Yummy A'Bloom Sheet Mask



Sheet mask antara salah satu step dalam penjagaan wajah yang selalu orang anggap tak penting sangat. Orang tu I la hahaha. Dulu tak tahu sheet mask ni boleh buat apa pada kulit muka so tak payah la pakaiiii..... Lepas dah pakai, baru rasa kesan dia bestnya. Lepastu ada pulak masa terpakai sheet mask sampai pagi esoknya. Tak elok sebenarnya macam tu okay.



Sheet mask pakai 15-20 minit je macam yang tertulis pada packaging dia. Kalau pakai sheet mask lama-lama nanti dia menyerap essence mask tersebut dan serap kelembapan kulit sekali so macam tak ada function pun pakai sheet mask. Boleh buat kulit kering jugak.



Jadi cara I pakai sheet mask, lepas cuci muka, pakai toner lepastu pakai serum. Kemudian baru sheet mask. Pakai dalam 15-20 minit. Dah settle bukak mask tu dan urut lebihan essence pada kulit. Kadang dalam paket mask tu ada lebihan essence kan. I sapu juga pada kulit sebab rasa macam membazir je biarkan tak guna hihi. Bahagian leher pun I sapu jugak.



Paling best kalau sheet mask tu simpan dulu dalam fridge bagi sejuk. Pakai dekat muka sejuk je.





Sheet mask yang I baru cuba baru-baru ni dari koleksi A'Bloom Althea. Mask ni merupakan sheet mask terbaru keluaran Althea tau. Ada empat jenis iaitu


A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet



I dah cuba keempat-empat jenis mask ni. Memang best. Salah satu tarikan utama yang I suka sebab packaging dia comel! Siapa je yang tak suka benda-benda comel macam ni kan. Nama dia pun comel. 


Water-Me-Long


A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, sheet mask yang berfungsi untuk melembapkan. Tembikai kan memang memberi banyak air kalau kita makan. Salah satu buah favourite I adalah tembikai. Sheet mask ni membantu kalau korang ada bahagian kulit yang kering. Kalau ada redness pun membantu juga. Kulit pun akan nampak lebih berseri sebab cukup lembapan.


Avo-Cuddle-Me


A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet. Avocado kan kaya dengan antioksida membantu sebagai anti aging. Kalau tak nak kulit tua sebelum usia boleh la pakai konsisten mask ni tapi semestinya kena dengan gabungan skincare routine yang sesuai. Kulit akan lebih anjal dan lembap.


Sparkle-Me-Bright


A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet. I rasa ramai yang suka dan akan cari mask yang memberikan kecerahan kepada kulit. Mask ni boleh membantu mencerahkan parut jerawat. Bahan seperti vitamin c dari lemon, green tea dan niacinamide memberikan kulit yang cerah dan berseri.


Ac-Me-Peach


A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Mask peach ni pula sesuai untuk korang yang ada masalah kulit jerawat dan pori besar. Membantu untuk kulit lebih bersih dan mengurangkan redness. Bila masalah kulit ni dapat diatasi, kulit mesti la nampak lebih bersih, licin dan cantikkan.



I memang suka kesemua koleksi sheet mask A'Bloom ni. Kulit I suka, kulit lagi lembap dan berseri. Kalau pakai sebelum pakai makeup, makeup nampak lebih cantik sebab kulit cukup hydration. Memang salah satu tips nak makeup nampak cantik, tolongla bagi muka lembap dengan produk yang boleh bagi kelembapan okay. 



Kertas sheet mask ni pun jenis lembut macam jelly. Paling best dia sesuai dengan ukuran muka I. Tak ada la bahagian mulut tak muat, bahagian mata tak muat. Ada beberapa jenis kertas mask tu I jenis koyakkan di beberapa bahagian nak bagi muat tapi A'Bloom punya series ni tak perlu pun.















17 comments

  1. i am so jelez here because the packaging is so damn cute !

    ReplyDelete
  2. kita pun suka koleksi mask ni.. dah lah berbaloi harga dia..
    kita singgah n follow sini ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. beetul tu airah pun dah repeat order mask ni

      Delete
  3. Haa.. TB sukaa.. dah repeat order pun untuk ABloom punya Sheet Mask ni.. terbaik sangatt heheheh.. TB suka kan collagen dia yang banyak tu.. rasa puas pakai kan..

    ReplyDelete
  4. pernah pakai yg watermelong tu..bau dia best!

    ReplyDelete
  5. Tak tau pulak kena pakai toner dulu baru apply mask. Ni first time diajar. Terima kasih dengan ilmu baru. Mana yang paling Best antara semua mask yang tersenarai tu?

    ReplyDelete
  6. Yeayyy dh ramai dah ada abloom sheet mask. Memang bagus kan mask ni and murah jugak. Hari tu sampai habis stock. Hehehe. Jelly dia best boleh sapu kat bahagian badan lain rasa sejuk2~

    ReplyDelete
  7. Comelnya packaging dia. Best juga sekali sekala manjakan diri sebab senang ajer letak je kat muka dan ambil la masa untuk diri kita sekejap. Semua fruit tu macam best untuk dicuba.

    ReplyDelete
  8. Kita paling suka Yang water me long Tu. Siap re order lagi 20 sebab murah and good quality mask.

    ReplyDelete
  9. sheet mask abloom ni memng best..kita suka pakai tembikai tu..memng best bila masukkan dekat peti ais..sejuk je..nad pun dulu tak suka pakai mask..hahaa..sekrg dah suka

    ReplyDelete
  10. Bonde pon suka juga pakai mask dari A'Bloom box nih! suka yang A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet bau dia sedap... sejuk dan selesa sekali masa pakai

    ReplyDelete
  11. Kita sama. Suka pakai mask A'bloom Althea ni. Lepas pakai kulit muka memang rasa fresh dan lembap je kan. Bau pun best. Hari tu dah beli yang lime dan peach 10 keping. Nanti nak beli lagi

    ReplyDelete
  12. Ya Allah knp comel2 betul packaging dia. Rasa sayang nk guna pulak kalau dpt nie. Mask2 tu best kan sbb ramai yg beri feedback positif. Nanti nk try beli nak pakai.

    ReplyDelete
  13. saya suka giler packaging dia nampak sangat comel dan menarik. Dan produk yang dijual di laman web althea tidaklah terlalu mahal. memang santa berbaloi dan berpatutan. Memang rekomen pada mereka yang menggunakan produk dari korea

    ReplyDelete
  14. Kita tak tahu kenapa memang semua jenis yang ada buah Tembikai ni memang kegemaran kita lah nasib lepas dah siap guna tak boleh makan kalau tidak kita kunyah wakakak mesti wangi lah mask ini...

    ReplyDelete
  15. <3 guna lepas cooling on fridge dulu

    ReplyDelete