Current Favourite Sunscreen, Cetaphil


Sejak I tahu betapa pentingnya penggunaan sunscreen ni, memang kalau boleh keluar rumah I akan pakai. Kadang tu bukan tak nak pakai tapi tak sempat. Lupa pun ye jugak, terus pakai makeup je. Berdasarkan skincancer.org, sunscreen membantu mengurangkan risiko kanser kulit. Sekarang kan kemain panas sangat matahari. Bayangkan kalau terdedah lama bawah matahari memang lebih berisiko la. Sunscreen juga membantu mengelakkan premature skin aging seperti kedutan, bintik hitam dan lain-lain. 



I ada tengok gambar perbandingan kulit orang yang pakai sunscreen dan yang tak pakai sunscreen. Memang berbeza sangat la. Korang boleh try goggle tengok gambar tu okay. I tak nak nampak tua sebelum usia jadi lebih baik la start pakai sunscreen dari sekarang. 



I pernah guna Sunplay Watery Cool punya sunscreen, Biore punya pun pernah try, Althea Petal Velvet Sunaway I dah try dua botol dan sekarang I guna Cetaphil UVA/UVB Defense sunscreen.


















Kotak dan packaging seperti gambar di atas. Isi sunscreen ni 50ml je jadi tiub dia tak ada la besar mana. Sesuai lagi nak bawa dalam handbag tanpa ambil space yang banyak. Harga dia pula boleh tahan mahal bagi I. I tengok di drugstore lebih kurang RM90++ macam tu. Di online pula RM70++. I survey harga sebab rasa macam nak repurchased lagi tapi emmm kena tengok duit dulu hahaha.



Tekstur dia creamy. Bukan jenis watery cecair ke apa. Senang je nak ratakan pada kulit tapi agak melekit. Bagi I tak ada masalah rasa melekit tu tapi kalau korang jenis tak selesa produk melekit lebih baik tak payah cuba sunscreen ni sebab rimas juga melekit dia tu. I suka finishing dia je buat muka nampak glowing bila pakai. Pakai sunscreen tu je dah boleh perasan acah glass skin hahaha. No white cast and bila I layerkan foundation atau bb cushion atas dia, semua okay je.








Boleh tengok bahan-bahan sunscreen ni di atas. Boleh try google juga tengok bahan mana yang boleh triggered kulit korang. So far I pakai tak ada kesan apa pun yang buat kulit I naik ruam ke apa. Semua okay. Bau dia pula ada bau wangi yang soft je. Setakat ni I pakai tak ada mengganggu.



I pakai sunscreen ni I tak ada sukat guna dua jari ke apa. I Rasa sunscreen tu dah cukup then done. Tapi lebih baik sebelum pakai tu sukat dulu jumlah sunscreen tu sebanyak dua atau tiga jari. Pengalaman I pakai tak ada rasa kulit pedih dan kulit terbakar bila berjemur bawah matahari. Rasanya sunscreen ni berfungsi dengan baik sebab I tak ada berbelak bila pakai tudung. Tona kulit sama je.






Tak buat kulit I rasa kering. Rasa juga la melembap sebab dia jenis creamy lepastu melekit. I personally suka sunscreen ni sebab dia buat nampak glowing je. Harga memang dah over sangat bagi I. Kalau Aiman belanja I akan repurchased. Kalau kena beli sendiri, no. I try sunscreen lain hahahaa. Sekarang ni I ada stok sunscreen Sunplay. Nanti I buat review juga okay. 



Apa-apa pun depends on your skin okay. Kena test juga mungkin bagi I melekit tapi bagi kulit korang okay je.





23 comments

  1. dulu pernah terfikir nak try sunscreen cetaphil.. tapi tekstur dia jenis creamy takut tak selesa pula kalau rasa lekit2 dekat muka.. anyway, thanks for review ni.. membantu sangat2!

