Kiehls Nature’s Playground

Pernah dengar tak brand Kiehls? Mesti pernah kan. I ada juga buat dua produk review jenama Kiehls ni, Kiehls Eye Treament with Avocado dan Calendula Herbal Extract Toner. Boleh tekan tajuk tu kalau nak baca review okay. I ada juga kongsi pengalaman pertama kali masuk outlet Kiehl’s ni. Apa yang I suka sebab diaorang akan analisa kulit korang jenis kulit yang macam mana kemudian baru diaorang akan syorkan produk mana yang sesuai dengan masalah kulit. Tak ada la kes salah beli produk yang tak sesuai dengan kulit.



Kiehl’s pun tak kedekut bagi free sample jadi sebelum beli full size produk korang boleh la cuba dulu free sample tu sesuai ke tak dengan kulit. Dah dua produk Kiehl’s  yang I dah cuba, dua-dua sesuai. Ikutkan free sample diaorang pun I ada cuba juga. Tak ada yang tak sesuai dengan kulit I. 



Haritu I sempat la join event Nature’s Playground oleh Kiehls di Midvalley Southkey Johor Bahru. Masa I sampai memang ramai dah join sebab banyak game best dan hadiah menarik. Paling best dapat banyak free sample jadi boleh test dulu dekat kulit sebelum beli. Event ni dari 21 – 27 Oktober 2019. Kalau korang nak keep up to date dengan event-event Kiehls boleh la follow Instagram diaorang.





Lepas pendaftaran terus dapat tote beg cantik. I memang suka kumpul tote bag banyak-banyak hahaha. Lepastu nak round booth Kiehls sampai main game nampak Daiyan Trisha tengah round booth juga. I excited gila dapat jumpa Daiyan sebab dia cantik sangat! Disebabkan ada Daiyan, lama jugak la I dekat booth Kiehls tu hahahha ambil kesempatan tengok Daiyan Trisha nyanyi dan mesti la sempat tangkap gambar sama-sama.



Dekat event ni pun diaorang ada buat skin analisis free je. I pun sempat la buat dan lepas settle orang tu analisis kulit I, bahagia kejap sebab kulit I haritu jenis kombinasi normal, oily dan kering di sesetengah tempat. Sekarang kulit dah normal! Dia akan check bahagian dahi, pipi, jawline korang. Tak sia-sia la skincare routine I selama ni hahaha. Jadi sekarang I kena focus jaga kulit untuk lebih hydration, sunscreen dan bahagian hidung ni pun I kena jaga lebih juga. Kalau tak jaga kemungkinan besar nanti kulit dah tak normal semula.











Masa event ni juga I dapat banyak free sample jadi nanti I share first impression guna sample Kiehls okay. Kalau korang berminat nak tahu jenis kulit dan produk Kiehls yang sesuai dengan kulit korang boleh je terus pergi outlet Kiehls. 






22 comments

  1. Pernah dengar jenama ni tapi belum pernah cuba lagi. best juga tu dapat free samples

    ReplyDelete
  2. Adik Rawlins memang pengguna tegar Kiehls nie.
    Rawlins tak pernah try lagi, almaklum pemilik kulit over sensitif kena berhati-hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Kiehls akan check kulit dulu sebelum recommend produk boleh la cuba nanti

      Delete
  3. Pernah jugak dengar jenama ni. Cuma saya tak pernah cuba. Bagus pendekatan dia ye. Bagi free sample. Oo retis tu nama Daiyan ye. Cantiknya orangnya!!!

    ReplyDelete
  4. Selalu juga dengar jenama Kiehls ni, dan pernah juga survey produk di laman web nya. Tapi bagus ya servis diorang, boleh buat analisis muka dan ada sample free. Bab free ni memang semua suka hehe

    ReplyDelete
  5. Produk baharu di Malaysia ya? Naim tak pernah ketahui semua ini. Btw, terima kasih sudi share produk sebegini dapat masyarakat Malaysia ambil maklum.

    ReplyDelete
  6. Pernah la dengar jenama ini tapi belum pernah cuba..

    ReplyDelete
  7. Dari dulu dah dgar about this brand. Tapi until now never try lagi. Seronoknya boleh join event tu. I should go check my skin type. Dari dlu kulit I memang super oily, tapi maybe produk Kiehl’s ni boleh bantu dgn masalah kulit saya ni. Nak jaga kulit pun bnyak nak tahu tentang product. Smpai skg pun I still trying cari yang sesuau untk my skin 😭

    ReplyDelete
  8. Ramai my friends pun guna jenama ni juga. Mostly diorang pun sangat recommend kan produk ni terutama untuk produk berkaitan penjagaan kulit. Tapi belum sempat lagi untuk cuba sendiri. Kena try ni!

    ReplyDelete
  9. tak pernah cuba lagi jenama nih, tapi ianya nampak menarik juga bolehlah cuba nanti! terima kasih info

    ReplyDelete
  10. Saya memang xpernah dengar lagi jenama ni tapi boleh la cuba mana tau sesuai dengan kulit saya,hihihi

    ReplyDelete
  11. Selalu dgr produk Kiehls ni, tapi nad sendiri tak pernh guna..hehee..Ramai kata elok..nanti boleh try yang sample je kot..hehe..

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak pakai produk Kiehls, rasa macam nak cuba balik je. Sekarang dah macam-macam produk baru kan?

    ReplyDelete
  13. Pernah dengar pasal jenama ni tapi belum pernah try lagi. Nampak macam best je produk ni untuk dicuba. Wah bestnya dapat join event dan dapat sampel produk kiehls. Mesti tak sabar nak cuba kan

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar produk ni cuma tak pernah guna lagi. Memang menarik produk ni. Review pun banyak yang positif

    ReplyDelete
  15. Akak pernah pakai dia punya calendula Cleansing for oily face tu.. Best jugak.. Ni dah habis.. Nak kena beli la balik

    ReplyDelete
  16. I pernah dengar psl kiehls ni tapi tak pernah cuba.. Buat when i reseach more about this products. So many benefit too at this products ya... Tak sangka kiehls dah ada ramai pengguna ..

    ReplyDelete
  17. First time dengar tapi macam menarik juga

    ReplyDelete
  18. Belum pernah cuba jenama ni. Tapi sample percuma tu sesuatu yang sangat menarik. Bagus pendekatan yang mereka guna.

    ReplyDelete
  19. kawan mek pun ada guna produk ni. memang okei sangat tapi pricey. huhu. mahu terbatuk dengar harga satu serumnya. but okei with skin.

    ReplyDelete
  20. rasanya macam pernah dengar nama brand ni tapi dekat mana ya?? haha btw nampak seronok event ni. ada games. terbaiklah.

    ReplyDelete