Lawan Blackhead Dengan A'bloom BHA Blackhead Blaster

Blackhead? Pori besar? Kulit berminyak? Semua ni memang mengganggu untuk dapatkan kulit cerah berseri tanpa masalah. Ada yang rela tahan sakit, buat itu ini untuk dapatkan kulit bersih. I memang tak rela la nak buat treatment atau petua atau macam-macam cara yang menyakitkan dalam bab-bab kulit ni. I tak tahan sakit hahahha sebab tu la kalau boleh I nak guna produk dan cara yang tak menyakitkan tetapi memberikan hasil.



Kenapa nak guna produk bukan-bukan kalau boleh guna A'bloom BHA Blackhead Blaster? I dah banyak kali guna A'bloom BHA Blackhead Blaster ni sejak terima produk ni. Dalam seminggu, I guna dua tiga kali. Hasil dia memang best! Paling penting tak menyakitkan.





 Produk : A'bloom BHA Blackhead Blaster
Harga : RM19
Website : Althea






Packaging dia comel dan kecil je. Senang nak bawa travel, nak selit dalam beg skincare. Kadang botol besar-besar ni memang leceh nak bawa ke mana. Lagi-lagi packaging jenis kaca tu kan. Berat. Tapi I gigih je bawak ke mana-mana. Lagipun packaging dia plastik, tak ada risau pecah ke apa. I pernah je terjatuhkan dalam bilik air tapi bekas dia tak ada retak.



Tekstur dia pulak jenis solid. Bukan cair tau. Boleh bayangkan bekas lipstik macam tu la kalau nak guna A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni. Pulaskan je bekas dia nanti isi dia keluar macam bentuk lipstik tu.






A'bloom BHA Blackhead Blaster ni cara nak guna dia kena pusingkan untuk keluarkan produk. Lepastu boleh la sapu pada bahagian yang bermasalah. I akan guna lepas cuci muka. Bahagian yang I sapukan pula pada dahi, hidung, pipi dan dagu.



Lepas dah sapu A'bloom BHA Blackhead Blaster, urut pada kulit dalam beberapa minit lepastu boleh bilas. Terus rasa kulit licin, lembap dan bersih. Tak ada rasa pedih atau sakit pun. Terasa kesan serta merta. Sebab tu I rajin guna dalam 2,3 kali seminggu.






A'bloom BHA Blackhead Blaster ni berfungsi untuk membersihkan kulit daripada blackhead dan kotoran yang melekat pada wajah. Pori pun akan lebih bersih. Tak akan rasa pedih atau sakit pun bila gunakan produk ni sebab tak ada harsh chemical atau bahan kasar untuk scrub kulit yang digunakan dalam ni. 



Bahan yang digunakan pula seperti BHA dan Apricod Seed Powder jadi BHA boleh berfungsi sebagai chemical exfoliation dan apricod seed pula sebagai manual exfoliation. Bahan ni juga memang berguna untuk membersihkan kulit dengan mendalam. Charcoal dan tea tree extract pula membantu mengawal pengeluaran sebum jadi kalau korang mempunyai kulit berminyak memang sesuai la nak gunakan produk ni.



Produk ni juga boleh membantu dari whitehead dan blackhead dari terbentuk. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit dari kotoran blackhead, whitehead ni tau. Bukan sahaja boleh digunakan pada muka, tapi nak exfoliate bahagian badan pun boleh. Try la. Kalau korang risau produk ni menyebabkan iritasi boleh guna pada bahagian badan dulu kan.





Tapi pengalaman I guna memang best. Kalau dah habis yang ni memang akan beli lagi satu. Adik I pun suka sibuk nak cuba jugak sebab dia ada masalah blackhead jugak. Sesuai la kalau korang jenis kulit kombinasi atau berminyak. Kalau nak lebih berkesan, sebelum gunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster wapkan muka dulu. Bagi pori terbuka jadi boleh la produk ni membersihkan lebih lagi. I rasa kalau korang baru nak berjinak guna BHA boleh cuba produk ni dulu mana la tahu BHA tak sesuai dengan kulit ke tak ada la membazir beli produk yang lebih tinggi kandungan BHA dia kan.




