Clay Body Wash Untuk Bau Badan


Siapa pernah ada masalah kulit angkat tangan. I pun ada masalah kulit cuma bukan jenis yang teruk sampai kena pergi hospital check dengan pakar kulit ke apa. Masalah kulit I, kulit jenis sensitive. I pernah ada masalah kulit macam allergic, keluar merah-merah tapi pergi hospital tak tahu punca apa. Gatal dia jangan cakap la penat nak tahan tau. Tapi lepas tu tetiba masalah tu hilang. Benda ni dah jadi dalam dua tiga kali seingat I.



Lagi satu kulit I pun sangat sensitif dengan habuk dan tempat kotor. Ayhan pun ikut kulit I jenis sensitive ni kalau dia merangkak lepastu pegang benda kotor kena dekat muka siap la tetiba je muka merah macam gatal-gatal. Aiman awal-awal dah perasan kulit anak dia ni ikut kulit I haahaha. Jadi I sangat la jaga kebersihan sebab nak cegah dari benda-benda yang boleh buat I sakit. Lebih baik cegah dari akhirnya nanti I jugak merana kena pergi hospital makan ubat.



Haritu I ada tengok Abang Ben Ashaari kongsi sabun badan dia. I tengok botol tu macam best sebab sabun badan jenis clay. I tak berapa perasan sangat clay body wash di pasaran lepastu terus rasa minat nak cuba. Sejak dah bersalin ni memang I ambil berat sangat hal kulit badan. Tak nak parut bersalin haritu pun tak hilang lagi dah tambah benda lain kan. Jadi I pun cuba la jugak Azyma Clay Body Wash ni.





Azyma Clay Body Wash ni mengandungi tanah liat kaolin asli yang bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit. Tak silap I, I pernah baca yang tanah liat ni memang banyak membantu untuk kulit yang lebih cantik tau. Bukan sahaja mengandungi tanah liat tetapi juga mengandungi extract Aloe Vera, Chamomile, Cucumber dan Lavender Oil. Kalau tengok bahan yang digunakan semua mempunyai fungsi yang bermanfaat untuk kulit. I suka sangat kalau produk yang I gunakan ada Lavender. Automatik bila guna rasa tenang je.



Bau sabun badan ni pun wangi tau. Mula-mula I was-was sikit sebab ada tanah liat mesti bau dia tak best. Rupanya tak hahaha. Bau dia wangi dan menenangkan. Bau wangi dia tak menusuk pun tapi jenis wangi yang lembut. Azyma Clay Body Wash ni dikilangkan oleh kilang yang ada sijil antarabangsa dan diiktiraf oleh pengeluar produk penjagaan peribadi antarabangsa.



Nak guna pun tak ada rasa was-was sebab ada GMP, pengiktirafan halal Jakim, ISO (MS Cert Malaysia) dan mendapat U.S Food and Drug Administration (US FDA). Produk buatan muslim juga tau serta didaftar denngan KKM (NPRA).





I macam biasa la pakai masa mandi. Tiap kali mandi memang akan pakai Azyma Clay Body Wash ni. Sepanjang I pakai, lepas mandi je mesti kulit rasa segar dan bersih. Kalau pakai sabun badan lain pun kulit rasa segar dan bersih je kan? Tapi percaya tak kalau sabun badan ni membantu mengurangkan masalah badan berbau. Kalau korang ada masalah badan berpeluh teruk, buat aktiviti sikit je badan berbau, tolong la cuba sabun badan ni.





Tak salah kan cuba sebab I rasa sabun ni membantu untuk masalah bau badan dan kalau ada jerawat belakang badan tu pun sama membantu juga. I tak ada masalah jerawat belakang badan tapi kadang tu I perasan kalau seharian sibuk dan berpeluh confirm timbul juga jerawat badan tu. Sebab kulit bercampur dengan peluh, pencemaran, baju tak sesuai dan sebagainya. Jadi salah satu usaha nak elakkan semua tu dan nak bagi kulit I sentiasa licin berseri, I guna je Azyma Clay Body wash ni.  Bahan kimia seperti paraben, diethanomalin, pewarna tiruan atau lyral pun tak ada.



Kalau ada masalah kulit seperti eczema, rashes macam I yang selalu kena ni, jerawat badan atau gatal-gatal boleh la cuba. Belum cuba belum tahu sebab bagi I, selagi ada jalan nak hilangkan masalah, selagi tu kena cuba. Jadi mari la sama-sama jaga kulit badan jugak. Bukan kulit muka sahaja. I suka bila kulit badan rasa lembut dan tak kering sebab I love myself walaupun orang lain tak boleh tengok kulit I, I kena juga jaga untuk diri sendiri.







Maklumat lanjut hubungi 📱 +6019 776 0647/ +603 6732 0647

atau layari
💻 www.azymacare.com

atau wasap terus
📲 https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647





17 comments

  1. Body wash ni bessttt, bau pun wangiiii :D

    ReplyDelete
  2. Azyma Clay Body Wash? First time dengar. Boleh try ni sebab LeYa pun memang keturunan ada ecszyma

    ReplyDelete
  3. menarik tengok body wash ni ! btw, saya tag akak utk gveaway ya

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2019/12/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html

    ReplyDelete
  4. Ranai yang rekomen produk ini tapi belum sempat nak beli huhu ... insyaAllah nanti!

    ReplyDelete
  5. Best pulak nampak buih dia banyak. Saya pun kalau cari sabun, nak cari yang banyak buih. Baru rasa seronok :D

    ReplyDelete
  6. I pun ada skin rash kekdgn bila cuaca panas sgt. Tapi x Del la sensitive sgt. This product looks awesome. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Menarik sungguh clay dalam bentuk body wash ni. Selalu dalam bentuk krim sahaja. Boleh try consider beli lepas ni sebab sesuai untuk kulit sensitif kan

    ReplyDelete
  8. First time tengok iklan sabun mandi sambil mandi pakai tudung wakakak jangan marah... Tapi kita tahu sabun ni best menarik dan tengok ramai orang guna juga daripada tak silap tanah liat kan...

    ReplyDelete
  9. Masa preggy ni mudah sangat kulit badnw kena gatal gatal. Nampak gaya kena cuba clay body wash selain mewangikan tubuh badan kan.

    ReplyDelete
  10. Senang kan guna sabun jenis cecair sekarang ni. Pump je terus guna. Dari sabun buku zaman dulu tu.

    ReplyDelete
  11. Memang best clay wash Azyma Care ni. Terbukt dapat atasi masalah bau badan. Suami suka sangat dengan mandian ni.

    ReplyDelete
  12. Boleh lah cuba nnti. sebab saya ada masalah kulit yg kronik jugak haha. thank atas perkongsian ;)

    ReplyDelete
  13. kena pastikan bahan yang selamat digunakan. mujurlah saya takde masalah macam ni

    ReplyDelete
  14. Wahh sabun clay. Jarang dengar ni, macam menarik. Dah la kita suka Chamomile jugak.

    ReplyDelete
  15. Mcm best ja shower gel ni.. Siap ada clay tu yg best tu

    ReplyDelete
  16. Oh I would definitely give this a try! for two reasons, one i love clay products ,two the fact that it can help with body odour, that's enough of reasons for me to give it a try. Thanks for the suggestion!

    ReplyDelete
  17. Kita xde masalah kulit sensitif, but anak memang ada... so memang agak memilih juga sabun yang sesuai dengan kulit dia

    ReplyDelete