Persediaan Berpantang : Disposable Ladies Panties

I nak kongsi salah satu benda yang memudahkan korang lepas bersalin. Eh tak.  Tak pasti memudahkan korang ke tak yang pastinya memudahkan I hahaha. Nak bersalin anak pertama ni memang nervous sangat. I baca banyak benda dengan harapan I bersedia mental dan fizikal. Memang la membaca tu boleh tambahkan ilmu tapi bila dah lalui sendiri baru tahu macam-macam benda yang kena belajar dari pengalaman sendiri juga tak sama dengan pengalaman orang lain.



Salah satu benda yang I baca dari pengalaman orang lain adalah menggunakan Disposable Ladies Panties lepas bersalin. Apa itu disposable ladies panties? Seluar dalam pakai buang sangat yang memudahkan. I baca pengalaman orang lain, kalau seluar dalam terkena darah nifas ke apa kan memang tak ada masa la nak cuci, lepastu seluar dalam pun dah kotor tidak seperti dahulu lagi. Bila ada disposable punya ni senang la. Dah guna boleh buang je tanpa risau lagi.



Disposable Panties jenis cotton




I beli dua jenis dekat Guardian tak silap. Satu tekstur dia macam kain sikit dan satu lagi jenis macam fabric tak serap peluh. Untuk harga tak silap I la RM10 je kot sepaket. Satu paket ada lima. Lepastu ada empat saiz iaitu S, M, L FW. I beli yang FW. Yang paling besar. I beli yang paling besar sebab risau yang lain-lain tu tak muat hahaha. Lepastu senang sikit nak masukkan kaki bila saiz besar ni. Trauma tahu tak kalau nak kangkang sikit ke apa. Kena kepit je.



I tak perasan packaging dia ada tulis perbezaan antara dua jenis yang I beli ni atau tak tapi I lagi selesa yang seluar dalam warna peach berbanding jenis warna putih yang tak serap peluh. Kain untuk warna peach lebih lembut dan semestinya serap peluh berbanding yang warna putih, kasar sikit dan kurang memeri bila tarik.



Disposable panties jenis cotton


Disposable Panties jenis non woven cotton




Kalau nak suruh I recommend, beli la yang warna peach okay. I beli dua bungkus je sebab senang dekat hospital boleh terus buang. Lepastu kalau korang pakai krim apa-apa terutamanya krim untuk bengkung, I punya jenis tinggalkan kesan warna kuning jadi bila pakai yang pakai buang macam ni selamat la seluar dalam dari meninggalkan kesan kuning.



Okay  I dah tahu dah jenis dia. Yang selesa adaah fabric cotton, warna peach. Yang kurang selesa bagi I, warna putih adalah jenis non woven cotton. Kalau nak beli nanti dekat packaging dia ada tulis dibahagian belakang. Boleh la cuba mana yang selesa bagi korang okay.


Dekat belakang packaging ada tulis size dan material.


Non woven panties


Non woven panties


Cotton panties.


Dalam setiap paket ada indvidual pack macam dalam gambar di atas. Senang nak bawa ke toilet. Kalau nak travel, nak kurangkan berat lugage pun boleh guna juga kan. Pengalaman I guna dua-dua jenis ni okay je. Selesa cuma cotton lagi selesa dari non woven cotton. Tak ada kesan iritasi, ruam atau apa pun masa I pakai. 





12 comments

  1. menarikniii kalau pakai buang je terus untuk travel la senang jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu kte pun ada simpan untuk travel senang

      Delete
  2. pernah beli and guna masa gi camping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus jugak kan kte dulu time camping tak terfikir pun nak guna hahaha

      Delete
  3. Yes, ini sangat berguna untuk ibu-ibu lepas bersalin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang tak payah susah sangat nak cuci kan kalau kena darah

      Delete
  4. Masa anak pertama dulu serius tak terfikir. Tapi masa bersalinkan anak no dua dah dapat tips ni. Memang berbaloi sebab tak banyak kerja. Buang je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kte pun banyak membaca nak cari jalan bagi senang kerja tak susah payah masa pantang

      Delete
  5. watching online movies has been my past time this month, i really enjoy it` medical supplies colostomy bags

    ReplyDelete
  6. Nice article. It does shed some light on the issue. By the for those interested in binary options can get an exclusive binary options bonus. women\'s cargo jacket

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hi kalau saya tak cuci. bungkus elok-elok dan buang.sama juga macam pad yang ada isu perlu cuci atau tak.

      Delete