Laneige Lip Sleeping Mask Untuk Bibir Kering

Bila tak cukup minum air kosong ni macam-macam kesan boleh jadi pada badan sendiri. Contohnya tak cukup minum air pun boleh buat sembelit tau jadi jaga-jaga. Pastikan sentiasa minum air dengan cukup ikut berat badan korang. I pun ikutkan tak tau berapa liter air sehari kena minum tapi botol memang sentiasa la dekat dengan I. Nampak botol je minum, haus minum, bila teringat minum.



Kena rajin minum air banyak salah satu sebab nak kulit cantik hahaha. Tapi kena la redha pergi blik air je selalu. Masa bersalin haritu bibir I kering teruk. Tak cukup minum air sebab melayan rasa sakit hahaha. I stress tengok keadaan bibir sendiri tapi nak minum air pun tak sempat. Nanti minum air banyak sangat trauma pulak nak kena pergi bilik air banyak kali. Last-last memang bibir kering teruk, dah balik rumah dari hospital pun tak elok-elok lagi.



Jadi benda pertama yang I buat mesti la kena rajin minum air. Walaupun orang cakap salah satu pantang semasa berpantang tak boleh minum air kosong banyak sangat tapi peduli apa hahaha tak kan nak tahan je dari minum air. Kedua I rajinkan diri sapu Laneige Lip Sleeping Mask. Yang I punya flavour berry. 





Tak silap I ada empat flavour iaitu grapefruit, appel lime, vanilla dan berry. I baru cuba berry je. Yang berry ni pun tahan lama gila walaupun sebekas jar kecik ni 20g je. Actually I dah beli lama lip mask ni dan memang selalu pakai dari waktu pregnant lagi sampai sekarang tak habis-habis. Siap share dengan adik I lagi letak dalam jar kecik untuk dia. I harap tahun ni habis la sebab nak try flavour lain pulak hahaha.



Produk : Laneige Lip Sleeping Mask in Berry
Isi : 20g
Harga : RM77 (Althea)



Kalau korang ada masalah bibir kering, bibir hitam, apa-apa jela masalah bibir korang mungkin boleh cuba lip mask ni. Apa yang paling best bagi I, contoh la harini bibir I kering sangat sebab kurang minum air, malam tu I pakai lip mask ni, pagi esok bibir dah lembut dan senang nak tanggalkan kulit bibir yang dah kering tu.





I memang rajin pakai waktu malam je sebab tak ganggu I nak minum ke apa. Nanti waktu siang makan, minum hilang pulak lip mask ni dekat bibir jadi I pakai waktu malam last sekali masa skincare routine. Kadang tu sebelum nak tidur I topup lagi lip mask ni dekat bibir. Pagi esoknya bibir rasa lebih lembut, nampak pink, senang nak buang kulit kering/kulit mati yang ada pada bibir. 



Tak payah susah-susah dah nak exfoliate bibir. Dulu rajin la guna gula dan madu nak scrub bibir bagi pink tapi sekarang tak payah susah dah. Guna je Laneige Lip Sleeping Mask ni. Pagi esok boleh guna air suam dan kain untuk tanggalkan kulit mati di bibir.



Bahan full,

Diisostearyl Malate, Hydrogenated Polyisobutene, Phytosteryl / Isostearyl / Cetyl / Stearyl / Behenyl Dimer Dilinoleate, Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin), Polybutene, Microcrystalline Wax, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Synthetic Wax, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Butylene / Ethylene / Styrene Copolymer, Ethylene / Propylene / Styrene Copolymer Mica, Astrocaryum Murumuru Seed Butter, Titanium Dioxide, Dimethicone, Fragrance / Parfum, Polyglyceryl-2 Diisostearate, Dehydroacetic Acid, Methicone, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyglyceryl-2 Triisostearate, Sunset Yellow (Yellow 6), Pigment Red 57 (Red 6), Polyhydroxystearic Acid, Water (Aqua) , Potassium Alginate, Propanediol, Glycerin, Alcohol, Lycium Chinense Fruit Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Fragaria Chiloensis (Strawberry) Fruit Extract, Rubus Idaeus (Raspberry) Fruit Extract, Sapindus Mukorossi Fruit Extract, Vaccinium Angustifolium (Blueberry) Fruit Extract, Rubus Chamaemorus Seed Extract, Coffea Arabica (Coffee) Seed Extract, Chenopodium Quinoa Seed Extract, Magnesium Sulfate, Calcium Chloride, Sodium Hyaluronate, Beta-Glucan, Manganese Sulfate, Zinc Sulfate, Ascorbyl Glucoside 



Pertama kali I pakai lip mask ni, pagi esoknya rasa macam bibir bengkak. I ingat I tak sesuai ke apa dengan produk ni. Risau jugak. Tapi dua tiga hari lepastu I cuba lagi pakai dan nasib baik okay je. Perasaan I je kot bibir rasa bengkak sebab produk ni ada tulis bibir akan rasa lebih plump macam tu. Jadi I dah pakai banyak kali ni memang tak ada kesan iritasi, gatal-gatal atau allergic. Kalau korang pakai satu produk pada bibir lepastu rasa gatal ataupun ada biji-biji gatal naik lebih baik stop. Memang tak sesuai la tu sebab I pernah beli lip balm berwarna jadi macam tu. Trauma.






Tekstur lip mask ni macam krim la lebih kurang. Senang je nak sapu pada bibir. Bila I pakai memang rasa macam pakai sesuatu pada bibir tapi tak ada la rasa teruk sangat dia punya heavy tekstur tu. Bau dia pulak macam manis berry so yummy! I suka bau dia tapi bila pakai tak ada bau yang kuat pun. Isi dia dalam bekas jar kaca. Kecil je jar dia so senang nak simpan atau nak bawa mana-mana.



