Hada Labo Premium Whitening Lotion Review




Hada Labo Premium Whitening Lotion. Dah dua bulan juga la I guna lotion ni. Kalau tak tahu lotion atau toner lebih kurang sama je. Cuma yang I perasan lotion lebih pekat sikit dari toner. Jadi step nak pakai dia, cuci muka dulu then boleh la apply toner/lotion ni. Kemudian sambung la dengan step seterusnya.



Sejak guna Hada Labo Premium Whitening Lotion I perasan memang kulit I banyak peningkatan. Sebabnya I hanya tukar skincare routine I dengan tambah Hada Labo Premium Whitening Lotion dalam step skincare routine. Jadi boleh nampak la perbezaan yang lotion ni boleh buat.





Pertama I nak kongsi bentuk packaging dia. Botol dia memang besar. Besar tapak tangan I kot. Botol jenis plastic.  Kalau nak bawa travel jalan jauh tu macam susah sikit la sebab tu kadang I suka transfer produk dalam  botol kecil jenis spray tu. Nak pakai pun senang spray je kat muka. Kalau tak rajin nak tukar botol I bawak je segedebuk macam ni.



Bau dia pula tak ada bau apa pun kot. Cuma ada bau soft yang tak ketara sangat. Dalam bahan yang digunakan pun tak ada pewangi jadi sesuai la untuk korang yang kulit sensitive. Tekstur pula lebih pekat dari toner biasa dan berwarna milky sikit. Bagi I produk ni cepat juga serap pada kulit. Ada la rasa sticky sikit sebab kepekatan dia tu kan tapi tak lama pun nanti dah tak rasa dah sebab lepas sapu lotion ni I sapu benda yang lebih sticky lagi seperti moisturizer dan sleeping mask haha.  Hada Labo ni memang banyak jenis jadi korang boleh la pilih produk dia yang bersesuaian dengan kulit. Tapi I rasa kalau korang bukan jenis suka skincare yang rasa sticky, better tak payah guna yang ni sebab macam I cakap Hada Labo ada je yang lightweight punya lotion.






Apa yang buat I tertarik nak cuba Hada Labo lotion ni sebab produk ni claim boleh mencerahkan kulit dalam masa yang sama dia bagi kelembapan yang tinggi untuk kulit. Selain itu, produk ni juga anti dark spots, anti redness dan anti dullness.



Pengalaman I pakai, untuk dark spot memang ada perubahan ketara. Haritu ada serangga gigit I dekat muka, dia jadi macam jenis jerawat bump tak ada mata tu tapi bukan jerawat. Kemain gatal I tonyoh sampai tinggal kesan macam bekas jerawat hahaha. Bila pakai lotion ni dalam seminggu nampak perubahan dah nak hilang kesan parut dia.





Muka I memang ada redness yang agak teruk terutama bahagian hidung. Nasib baik ada beberapa produk kecantikan yang I pakai berkesan nak kurangkan redness termasuk la lotion ni. I kalau konsisten pakai memang dapat dibendung kot redness ni. Muka pun tak nampak kusam dah bila pakai. Untuk kesan brightening dia I tak pasti berfungsi dekat I ke tak sebab I tak ada kesan belak atau tona kulit tak sekata dah. Cuma memang nampak la kulit lebih berseri, glowing, lembap sangat.



I paling suka bila layerkan lotion ni. Pakai banyak kali masa buat skincare routine. Bertambah-tambah rasa lembap pada kulit tu. Kadang bila malas buat skincare routine waktu pagi, I pakai lotion ni je. Bukan sebab malas pun, sebab tak sempat.



Antara bahan penting yang digunakan adalah Traneamic Acid yang membantu merawat bintik hitam, mengimbangkan kulit dan memberi keserian pada kulit. Hyaluronic Acid pula I rasa memang tak perlu diperkenalkan lagi sebab banyak kebaikan dia pada kulit. Lebih-lebih lagi dalam bab memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit.








44 comments

  1. Yup. hyaluronic acid peting untuk melembapkan wajah. saya pun tgh guna produk yang ada hyaluronic acid nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha antara bahan yang membantu sangat untuk melembapkan kulit

      Delete
  2. mek pernah pakai dulu sekali hada labo ni. setanding juga dengan brand korea yang lain. elok lembut kulit. tapi hrganya agak medium berbanding yang lain. tapi sayangkan kulit relakan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha bagi Airah harga dia boleh tahan mahal juga. Cuma memang berbaloi sebab boleh tahan lama sebotol ni

      Delete
  3. Saya selalu nampak produk hada labo ni dkt watsons dan guardian teringin nak cuba mcm best jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang antara skincare yang best seller. Try la nanti

      Delete
  4. Kinah dah stop pakai hada labo yang ni. Skin Kinah tak serasi la dengan hada labo ni. Baru pakai beberapa hari, jerawat dah naik melata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa yeke. Ada la tu bahan yang tak sesuai dengan kulit kan. Tapi Hada Labo banyak jenis boleh la cuba yang lain nanti

      Delete
    2. Mcm tu kira xsesuai ke sbb sy pn byk naik.jerawat sejak guna tapi stay guna lagi wlu jerawat tumbuh byk ingt kan kesan awal je

      Delete
    3. Act kdg2 bukan xsesuai tau . Tp skin kita boleh jadi purging bila kita cuba sesuatu yg baru . Kene pandai bezakan antara purging dgn breakout sebab keduanya agak sama

      Delete
  5. Lain mcm pencuci muka besar mcm ni haha. First time tengok. Utk perempuan je kan ni ? Nampak unik pulak packaging dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni toner la bukan pencuci muka. Untuk lelaki pun boleh pakai tak kisah pun

