BeauTyra Pixie Dust




'In life, all you nedd is faith, trust and a little bit of pixie dust! Highlight the desired areas on your face with just a little bit of our pixie dust and experienced the magic!' - Beautyra Pixie Dust



Siapa je yang tak pernah tengok produk dari Beautyra ni lalu dekat timeline Twitter kan? I salah seorang yang excited bila Beautyra nak launch highlighter diaorang. Masa produk ni belum launch lagi, Beautyra pun belum expose apa produk terbaru diaorang tiba-tiba ada orang lain pulak expose gambar Beautyra Pixie Dust ni. I antara salah sorang yang sempat tengok awal gambar tu dan siap save sebab nak beli!








Jatuh hati dengan design dekat packaging dia. Comel and so fairy. I bukan selalu beli makeup pun walaupun wishlist kemain panjang tapi simpan je wishlist tu. Bila Beautyra keluarkan highlighter terus rasa nak beli. Walaupun I suka juga tengok lip cream dan blusher diaorang tapi tak apa beli yang tak ada dulu.



Harga untuk highlighter ni RM45 tak silap I untuk 7g. Boleh tahan mahal bagi I tapi sebab cantik kita beli je la. Packaging dia jenis kotak, bukan  plastic atau kaca jadi macam selamat sikit la jatuh tak pecah bekas dia tapi tak jamin highlighter tak pecah. Bahagian dalam ada cermin jadi senang bila nak pakai. Bawa dalam handbag pun boleh sebab bekas kecil siap cermin boleh guna bila-bila masa je tapi I tak ada la nak bawak highlighter dalam handbag hahah. Biasa bb cushion dan lipstick je untuk touch up semula.





Tak silap highlighter ni ada satu code je, Fairy Ever After BH01. Warna dia gold tapi bila I pakai tak ada la warna dia pop sangat. Kena pandai nak ambil banyak mana ikut kesesuaian makeup korang. Setakat ni I pakai memang best sebab boleh nampak natural glowing je ataupun nak nampak pop pun senang je. Layerkan lebih sikit. Warna dia boleh tahan pigmented. Guna jari pun senang je produk nak lekat dan guna brush pun okay je. 



Kalau nak tengok contoh highlighter ni di muka I boleh check gambar di bawah okay. I tak ada masalah nak pakai highlighter ni since I pun beginner dalam makeup tapi nak pakai highlighter ni senang je. Kesan iritasi atau merah-merah pun tak ada jadi semua bahan yang digunakan sesuai dengan kulit I.








12 comments

  1. wah cantiknya sis!! sya ada jugak dekat rumah beautyra pixie dust ni! tapi bukan sya punyaa..kakak punya hahah (bf bagii)tapi tak reti guna pun highlighter ni hahah

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa mekap !! kalo akak da kelaut da. hehe tepek bedak pun comot.
    btw bila baca Pixie Dust teringat Tinker Bell citer Peter Pan hehe..

    ReplyDelete
  3. wahhhh..cantik makeup die..
    salam singgah

    ReplyDelete
  4. cantiknya weih ! kena try jugak nampaknya. sekarang highlighter ni dah jadi satu kemestian nk bagi makeup makin glow.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tahu pasal jenama ni. Mungkin kak nina ni style makmak. Kursng uptodate dengan produk baru.
    Tapi suka laaa packaging dia cantik comel. Ada cermin tu yang penting tuu kannn...

    ReplyDelete
  6. Highlighter ni nampak cantik tetapi namanya tu sebutannga macam .... hihi... apa pun cantik.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing I am sure this will benefit a lot of women. :)

    ReplyDelete
  8. Orang perempuan suka lah ada alat makeup yang macam ni eksesori tambahan kat depan cermin hehehe kalau orang laki beli lagi mereka suka kan wakakaka...

    ReplyDelete
  9. Beautyra - first time dengar. So nice and comel lah design and packaging dia. Kaknie ni tak pandai sangat mekap hehe so agak noob sikit kalau nak komen pasal mekap. Yang penting hasilnya memang cantik!

    ReplyDelete
  10. Masa first tyra launch highlight dia mmg nak sangat beli sebab cantik and lepas tgk review bagus lagi terasa nak beli tp bila tengok balik makeup drawer ya ampun dah ada banyak highlights haha nanti beli lagi mesti suami marah haha

    ReplyDelete
  11. Heard about this too! Pigmentations dia nice sbb tak silap kilang sama dengan product Dato CT kan. Jadi mmg kualiti mekap dia pun baik orang kata too!

    ReplyDelete
  12. wah cantiknya sis! make up pun bagus ni, boleh cuba nanti

    ReplyDelete