Nak travel pun senang bawa. Dalam box lip mask ni ada spatula kecil comel untuk korang guna sapu lip mask ni tapi I dah tak ingat I simpan mana spatula tu hahahha. I sapu guna jari je pada bibir. Agak tak bersih tapi pastikan la jari sendiri bersih. Pada I walaupun harga dia mahal tapi berbaloi sebab pakai sikit je pada bibir lepastu 20g tu boleh tahan banyak la untuk bibir sahaja sampai setahun baru habis agaknya.



Kalau bibir korang bermasalah boleh la cuba Laneige Lip Mask ni. Bibir pun rasa lembap je sepanjang hari. 








22 comments

  1. Tak pernah tengok lagi mask untuk bibir ni. Selalunya tahu lip balm je ataupun guna vaseline.

    ReplyDelete
  2. Bibir anak kering. Boleh la cuba produk ni. Nampak macam best je perisa berry. Mesti wangi. Produk ni buatan Korea kan....nanti nak cari. Mana tahu serasi....

    ReplyDelete
  3. Yes. Selain minum air yang secukupnya untuk badan elok juga amik bahan kecantikan lip ni. Nak buat sendiri pakai bahan natural macam malas sangat. Cara you guna jari tu sama la. Thats real girl. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Macam seronok je nak cuba. ^^

    ReplyDelete
  5. macam menarik, walaupun saya tak berapa nak tahu sangat pasal benda2 ni. bolehlah saya share dengan kakak saya sebab dia pun rasanya ada masalah bibir kering ni :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  6. eh tau-tau je bibir BBL tengah kering sekarang. erm kalu sapu kat bibir sebelum tidur harap kurang sikit kulit merekah tu. mungkin sebab kurang minum air agaknya. okay nanti BBL beli satu ye

    ReplyDelete
  7. Teringin juga nak cuba Laneige Lip Sleeping Mask sebab baca banyak kelebiahan produk ni. Kalau nak shopping produk ni semestinya Althea lah pilihan online platform. Bibir kita pun nak kena dijaga kan.

    ReplyDelete
  8. oh utk bibir hitam pun boleh ek? Dulu pernah pi buat laser nak bagi merah tapi tak mampu la mahai. Lps ni nak cuba la lip balm. Minum air tu memang wajib. Bella hanya minum air mineral. yg penutup putih tk suka sb payau!

    ReplyDelete
  9. Wajib amek sleeping mask for lips barulah mungil bibir kita kan.. :)

    ReplyDelete
  10. Marsha pun ada lip mask ni dan juga beli kat Althea. Memang best sangat guna. Bibir pun kena jaga selain dari wajah. Aset penting tu sebab kalau bibir nampak kering kita automatik nampak tak bermaya. Memang lip mask ni sangat membantu.

    ReplyDelete
  11. Laneige lip mask ni memang bagus diamalkan sebab bibir sentiasa nampak lembab dan kering. Ramai bagi review yang bagus selepas menggunakan laneige ni. Nanti nak try jugaklah laneige lip mask ni

    ReplyDelete
  12. I dah lama simpan dalam wishlist but tak beli seba rasa harga mahal just for a small tub. Baru ni I akhirnya beli sebab bibir I dah teruk sangat keringnya and I cuba produk lain tak membantu. I read a lot of reviews kata this memang bagus, and ternyata memang bagus. I baru pakai a week I also feel like my lips are brighter too

    ReplyDelete
  13. Betul la kan. Better pakai waktu nak tidur. Senang sikit tak ganggu urusan harian kite.

    ReplyDelete
  14. tak pernah ada lagi lip cream jenis dlm bekas mcm ni..menarik jgk lg2 buatan korea ni byk bgus brg cosmetic..nati nak tgk web althea .

    ReplyDelete
  15. Minum air yang cukup sangat disarankan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sy pun kadang2 bibir cepat kering kalau tak cukup air tambah2 musim panas sekarang ni..baguslah ada produk melembabkan bibir mcm ni kan

    ReplyDelete
  16. I've been wanting to try this. Banyak good reviews about this product. I pun selalu sangat ada bibir kering and sometimes minum air banyak tak cukup. You still kena put on lip balm or lip mask untuk jaga bibir.

    ReplyDelete
  17. minum air tu satu hal la.
    aida ni, tak kurang 1.5 liter, bibir tetap suka kering tau hu hu hu hu...
    nak cari la produk ni.
    or wajib beli di althea website je, airah ?

    ReplyDelete
  18. Nak try lah macam berkualiti je produk ni


    SEO Malaysia

    ReplyDelete
  19. laneige ni memang bagus jugak la kan. tak pernah guna lagi lip mask ni. perisa die tu mcm nak boleh dimakan..hahaha..

    ReplyDelete
  20. They are temperature delicate, so on squeezing they leave the imprint on the mattress. foldable mattress online India

    ReplyDelete
  21. forget those clunky, hulking things that belonged to your father, today's bunk beds are lighter, and more chic than ever before. With so many different types of materials and beautiful hardwoods or metals to choose from, there is something to fit even the most discriminating palate. kids bunk bed with slide

    ReplyDelete
  22. Balqis pun ada masalah bibir kering dan berkusam...rasanya nak cuba ˡᵃⁿᵉⁱᵍᵉ ˡⁱᵖ ˢˡᵉᵉᵖⁱⁿᵍ ᵐᵃˢᵏ ⁿⁱharap menjadi la untuk selesaikan masalah bibir kering dan berkusam ni

    ReplyDelete