Ninso Kilang Bateri

Siapa tak suka pergi kedai RM2 dia rugi hahaha. Kali ni I pergi Ninso lagi tapi yang ni Ninso baru buka di Kilang Bateri. Siapa yang tak pernah pergi lagi boleh la datang sebab best! Meriah Ninso dekat sini sebab dia ada sediakan tempat main untuk budak-budak. Tempat parking pun banyak sebab dia terletak dalam kawasan Kilang bateri juga jadi parking luas.



Ikutkan I pergi Ninso ni sebab nak cari cermin. I nak buat DIY Vanity Mirror. Sebelum tu dah pergi Eko tapi cermin tak ada tsktsk. Pergi Eko cermin tak ada tapi benda lain yang penuh dalam raga. Lepastu ajak Aiman pergi Ninso pula. Nasib baik dekat Ninso ada juga cermin. Sama la macam dekat Eko tadi, plan nak beli cermin je tapi tetiba raga penuh dengan apa benda entah hahaha.Stay tuned entry DIY Vanity Mirror I okay.







Lepas dah cuci mata dalam Ninso, cuci mata dekat luar pulak. Apa yang best Ninso Kilang Bateri ni, dekat bahagian luar dia ada jual pelbagai jenis makanan. Yang sempat I tengok ada jual lokching, waffle, Yong Tau Fu, pelbagai jenis air termasuk air avocado, burger. Dah macam pasar malam. I sempat la beli locking dan waffle. Dua-dua sedap. Memang lepasni I ajak Aiman pergi Ninso nak beli makanan dekat luar tu jela.









I baru tahu Ninso adacafe jugak. Café Ninso tu dekat bahagian dalam dan I ada la tengok menu dia tapi biasa je jadi tak cuba. Atau mungkin boleh cuba lain kali. Siapa pernah makan dekat Café Ninso tu?

1 comment

  1. Kilang bateri pun belum pernah sampai, apatah lagi nak pergi ninso. Pergi daiso dengan miniso aje lah dulu. Nak tengok hasilnyaaaa diy vanity mirror! Nak inspirasi hehehe

    ReplyDelete