Review Petitfee Gold & Snail Hydrogel Eye Patch

Sejak dah upgrade dari isteri ke ibu, eyebag dan dark circle I pun sama upgrade sekali -.- Bertambah-tambah dark circle. Bangun pagi tu tak sah kalau tak ada eyebag hahaha. Masa pregnant memang I tak ada masalah tidur. Kadang-kadang jela I susah nak tidur malam. Biasanya over tidur ada laa.Tapi sejak dah ada baby kemain setiap dua jam kena bangun bagi susu, kadang tu sejam sekali bangun. Memang penat tapi I okay je kot.



Yang tak okaynya mata I rabak. Bila nak tangkap gambar memang teserlah dark circle! Eyebag dan puffy eye tu bila dah lama bangun dan siap mandi, slow-slow dia hilang. Dark circle memang setia disituuu.





Dekat entry Xmas Shopping I ada update I beli eye patch. Bukan beli satu tapi beli dua terus. I beli . Petitfee Gold & Snail Hydrogel Eye Patch dan Petitfee Ruby & Bulgarian Eye Patch. I baru guna yang Gold and Snail tu jadi harini I nak kongsi review guna satu dulu la. I start guna masa awal pantang haritu. Sangat berguna! Now dah nak habis dah. Satu bekas eyepatch ni ada 60 pieces. I guna dua pieces la setiap hari dah ada dua mata hahaha. Kadang lepas mandi pagi I pakai, lepas mandi malam pun I pakai lagi. Tapi wajib pakai sekali setiap hari!



Melalui pembacaan I, eye patch ni dibuat menggunakan serbuk emas, membantu untuk memperbaharui dan purify kulit di bahagian mata jadi kawasan bawah mata lebih cerah. Selain itu ada snail extract membantu untuk melembapkan mata dan mengurangkan puffy. 



Bahan lain : Water, glycerin, calcium chloride, chondrus crispus powder, methylpropanediol, ceratonia siliqua gum, xanthan gum, hydroxyethylcellulose, peg-60 hydrogenated castor oil, panax ginseng root extract, swiftlet nest extract, aloe barbadensis leaf extract, sodium hyaluronate, betaine, rosa centifolia floer water, hydrolyzed collagen gold (1 ppm), alcohol, synthetic fluorphlogopite, titanium dioxide, cl 77491, scutellaria baicalensis root extract, camellia sinensis leaf extract, houttuynia cordata extract, artemisia vulgaris extract, citrus junos fruit extract, 1,2 - hexanediol, caprylyl glycol, citrus grandis (grapefruit) seed extract, bambusa textilis stem extract, pinus palustris leaf extract, ethyl hexandiol, disodium edta, mineral oil, methylparaben, chlorphenesin, phenoxyethanol, fragrance






Cara I guna, lepas mandi, spray toner I, lepastu letak eye patch ni. Lepas pakai eyepatch baru teruskan dengan moisturizer dan lain-lain. Kadang-kadang I sapu moisturizer, serum dan lain-lain dulu baru letak eye patch. 



Bau dia pula tak ada la wangi sangat tapi ada bau yang okay untuk hidung I. Bila dah pakai tak ada bau apa-apa pun. Tekstur dia pulak macam gel. Dia bukan jenis krim ke apa okay. Eye patch yang kenyal macam gel. Kalau sebelum pakai, letak dalam peti dulu, rasa sejuk je!



So far, dah nak habis I pakai dalam pantang ni, membantu sangat mengurangkan dark circle, melembapkan kawasan bawah mata dan membantu bagi mata I nampak lebih segar. Tak ada la mata nampak penat. Cuma kalau nak hilangkan terus dark circle tu memang tak dapat la. Setiap hari tidur tak cukup, selang dua jam berjaga, waktu tidur pun tak menentu. Kena usaha lebih sikit la kalau nak hilangkan. 