    ReplyDelete
  2. Mamcam ain, i guna yg wardah punya. Murah pu ye jugak, so kalau sukat guna 2 jari pun tak rasa bersalah hahahah. Best pun best. dah pakai almost 3 months and mmg bestt

    ReplyDelete
  3. kalau keluar rumah xpakai sunscreen rasa macam puteri lilin pula sebab xnak kena panas..hehe

    ReplyDelete
  4. Brands cetaphil ni memang bagus untuk kulit sebab dia gentle and no harsh ingredients.

    ReplyDelete
  5. Om pun tengah cari sunscreen baru, tq for the info.

    ReplyDelete
  6. Biasa terus tepek foundation sahaja. Tak pernah cuba sunscreen. Memang mengharapkan spf daripada foundation semata mata. THankyou ye share pengalaman.

    ReplyDelete
  7. alaaa harga dia tu.. rm70/rm90 untuk 50ml.. terkejut sat.. baru ingat nak try beli.. huhu.. tapi kena test dulu sebab kulit TB ni sensitif.. kalau serasi TB capai duir bayar je.. sebab memang tengah cari krim ni..

    ReplyDelete
  8. Mmmm, sunscreen from Cetaphil. I am quite choosy with sunscreen - due to the texture as many comes in form of too creamm & sticky that makes me feels uncomfortable after using it. Will try this out since you recommended.

    ReplyDelete
  9. Tekstur creamy,so pakai sikit pun okay kot utk coverage.jimat la tahan lama berkadaran dgn hrga.hehe..

    ReplyDelete
  10. Satu lagi produk kosmetik dan kecantikan untuk pengguna. Baguslah sbb beri lebih pilihan.
    Bagi Mat Drat, kalau product tu berkualiti dan harga berpatutan pasti akan ramai menggunakannya

    ReplyDelete
  11. Xpernah try lagi cetaphil ni.. Tpi byk review ckp bgus kan.. Rugi x angkut masa kt aus hari tu sbb kt sana murah product ni

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi pakai sunscreen. nampak gaya saya kena baca and ambik tahu pasal sunscreen ni sebab melibatkan kanser kulit. terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  13. Tak pernh guna lagi produk cetaphil ni..ramai cakap bagus..memng keluar rumah nad pun kena pakai sunscreen..nanti boleh cari nak cuba

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing ! My favorite brand will be Mary Kay! :) you can try that in future.

    ReplyDelete
  15. Samalah dulu kalau keluar berjalan tak ada pun pakai sunscreen pun tapi sejak ada kesedaran betapa pentingnya sunscreen ni memang pergi mana mana tak lupa apply kat muka

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi guna produk cetaphil ni. Tapi ramai yang guna. Boleh la try nanti

    ReplyDelete
  17. Dulu Julia pun x pakai sunscreen, Lepas kena brain wash pasal UV, skrg keluar rumah x penah x letak sunscreen huhu

    ReplyDelete
  18. Yaya ada favourite sunscreen sendiri. Tapi nampak menarik juga sunscreen dari cetaphil ni. Nak try la nanti cari kat watsons atau guardian

    ReplyDelete
  19. Tengah mncari sunscreen yg sesuai ngn kulit muka nad nie..lpas baca review nie, da boleh la cri sunscreen cetaphill pnya brand..thanks for the review

    ReplyDelete
  20. Wahhh cetaphil dah ada sunscreen ke.. Wawa xpernah lagi guna brand ni tapi ramai kata best... bolehlah nak try nanti..

    ReplyDelete
  21. ok juga tu, kadang sunscreen ni jadi kulit kita cam tepung gomak, itu yang kena hati2 memilih

    ReplyDelete
  22. Ow cetaphil juga ada sunscreen.. saya skrg ni guna yg youth punya.

    ReplyDelete
  23. i mmg pengguna jenama ni..tapi bodywash jer...tapi tak pernah lagi try sunscreen dia..nampak menarik..nanti bolehlah beli dan cuba

    ReplyDelete