      Delete
  6. Tengok ramai sangat yang pakaibyg ni.. semua kata best. Nnt liez nak cuba lahnsbb muka ni byk bintik2 hitam.. hope boleh kurangkan atau hilangkan terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha Airah pakai pun sebab baca banyak positive review terus macam nak try juga

      Delete
  7. Selalu pi farmasi nampak Hada Labo ni macam jerrrr beli. Yelah... Trusted brand kan tapi memandangkan kulit muka tak de masalah risau lak nak cuba cuba produk lain. Huhuu.... But so far memang good review jer brand ni kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha brand ni memang antara yang famous sebab berkesan. Kena pandai pilih yang sesuai dengan masalah kulit

      Delete
  8. Hada labo mmg best. Tapi kena tau jenis kulit kita dan guna produk ni ikut kesesuain kulit. Saya gunakan pencuci brand ni. Mmg best tak keringkn muka. Nnti nak try yg ni jugak

    ReplyDelete
  9. antara product favret tp x konsisten pakai. btw ur skin da lawa cantik da..
    maintain je jaga =)

    ReplyDelete
  10. ramai juga kekawan saya guna hada labo ni. dari korean kan produk ni? menarik gak ni

    ReplyDelete
  11. Thank you for the sharing! I am also a big fan of hada labo! But if it's premium whitening , I bet the whitening solution is much higher. I shall try soon.

    ReplyDelete
  12. Baru nak try... Ape beza yg light dgn rich..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fungsi sma cuma light tu ia tdk pekat,,yg rich tu agak pekat.

      Delete
  13. Kalau kulit muka sedikit berminyak boleh jugak ke pakai yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena test jugak dekat kulit awak sesuai atau tak. kadang orang tak suka yang terlampau heavy atau melekit. tapi for my skin agak berminyak, i suka je

      Delete
  14. Saya dulu pakai skincare pudding cream tu warne pink lama saya pakai.. Then teringin nk cuba hada labo.. Saya beli pack trial sampai 3 kali pack tu rm28 alhamdulillah kulit saya memang nampak bersih..selalu setiap bulan facial.. Tapi start pkp tu memang tak dapat facial kat luar dan alhamdulillah sejak pakai hada labo premium niy tak pernah pergi facial kulit saya sentiasa bersih dan bile makeup pun nampak clean & smooth je.. Saya pakai 1 set dengan serum.. Serta mask seminggu 2 kali.. The best product..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau hada labo ni sesuai dengan kulit memang buat kulit rasa best and licin je. kalau korang yang ada baca blogpost ni try beli trial pack dulu macam sis ni okay senang nak tengok produk tu sesuai dengan kulit atau tak

      Delete
  15. Saya dulu pakai skincare pudding cream tu warne pink lama saya pakai.. Then teringin nk cuba hada labo.. Saya beli pack trial sampai 3 kali pack tu rm28 alhamdulillah kulit saya memang nampak bersih..selalu setiap bulan facial.. Tapi start pkp tu memang tak dapat facial kat luar dan alhamdulillah sejak pakai hada labo premium niy tak pernah pergi facial kulit saya sentiasa bersih dan bile makeup pun nampak clean & smooth je.. Saya pakai 1 set dengan serum.. Serta mask seminggu 2 kali.. The best product..

    ReplyDelete
  16. Menarik jg hada labo ni..gigih membaca sampai habis..sy punya muka skrg sgt teruk sbb brhenti produk timbang kg yg byk dok jual.ms pakai dulu elok putih melepak licin gebu gebas.bila brhenti amik kau muka mcm hantu dh kluar semua bintik2 hitam,jerawat muka makin gelap jadi nya...mula2 baca pasal.loreal okay jer..beli 1 set loreal..pakai day cream night cream & pencuci muka jadi berminyak jerawat naik yg bernanah,berdarah sakit gila.ni br bc pasl hada labo esok nk beli harap menjadi laa rindu kat kulit mcm dulu.skrg sedih ak pedih bila melihat muka kat cermin 😫 tq share pasl.hada labo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya. memang ambil masa kalau nak pulihkan kulit dari kesan produk timbang kilo ni. jangan putus asa okay nanti jumpa la tu produk yang sesuai dengan kulit memang ambil masa lama jugak nak pulih asalkan rajin and banyakkan membaca

      Delete
  17. Salam hai blh tanya x?sy guna hadalabo ni dr 5/6 xpernah tggl pagi & mlam setiap hari..tapi mcm xde perubahan apa2 dekat kulit sy mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada perubahan atau perubahan tak memuaskan boleh tukar produk. mungkin tak sesuai untuk kulit awak. kalau tak tau nak letgo dekat sapa boleh habiskan pakai je asalkan tak buat kulit jadi lebih teruk atau boleh pakai dekat badan

      Delete
  18. baru nk cuba.. okey ke. nk skin care

    ReplyDelete
    Replies
    1. for my skin ok sangat. rasa kulit lembap. tak silap hada labo ada trial pack jugak kalau risau nak guna botol besar try botol kecil dulu

      Delete
  19. Kalau pakai serum pape dulu baru pakai losyen/toner ni boleh ke ?? Ke kene pakai serum kemudian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. boleh pakai serum dulu kemudian toner. boleh buat teknik layer juga. serum-toner-serum-toner beberapa lapisan

      Delete
  20. Tekstur rich dgn light ni beza rupanya. Patut laa aini pnya tu mcm air. Ingat salah beli 🤭

    ReplyDelete