Kalau korang student memang sesuai la pakai eyepatch ni. Berjaga nak study kan. Lagipun ada waktu-waktu tertentu je berjaga, bukan berterusan macam I. Adik I pun rajin nak mencuba eye patch ni. I memang akan cari eye patch, eye mask, eye krim supaya dark circle tak makin teruk. Lepasni makin banyak la review produk berkaitan mata dalam blog I hahaha.



Kalau korang berminat nak beli boleh tekan LINK SINI. Kalau nak 20% off pulak untuk pembelian pertama boleh guna LINK I dekat SINI.



17 comments

  1. Takde ke testimonial atau gambar sebelum dan selepas pemakaian eyepatch ni? Saya pun sentiasa berjaga malam sebab ada baby.muka nampak kusam sangat bila bawah mata ni hitam

    ReplyDelete
  2. Macan menarik produk ni. Cam dapat relaks kan mata kita. Ingat nak belikan untuk anak lelaki. Kebetulan dia jenis suka berjaga malam

    ReplyDelete
  3. Snail tu dari lendir siput ke sebab bahan2 semua tak berapa familiar. Kalau ada unsur buah buahan atau bunga rose saya suka bau dia.

    ReplyDelete
  4. macam menarik produk ni. selalu jugak tidur lewat sampaikan dkt mata ni penuh dark circle. bolehlah cuba. terima kasih atas perkongsian produk ini ya ;)

    ReplyDelete
  5. Eye patch first time pulak dengar. Yelah biasa buat mask pon kat muka jer. Lupa pulak nak moisture mata. Selalu online pon penat mata kan. Kalau tak mahal boleh cuba.

    ReplyDelete
  6. snail tu bukan siput ke? fuh first time tengok produk begini. biasa dengar kolegen, gold, bird nest je. dah lama BBL tak praktise kerja manjakan muka ni. 60 pcs cukup la untuk 2 bulan kalu pakai 2 hari sekali kan. boleh je kan beli online nie?

    ReplyDelete
  7. I baru beli jugak yang Ruby tu. But i think its a 2 different brand la Airah. Yang Ruby ni brand KOELF, not Petitfee. Kan? Sebab masa nak beli tu i perasan jugak difference 2 ni. Nanti dah try, i pulak nak buat review :p

    ReplyDelete
  8. Wah...this looks so good. Saya pun nak try produk ini.

    ReplyDelete
  9. Kena cari ni untuk masalah eyebag. maklumla kita nikerja malam, x cukup tidur. so nk dapat eyebag memang sangat senang. huhu

    ReplyDelete
  10. Ahh lepas dah jadi mak mmg tak puas tidur. Nasib baik tak kerja, Boleh curi2 tidur di siang hari. Bole cuba la mask ni mana tau mata segar, kedutan tiada, eyebag pon hilang.

    ReplyDelete
  11. kita ada yang petitfee ruby & bulgarian rose tu. besttt, dengan laki kita sekali join pakai sekaki heheh. Nak lagi best letak dalam chiller. Syok je bila pakai bawah mata.

    ReplyDelete
  12. nad pakai yang ruby tu..memnag best tau..mata panda pun dah kurang..barang althea memang semua best.hehee

    ReplyDelete
  13. Sis ada jugak eye patch tapi jenama lain le..memang selalu pakai sebab eyebeg sis teruk jugak. Cuma sampai skrg still eyebeg ada lagi..huhuhu. Bolehlah sis cuba yg ni pulak

    ReplyDelete
  14. Samalah kita, upgrade jadi mak, dark circle pun tumpang upgrade. menariknya eye patch ni.

    ReplyDelete
  15. I have not try this brand yet but their product Petitfee Gold & Snail Hydrogel Eye Patch dan Petitfee Ruby & Bulgarian Eye Patch look good for my skin thou.

    ReplyDelete
  16. Eyebag tu mcm mimpi ngeri kan. Kalau ada tu mcm mata panda dah. Lagi2 dh ad anak susah la nk tido. Bagus la produk ni boleh hilangkan eyebag. Lelaki pun ad masalah sama. hehehe

    ReplyDelete