Siapa
pernah ada masalah kulit angkat tangan. I pun ada masalah kulit cuma bukan
jenis yang teruk sampai kena pergi hospital check dengan pakar kulit ke apa.
Masalah kulit I, kulit jenis sensitive. I pernah ada masalah kulit macam
allergic, keluar merah-merah tapi pergi hospital tak tahu punca apa. Gatal dia
jangan cakap la penat nak tahan tau. Tapi lepas tu tetiba masalah tu hilang.
Benda ni dah jadi dalam dua tiga kali seingat I.
Lagi satu
kulit I pun sangat sensitif dengan habuk dan tempat kotor. Ayhan pun ikut kulit
I jenis sensitive ni kalau dia merangkak lepastu pegang benda kotor kena dekat
muka siap la tetiba je muka merah macam gatal-gatal. Aiman awal-awal dah
perasan kulit anak dia ni ikut kulit I haahaha. Jadi I sangat la jaga
kebersihan sebab nak cegah dari benda-benda yang boleh buat I sakit. Lebih baik
cegah dari akhirnya nanti I jugak merana kena pergi hospital makan ubat.
Haritu I
ada tengok Abang Ben Ashaari kongsi sabun badan dia. I tengok botol tu macam
best sebab sabun badan jenis clay. I tak berapa perasan sangat clay body wash
di pasaran lepastu terus rasa minat nak cuba. Sejak dah bersalin ni memang I ambil
berat sangat hal kulit badan. Tak nak parut bersalin haritu pun tak hilang lagi
dah tambah benda lain kan. Jadi I pun cuba la jugak Azyma Clay Body Wash ni.
Azyma Clay
Body Wash ni mengandungi tanah liat kaolin asli yang bermutu tinggi khusus
untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit. Tak silap I, I pernah baca yang
tanah liat ni memang banyak membantu untuk kulit yang lebih cantik tau. Bukan
sahaja mengandungi tanah liat tetapi juga mengandungi extract Aloe Vera,
Chamomile, Cucumber dan Lavender Oil. Kalau tengok bahan yang digunakan semua
mempunyai fungsi yang bermanfaat untuk kulit. I suka sangat kalau produk yang I
gunakan ada Lavender. Automatik bila guna rasa tenang je.
Bau sabun
badan ni pun wangi tau. Mula-mula I was-was sikit sebab ada tanah liat mesti
bau dia tak best. Rupanya tak hahaha. Bau dia wangi dan menenangkan. Bau wangi
dia tak menusuk pun tapi jenis wangi yang lembut. Azyma Clay Body Wash ni
dikilangkan oleh kilang yang ada sijil antarabangsa dan diiktiraf oleh
pengeluar produk penjagaan peribadi antarabangsa.
Nak guna
pun tak ada rasa was-was sebab ada GMP, pengiktirafan halal Jakim, ISO (MS Cert
Malaysia) dan mendapat U.S Food and Drug Administration (US FDA). Produk buatan
muslim juga tau serta didaftar denngan KKM (NPRA).
I macam
biasa la pakai masa mandi. Tiap kali mandi memang akan pakai Azyma Clay Body
Wash ni. Sepanjang I pakai, lepas mandi je mesti kulit rasa segar dan bersih.
Kalau pakai sabun badan lain pun kulit rasa segar dan bersih je kan? Tapi
percaya tak kalau sabun badan ni membantu mengurangkan masalah badan berbau.
Kalau korang ada masalah badan berpeluh teruk, buat aktiviti sikit
je badan berbau, tolong la cuba sabun badan ni.
Tak salah
kan cuba sebab I rasa sabun ni membantu untuk masalah bau badan dan kalau ada
jerawat belakang badan tu pun sama membantu juga. I tak ada masalah jerawat
belakang badan tapi kadang tu I perasan kalau seharian sibuk dan berpeluh
confirm timbul juga jerawat badan tu. Sebab kulit bercampur dengan peluh,
pencemaran, baju tak sesuai dan sebagainya. Jadi salah satu usaha nak elakkan
semua tu dan nak bagi kulit I sentiasa licin berseri, I guna je Azyma Clay Body
wash ni. Bahan kimia seperti paraben,
diethanomalin, pewarna tiruan atau lyral pun tak ada.
Kalau ada
masalah kulit seperti eczema, rashes macam I yang selalu kena ni, jerawat badan
atau gatal-gatal boleh la cuba. Belum cuba belum tahu sebab bagi I, selagi ada
jalan nak hilangkan masalah, selagi tu kena cuba. Jadi mari la sama-sama jaga kulit badan jugak. Bukan kulit muka sahaja. I suka bila kulit badan rasa lembut
dan tak kering sebab I love myself walaupun orang lain tak boleh tengok kulit
I, I kena juga jaga untuk diri sendiri.
Maklumat lanjut hubungi 📱 +6019 776 0647/ +603 6732 0647
atau layari
💻 www.azymacare.com
atau wasap terus
📲 https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647
Body wash ni bessttt, bau pun wangiiii :D
ReplyDeleteAzyma Clay Body Wash? First time dengar. Boleh try ni sebab LeYa pun memang keturunan ada ecszyma
ReplyDeletemenarik tengok body wash ni ! btw, saya tag akak utk gveaway ya
ReplyDeletehttps://itsthesuraya.blogspot.com/2019/12/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html
Ranai yang rekomen produk ini tapi belum sempat nak beli huhu ... insyaAllah nanti!
ReplyDeleteBest pulak nampak buih dia banyak. Saya pun kalau cari sabun, nak cari yang banyak buih. Baru rasa seronok :D
ReplyDeleteI pun ada skin rash kekdgn bila cuaca panas sgt. Tapi x Del la sensitive sgt. This product looks awesome. Thank you for sharing.
ReplyDeleteMenarik sungguh clay dalam bentuk body wash ni. Selalu dalam bentuk krim sahaja. Boleh try consider beli lepas ni sebab sesuai untuk kulit sensitif kan
ReplyDeleteFirst time tengok iklan sabun mandi sambil mandi pakai tudung wakakak jangan marah... Tapi kita tahu sabun ni best menarik dan tengok ramai orang guna juga daripada tak silap tanah liat kan...
ReplyDeleteMasa preggy ni mudah sangat kulit badnw kena gatal gatal. Nampak gaya kena cuba clay body wash selain mewangikan tubuh badan kan.
ReplyDeleteSenang kan guna sabun jenis cecair sekarang ni. Pump je terus guna. Dari sabun buku zaman dulu tu.
ReplyDeleteMemang best clay wash Azyma Care ni. Terbukt dapat atasi masalah bau badan. Suami suka sangat dengan mandian ni.
ReplyDeleteBoleh lah cuba nnti. sebab saya ada masalah kulit yg kronik jugak haha. thank atas perkongsian ;)
ReplyDeletekena pastikan bahan yang selamat digunakan. mujurlah saya takde masalah macam ni
ReplyDeleteWahh sabun clay. Jarang dengar ni, macam menarik. Dah la kita suka Chamomile jugak.
ReplyDeleteMcm best ja shower gel ni.. Siap ada clay tu yg best tu
ReplyDeleteOh I would definitely give this a try! for two reasons, one i love clay products ,two the fact that it can help with body odour, that's enough of reasons for me to give it a try. Thanks for the suggestion!
ReplyDeleteKita xde masalah kulit sensitif, but anak memang ada... so memang agak memilih juga sabun yang sesuai dengan kulit dia
ReplyDelete