18 comments

  1. This looks like a great product to remove blackheads. Will try this out if I have the chance. Thanks 😁👍

    ReplyDelete
  2. Adik I pun suka produk ni, walaupun barang Althea murah tapi kualiti produk dia bagus. Ingrediants yang diaorang pakai pun boleh tahan. Untung kita sebab Althea cover negara kita, dapat merasa pakai K-Beauty products dengan harga affordable.

    ReplyDelete
  3. fuh geram jugak kalu blackhead naik kat hidung ni. lagi-lagi kalu pori tu besar memang terang je nampak. sejak balik kl dari kampung tak sempat lagi nak take care muka ni. kena start balik jaga muka macam bulan puasa hari tu. nak try la produk ni.. menarik!

    ReplyDelete
  4. wah menarik! saya sangatlah berminat sbb mmg ada masalah blackhead ni. dah banyak kali juga cari produk sesuai tapi tk pernah menjadi. in shaa Allah saya akan try produk ni :) terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. kalau ada gambar macam mana blackhead tu keluar best jugak or video. kita memang sangat suka produk blackhead remover ni. so far masih setia pakai vietnam mask, lain2 ada cuba tapi result tak best macam vietnam mask lagi.

    ReplyDelete
  6. mudahnya nak apply dan sangat travel friendly. packaging dia sangat comel dan x leceh. mudah untuk dibawa ke mana2. harap2 ia betul2 berkesean utk tanggalkan blackhead degil yg ada dekat muka

    ReplyDelete
  7. Nampak best la produk Althea yang ni Airah. Akk beli dh. Tapi belum guna lagi. Nak tenyeh kat bintik hitam yang ada. Geram kadang tengok. Malas nk picit. Nanti tinggal kesan kan..

    ReplyDelete
  8. akk pun dah guna semua set abloom ni..best semuanya...lps pakai bersih je hidung kan

    ReplyDelete
  9. Kalau pakai bha blackhead ni memang bagus remove blackhead. Bila pakai nih blackhead memang kurang tau. Kulit muka jadi licin dan bersih je. Memanv puas hati lah pakai

    ReplyDelete
  10. Rawlins memang suka pakai nie. Rasanya sekarang memang amalkan 2 kali seminggu gosok kat hampir keseluruhan muka. Hehe. Alhamdulilah. Ada la kesannya.

    ReplyDelete
  11. yezzaaa.. TB suka BHa Black Head ni.. dah guna berkali2.. memang rasa puas hati.. kalau habis TB akan repeat order.. hehehe

    ReplyDelete
  12. barang-barang Althea ni banyak yang berkualiti dan bagus.. masih tak ramai yang tau.. ramai ingat mahal sebab direct dari Korea.. tapi sebenarnya sangatlah berpatutan.. akak suka blaster ni...senang nak guna..

    ReplyDelete
  13. Alamak.. Still belum try lagi la... But serious ramai yang cakap this product really works well... I should start trying to use it soon.

    ReplyDelete
  14. Minggu lepas akak try kat hidung suami akak..best katanya tak sakit dah kalau nak buang black head tak macam pakai twizer

    ReplyDelete
  15. Kulit ena normal tapi blackheads tu memang geram susah betol nak hilang. Haha.. memang tak selesa tengok depan cermin. Boleh lah ena cuba gpon comel boleh bawak travel. Biasa pakai yg cair tu leceh kan.

    ReplyDelete
  16. Memang Terbaik ! Mouse mommy pun dah re-order untuk Abloom BHA Blaster ni , memang sangat berkesan kat muka saya jugak! Gentle and works well! Love it!

    ReplyDelete
  17. Wah.. tgk dah ramai cite psl produk ni, bg yg ada masalah kulit mcm tu eloklaj cuba kann

    ReplyDelete
  18. waahh.. best produk mcm nie.. sy pun tgah usaha cari produk yg sesuai utk hilangkan blackhead..

    ReplyDelete