6 Sebab Kenapa Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLXAlthea Jadi Pilihan




1. Pigmented
Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLXAlthea ni sangat pigmented. Sekali calit pada jari je dah boleh dapat warna yang pop. Tak payah nak tenyeh kuat-kuat nak bagi warna dia keluar. Bagi I, palette ni memang sesuai sangat untuk beginner macam I. Beginner kan biasa tak tau macam mana nak bagi warna eyeshadow nampak jelas pada mata tapi dengan palette ni tak perlu risau warna dia sekali pakai pada kelopak mata dah nampak dah. Walaupun dia pigmented, tak perlu risau kalau nak buat simple or soft makeup. Boleh je blend dan build untuk makeup look pilihan.






2. Warna 
Warna untuk palette ni bukan sahaja cantik malah sesuai dengan nama dia ‘Sunrise and Moonrise’. Warna yang ada sesuai kalau nak buat makeup look malam atau siang. Nak buat makeup simple atau over macam pergi red carpet pun boleh. Semua warna sesuai digunakan sebab I dah cuba semua warna dia. Ada 8 warna campuran shimmer, matte dan glitter. I ada buat beberapa makeup look guna eyeshadow palette ni tapi tak sempat nak tangkap gambar closeup. Jadi bawah ni I sertakan beberapa makeup look menggunakan palette Althea.








3. Cermin
Dalam palette ni dah siap attach sekali cermin. Eyeshadow I sebelum ni memang tak ada cermin. Susah kalau pergi travel ke nak touchup makeup ke tapi kita dah bawak palette ni sebab boleh je guna cermin yang ada. 





4. Kecil
Bentuk palette ni tak besar, nipis dan sesuai kalau nak selit dalam handbag. Tak makan ruang yang banyak. Sangat travel friendly bagi I. 



5. Harga berbaloi
Percaya tak kalau I cakap harga palette ni hanya RM140. Bagi I harga dia murah untuk palette yang mempunyai 8 warna berbeza, pigmented dan sesuai untuk beginner. Kalau korang beli confirm jatuh hati. Boleh beli dekat sini : Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLXAlthea



6. Kolaborasi 
Palette ni adalah kolaborasi antara Bunga Citra Lestari dan Althea. Peminat BCL memang tak patut la lepaskan peluang untuk memiliki eyeshadow palette ni. Siapa tak kenal dengan BCL. Penyanyi dan pelakon serta turut dikenali sebagai ikon fesyen. I dah lama minat BCL jadi I dah dapatkan palette ni korang bila lagi hahaha.





Sebelum ni I dah pernah guna beberapa eyeshadow palette seperti Tarte, Morphe, Maybelline dan lain-lain. Sekarang favourite I yang selalu guna dan selalu bawa pergi mana-mana, Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLXAlthea ni la. Nak blend senang, nak bersiap pun cepat je. Kalau korang pun nak dapatkan palette n boleh guna code I dekat SINI untuk dapat 20% off. 




4 comments

  1. Dah lama tak ber eye shadow. Tak rajin nak duduk depan cermin lama2. hehe Tapi color dia cantikkkk. Ada matte shimmer okay la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah pun sejak akhir-akhir ni rasa rajin nak makeup

      Delete
  2. Replies
    1. Aha warna dia memang cantik sangat senang nak mix

      Delete