I nak sambung entry Cameron Highland haritu. Entry lepas I dah share review salah satu homestay yang korang boleh cuba kalau nak bermalam di Cameron Highland, I Color Home & Stay. I suka homestay ni asalkan selesa, cantik dan berfungsi dengan baik. Entry kali ni pula I nak share aktiviti kiteorang di Cameron Highland.
Bilik homestay yang selesa
Rancang macam-macam tempat nak pergi. Cameron Highland ada pelbagai tarikan yang best. Ada yang baru ada yang lama pun I rasa nak pergi lagi tapi disebabkan bercuti masa cuti umum, tak banyak tempat la boleh pergi. Dengan jem, tempat tarikan penuh, tak ada parking. I nasihatkan kalau korang nak bercuti di Cameron Highland elakkan cuti umum. Hari biasa lebih tenang. I pun baru pertama kali datang masa cuti umum ni. Biasanya datang weekdays je ataupun hari jumaat.
Lepas settle checkin homestay, unpack barang semua ready nak buat bbq. Kali ni tak pergi bbq steamboat dekat luar. Buat dekat homestay je sebab sebelum ni dah banyak kali bbq and steamboat dekat restoran luar. Kalau korang nak cuba bbq di Cameron Highland, I suggest pergi Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat and Grill, puas hati. Semua dah lapar lepastu suasana sejuk memang seronok la bbq dekat rumah je. Antara menu bbq, daging, kambing, sosej, udang dan untuk steamboat, bebola dan isi ketam.
Lepas dah kenyang, lewat petang tu siap-siap nak pergi pasar malam. Sampai je pasar malam Golden Hills tu jem teruk. Dengan bas, kereta, motor, lori semua ada sesak-sesak dekat situ. Kalau boleh korang nak pergi pasar malam jangan lewat sangat. I rasa pukul 5 ke 6 petang macam tu dah sesuai dah. I pergi nak dekat maghrib kemain berhimpit nak cuci mata pun tak senang. Dah la parking jauh. Dekat pasar malam ni la sesuai nak borong strawberry. Banyak juga I beli strawberry. Harga pelbagai jadi memang kena survey semua yang jual strawberry kalau nak cari paling murah.
Lepas balik dari pasar malam, sambung buat bbq, makan-makan strawberry dan ice cream strawberry sambil layan movie. Malam I rasa tak ada aktiviti sangat nak dibuat di Cameron Highland ni. Esok pagi kena bangun awal pagi siap-siap nak jalan.
Tanaman sayuran MARDI
Ladang teh MARDI
Tempat pertama, MARDI. Apa yang paling best di Mardi ni Isuka ice cream strawberry dia. Kalau pergi Cameron confirm singgah Mardi nak beli ice cream ni. Lepastu pertama kali juga la cuba scones dan set teh strawberry dekat sini. I memang dari awal nak try scones tapi dekat tempat lain tapi tak sempat nak pergi sebab jem jadi try scones dekat MARDI ni pun boleh tahan sedap sampai balik JB teringat-ingat lagi. Dah siap ajak Aiman plan next trip Cameron Highland sebab I nak scones! Tiket untuk masuk MARDI ni RM5 je tak silap I.
Ice cream and scones
Dekat MARDI ni pelbagai tanaman dan bunga korang boleh tengok. Ada ladang teh jugak. I sempat la beli dua kaktus dan satu dah mati bila I jaga dekat JB ni. Masalah betul kaktus pun tak reti nak jaga tsktsk. Next stop pergi lunch di Nasi Lemak Abang Strawberry. Dekat sini tak ada gambar sebab lupa nak tangkap. Tapi boleh baca entry I yang lepas di SINI, dan boleh tengok gambar dekat situ. Memang cantik dekorasi kedai dia, sesuai nak tangkap gambar. Sempat la beli sambal ikan masin strawberry dan cordial dia dekat sini.
Itu je kot tempat yang sempat singgah sebab jem sangat malas nak singgah tempat lain nanti dah malam baru turun dari Cameron tu. Memang malam jugak la baru sampai bawah. Memang relax je trip kali ni. Next Cameron Highland I rasa nak repeat semua tempat yang dah pergi sebab rasa macam dah lama je tak masuk semula hahaha. Lepastu ada tarikan terbaru lagi ada kambing la, anggur la semua tak sempat pergi lagi.
Perghhh sejuk2 makan kambing grill ke sedapnyaaaa.
