Raya 2019

Selamat Hari Raya! Alhamdulillah masih berkesempatan nak lalui Ramadhan dan raya tahun ni. Siapa yang masih beraya dan tak habis-habis pergi open house tu bestnya! I jealous dekat sini sebab I beraya sampai raya ke lima je tsktsk. Tapi tak apa bersyukur sebab nasib tahun ni lagi baik dari nasib tahun-tahun lepas.



Tahun ni berkesempatan nak beraya  dekat dengan family di Perak. Tahun-tahun lepas raya dekat JB je sebab Aiman kerja. Tahun ni dia minta cuti dan dapat memang best la dapat puasa dekat Perak dan raya sekali walaupun kejap.



Walaupun lima hari je beraya tapi jadual padat gila! Banyak rumah nak ziarah, banyak tempat nak pergi. Memang busy beraya sampai balik JB dah sakit demam, batuk dan suara serak. Tak pernah I sakit sampai macam ni sekali hahahahha raya punya pasal. Korang nak beraya jangan sampai jadi macam I okay. I sakit bukan sebab makan tak ingat dunia tapi busy kesana sini sampai lupa nak minum air cukup dan rehat cukup-cukup. Ni dah balik JB memang rehat je puas-puas.



Nasib la Ayhan tak jangkit sakit I. Ikutkan memang teruk la sampai tak ada suara dan batuk demam ni tapi dia relax je. Aiman pun sama sakit macam I. Sekarang dah kurang sikit harap tak ada la jangkit dekat budak kecik ni.



I nak share gambar raya je sebab rasanya juadah beraya tak sempat ambil gambar pun hahaha. Busy tangkap gambar family, ootd, selfie semua la.





Pagi Syawal pertama dekat rumah I. Siap semua hidangan  dan dah balik dari masjid terus sesi bermaafan.











Lepastu terus pergi rumah mertua I. Sesi bergambar satu family dan gerak pergi rumah opah pulak. Best rumah dekat-dekat ni tak ada nak kecoh beraya rumah siapa hahahha. Kalau pasangan yang duduk berlainan negeri lepastu tak nak kalah nak beraya dekat mana lagi la pening kan.



Sambung beraya ke rumah lain-lain sampai la dah penat nak beraya dah.








Raya kedua pula tema maroon. Raya kedua tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab busy beraya. Memang manfaatkan masa beraya dengan sembang dan makan.




Raya ketiga pula tunggu tetamu datang rumah. Raya keempat I sempat pergi kenduri tunang kawan I lepastu sambung beraya dekat Mykori Desert Cafe dan The Alley. Biasa la lepas dah dua tiga hari makan lemang rendang nasi impit, tekak rasa nak makan benda lain pulak. Next entry I share apa yang I dah try di Mykori dan The Alley okay.



Raya kelima I satu family pergi hantar anyah dengan ayang balik study dekat Penang dan Kedah. Kemain jem teruk orang nak balik menghala ke selatan masa tu. I otw balik tengah malam nak balik semula ke Perak pun jem teruk! Macam mana la orang yang hadap jem nak balik utara ke hujung selatan kan. Memang ahad raya kelima tu peak la semua orang balik. Nasib baik I balik JB hari isnin raya ke enam jem sikit-sikit je boleh tahan lagi. Apa pun sentiasa berhati-hati okay pergi beraya tu.



Selamat Hari Raya korang!










27 comments

  1. selamat hari raya.. comel baby :D

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Aidilfitri.
    Time raya la nak bergambar banyak-banyak kans...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aidilfitri juga.betul! time raya la baru boleh berkumpul semua

      Delete
  4. alahai baby comel tu tido je org tengah syok bergmbr hehehe

    ReplyDelete
  5. Raya ni bestnyer sebab dapat jumpa sanak saudara yang lama dah tak jumpa. Bermaaf-maafan pula kita di pagi raya. Tu la yang paling best tapi masa kecik2 suka sebab dapat duit raya. Dah besar ni kemeriahannyer biasa je la. Nak nak kedua orang tua dah takde....

    ReplyDelete
  6. Masih sempat lagikan kita nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin nanti buat lah open house boleh jemput kita hehehehehe nak makan rindu makan ketupat...

    ReplyDelete
  7. Nampak meriah sungguh sambutan raya airah sekeluarga. Sedondon semuanya berbaju turqoise di pagi syawal. Yer, sy masih lg hadir k rumah terbuka, tu pasal cerita raya x up2 lg. Hihi nanti sy ipdate cerita raya sy pulak naa

    ReplyDelete
  8. Gigih bergambar kan. Tapi gambar keluarga memang wajib la ye tak
    Rawlins pula busy melayan tetamu sampai tak sempat nak bergambar sakan. Lagipun tema baju Rawlins tahun nie ada #ThrowBack hahaha

    ReplyDelete
  9. Just realize we didnt take many photo this year alaaaaa. Raya yg sekejap, tapi dpt spend masa dgn org-org tersayang pun mmg dah rasa berharga sgt waktu tu kan.

    ReplyDelete
  10. Raya sakan ye. Selamat hari raya. Ada lagi berbaki 6 hari lagi bulan syawal kita ye. Tup tup cepat je masa berlalu

    ReplyDelete
  11. comelnya baby tu. tertidur dia masa orang ambil gambar.
    Cantik warna biru yang dipilih, sedondon

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya.. Tahun ni bertiga yea.. mesti best kan.. heheheh..

    ReplyDelete
  13. Wahh selamat hari raya aidilfitri airah.. Wawa dr raya pertama sampailah skrg xdan nk snap gmbr sbb xsempat langsung...kene serbu dgn sedare mara je... Huhu.. Baju raya pun xpakai lagi

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya! eh betullah, raya tahun ni tak sempat nak wish lagi. bergambar pun kurang. best dapat beraya dan bergmbar sebab itulah kenangan kita semua kan!

    ReplyDelete
  15. wahhh tahun ni airah raya dengan baby! Meriah tema raya airah tahun ni ea. Belah utagha memang jam teruk airah, haritu balik pun dah lenguh kaki. Nasib la lepas sikit dari terowong menora tu dah lengang sikit

    ReplyDelete
  16. wah untung lah kahwin dengan orang dekat2 jer, satu hari raya dapat beraya dua2 belah rumah.. huda org johor kawen dgn org teganu, memang kena buat jadual beraya.. tahun ni tak beraya johor pun.. tunggu raya haji nanti lah baru balik johor

    ReplyDelete
  17. wah team biru haha kami masih team purple cam tahun lps haha x tuka kaler adoi! btw awk manis orgnya :) slm perkenalan and selamat hari raya!!

    ReplyDelete
  18. sedondon warna semuanyaaa lawa hehehe. raya kedua pun sedondon perghh terbaik hehe. selamat hari raya! maaf zahir batin airah :)

    jemput join segmen blog saya http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html. end 4 july :)

    ReplyDelete