak

    ReplyDelete
  11. This product looks good. Can try for baby at my home.

    ReplyDelete
  12. Alolo comelnya dia , yup memang risau bila baby asyik nangis , dah tido lena lu selesa la tu bila mamanya mandikan dgn produk ni

    ReplyDelete
  13. wah menarikla barang ni..tak pernah tau pun..boleh cuba ni..kalau bbay dah lena, mak pun senang hati kan

    ReplyDelete
  14. Wah.. Baguslah koleksi barangan keperluan baby cenggini.. AM nak beli la utk hadiahkan pd anak buah AM nnti..

    ReplyDelete
  15. Alaa bestnyaaa.. kalau ada rejeki nak try kat my twins gak

    ReplyDelete
  16. Alahai comel betul bila tgok baby tido lena, bila baby tido lena ni dapatlah mak dok berehat atau buat keja mcm2 kan. Bagus betul ada produk cam ni. Nanti sis blh lah rekomen kat sesiapa yg ada baby

    ReplyDelete
  17. perghhhhh! bagus sungguh kak produk ni. Siap ada milk bath utk baby lagi. Mesti selesa baby nak tido kan pasni. Sapu balm pulak, bertambah selesa la baby, parents pun nak tidur lena :D

    ReplyDelete
  18. bagusnya barang baby nie. yang penting organik. barulah selamat utk digunakan pada bayi. yelahh, bayi nie kulit dorg sensitif so kena guna produk2 organik je

    ReplyDelete
  19. Baby mmg kdg2 suka meragam jd kita kena tahu jgk problem dia, klu produk tu bagus dan sesuai utk baby dah bagus sgt

    ReplyDelete
  20. Tidur lena dia ye. Bagus produk ni dapat juga membantu ibu-ibu menjaga anak mereka. Boleh Qiss cadangkan produk ni kat member2 yang baru lepas bersalin tu.

    ReplyDelete
  21. Calendula ni memang bagus kan. Sebab dah banyak produk sabun dah mula add on callendula dalam formulasi diorang

    ReplyDelete
  22. Oh wow! this product look good also, i like to use baby product because is more gentle and i have sensitive skin.

    ReplyDelete