ReplyDeleteMemang fav kalau pergi tempat sejuk kena bbq juga sebab fefeeling tu haha
Deletelamanyaaaaa tak gi cameron,dekat 5 tahun dah rasanya sejak kawin...padahal dekat je ngan rumah kuala lipis
ReplyDeleteJum la kaksue pergi lagi. Airah tak pernah bosan hahaha
DeleteCameron memang best kalau pergi dapat rasai cuaca yang agar sejuk. hehe. Jika pergi bukan masa cuti sekolah lagi best . hehe
ReplyDeleteBetul tu kena pilih tarikh yang sesuai semestinya bukan cuti sekolah
Deletekali terakhir kami ke cameron is last year kot, bulan 12 gitu. memang layan habislah, dah lama tak ke sana time tu
ReplyDeleteBoleh la plan next trip makan strawberry
DeleteRasanya dah bertahun-tahun tak pergi Cameron Highlands. Bila tengok entri ni teringin pula nak pergi balik. Bukan apa tak sanggup nak lalui jalan berliku tu hihi...
ReplyDeletehahaha Dulu masa kecik-kecik loya jugak la sekarang dah okay je
Deleterindunya nak ke cameron ! TAC tu memang recommended sangat. beli tak serunding strawberry? Signature cameron highland tu. kambing kat TAC memang best sangat. last time mek pergi, memang tidur kat apartment golden hill so turun pasar malam jalan kaki aje la.
ReplyDeleteMother in law beli. Sedap gila serunding dia hahaha rasa nak naik lagi beli serunding jugak
Deletebestnya.... Dah lama tak bercuti kat Cameron Highland. Suka pi ssna, sejukkkkk tapi part jammed tu payah bawak bincang. Cuti sekolah lagi haru! huhuuuu
ReplyDeleteKalau panas memang ke cameron la melegakan kepala hahaha. Patut elak masa cuti am
DeleteTgh plan nk p cameron hujung thun nie..ok, da tahu tmpt mna nk dtuju nnt. Thanks sharing..
ReplyDeleteWah seronoknya bercuti
DeleteMemang best datang ke Cameron Highlands ni. Pergi la berapa kali pun. Tak jemu-jemu. Yang bestnya nak rasa cuaca sejuk tu. Walaupun tak la sejuk sangat dah sekarang. Hehe. Thanks share tempat menarik di sana. Paling suka makan scones dan ice cream tu. Wuuu bestnya
ReplyDeleteLamanya tak pergi Cameron Highland. Rindu la pulak. Eeeeeee rindunya nak makan aiskrim strawberi sedap tuuu
ReplyDeleteseronoknya ..kita dah lama x datang cameron..mesti ada banyak tembat baru dan menarik...tengok baby tu syok jer berblut hahahah...nanti nak ajak husband datang sini lagilah huhu
ReplyDeletepercaya dak,kami sekeluarga tak pernah sampai lagi Cameron, padahal dok Temerloh je.haha.moga ada rezeki satu hari nanti boleh pi holiday kt Cameron tuh.
ReplyDeleteDah berbelas tahun tak pergi ke Cameron Highlands... last 5 years pun just pergi kat area Bukit Tinggi... menarik sungguh tengok pemandangan dan makanan yang cantik dan yummylicious di sana tu... thanks for the tips and info yaa...
ReplyDeleteperghhhh jadi teringin nak naik cameron lagi. lama dah tak datang sana. kalau ke sana memang tak sah kalau x cuba menu2 yg berkonsepkan strawberry. makan sejuk2 bestnya
ReplyDeleteBestnya selalu pergi. Ena tak pernah lagi pegi huhu.. At least boleh la tahu tempat apa best nanti ada rezeki boleh pegi
ReplyDeleteBestnya dapat ke Cameron.. org kata tukar angin sesekali mmg seronok. Dpatpulak duduk homestay yg best dn makan best2..aduhhh jelesnya kita..:)
ReplyDeleterindu nak pergi cameron lagi..bestnya...tempat sejuk ni best pergi..nak makan strawberry semua..bgus juga homestay dia..siap buat bbq dekat situ...sennag
ReplyDeleteRindu pula nak ke Cameron Highlands lagi. Lama tak gi. Scones tu nampak sedap betul nanti boleh try. Nanti gi jalan-jalan buatlah entri lagi. Seronok baca .
ReplyDeleteDah lama jugak saya tak pergi cameron highland. Bolehlah ke sini untuk cuti akhir tahun ni bolehlah bwk family ke situ.
ReplyDeletesedapnya BBQ kambing tu. dah lama teringink nak berjalan ke cameron highland. last datang time lawatan sekolah menengah awal tahun 2000 gitu.
ReplyDelete