Jalin Kerjasama dengan TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 – Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.
TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.
Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik.
Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.
Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.
Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.
TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.
“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”
TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.
“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.
Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.
“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.
Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.
Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019
Tahun | Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat | NGO/Komuniti |
2015 | 440 | 20 |
2016 | 400 | 16 |
2017 | 439 | 18 |
2018 | 500 | 18 |
2019 | 674 | 7 |
Jumlah | 2,453 | 79 |
Assalamualaikum. Rasa dah lama gila I tak menaip dekat blog ni. Terabai juga la blog kesayangan sebab banyak benda I nak uruskan dalam kehidupan hahaha. Setiap hari rindu nak menaip semula tak pernah tak rindu tapi nak cari masa terluang tu susahnya. Lagi-lagi sekarang I tengah busy deko semula rumah, lagi tak cukup masa. Tapi nak tak nak I nak share juga berita gembira ni dekat blog kesayangan sebab nanti bila dah beberapa tahun lagi bila baca semula boleh la mengimbau kenangan.
Blog ni bukan tempat I nak share informasi untuk pembaca je, tempat I sendiri nak korek benda-benda yang I dah lupa hahah. Alhamdulillah I tengah mengandung anak kedua dan dalam second trimester dah. Dalam minggu ke 13 macam tu la. Ikutkan I memang nak tunggu Ayhan cukup dua tahun dulu baru mengandung kali kedua tapi dah rezeki so Ayhan dalam setahun empat bulan macam tu kot I pregnant.
I tahu I pregnant pun masa dah masuk 8 weeks. Itu pun waswas sebab period I okay je setiap bulan lepastu masa bulan 9 kot macam eh period sikit sangat dan pagi tu je period sehari. Mungkin tu balance period yang lepas-lepas. Jadi I beli la pregnancy kit test tu nak test dulu betul ke tak. Sebelum tu memang I ada rasa loya-loya dan selalu rasa penat plus malas.
Masa pregnant anak pertama I tak ada rasa loya pun. Rasa apa-apa pun tak ada. Elok je bersemangat dan bertenaga pergi kerja. Kali kedua pregnant ni kemain loya dia tak boleh bawak bincang. Nasib loya je tak ada muntah-muntah. Kalau tambah sekali muntah-muntah confirm penat nak tanggung. Loya pun dah buat I rasa nak baring dan berehat je hahah.
First trimester tu memang I malas sangat. Nak masak pun malas jadi beli je makanan dekat luar. Second trimester ni baru la rajin nak masak, rajin nak kemas rumah, rasa sikit jadi diri sendiri tu. Dua kali juga la I test pregnancy kit tu sebab masa first test, I test malam so maybe tak accurate kata hatikuuu padahal dah dua line. Next day beli lagi lepastu test pagi-pagi masa first pee. Betul la pregnant hahahhaha.
Lepastu I ajak la Aiman pergi scan sebab I tak makan asid folik kan risau sikit keadaan baby tapi nampak baby macam okay je sihat membesar normal semua. Tak sabar tunggu besar sikit dan buat gender scan and detail scan. Buat masa ni memang I rajin la makan semua vitamin yang KK bagi and tambah vitamin C sekali, Nanti I share vitamin apa I makan okay.
Minta doakan pregnancy I kali ni berjalan dengan lancar dan dua-dua sihat. I memang rasa I sihat je tapi risau jugak kadang-kadang. Ayhan dah la tengah aktif penat jugak nak melayan dia hahaha. Semoga I diberi kesihatan dan tenaga yang banyak.
Bila orang kata setiap pregnancy berbeza memang betul. Banyak perbezaan pregnancy I kali ni. Salah satunya I kerap nak pergi toilet buang air. Sekarang I dah amalkan minum 3 liter air setiap hari lagi la bertambah kerap nak pergi toilet tu.Kepada mommies yang pregnant juga jangan lupa minum banyak air dan makan makanan berkhasiat okay. I asyik craving nak makan magi je!
Lagi satu yang I paling tak suka pregnancy kali ni, jerawat tak pernah surut! I tak pernah naik jerawat teruk macam ni tapi kali ni naik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Lepas surut satu, datang satu lagi. Lepastu bukan jenis jerawat biasa tu. Jerawat yang sakit dan ambil masa lama sangat nak surut. Geram! Ini I dah step up my skincare routine game, rajin sikit buat skincare routine, behave sikit la kulit ni. Kalau tak tu lepas satu, satu. Memang goodbye la flawless skin time pregnant ni.
Pembelian secara atas talian sekarang dah jadi satu kemestian kan? Sekurang-kurangnya mesti sekali korang pernah beli barang secara online. Ada juga yang jadikan shopping online ni sebagai salah satu hobi. Kalau macam tu memang seronok la boleh jadikan hobi sebab duit banyak. I suka juga beli barang secara online sebab lebih senang. Tak payah keluar panas hujan ke kedai.
Salah satu E-Commerce platform yang I suka cuci mata untuk shopping online, PG MALL www.pgmall.com , E-Commerce platform No. 1 di Malaysia sejak 2017. PG Mall ni satu-satunya E-dagang tempatan di Malaysia. Kalau korang tak tahu, PG Mall di raking top 3 E-dagang di Iprice insight report (https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/). PG Mall juga menerima semua jenis e-wallets dan pembayaran.
Kali ni I confirm korang pun tak nak lepaskan peluang membeli belah di PG Mall sebab ada diskaun sehingga 80% Wow Store. Bukan itu sahaja, ada juga penghantaran percuma setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM30. Seronok shopping kan secara tak langsung korang boleh dapat Cash Back sehingga 3.5% tau. Banyak tu! Antara peniaga-peniaga yag terlibat korang boleh tengok di bawah ni okay;
Big Spoon Kitchenware https://pgmall.my/BigSpoon-Kitchenware| coupon code : SPOONFREE
Fren Store https://pgmall.my/Fren-Store | coupon code : FRENFREE
Softlove Malaysia https://pgmall.my/Softlove-Malaysia-1 | coupon code : SOFTFREE
HI STYLE MALAYSIA https://pgmall.my/HI-STYLE-OFFICIAL-STORE-1| coupon code : STYLEFREE
Teng Mobile https://pgmall.my/TENG-MOBILE-1 | coupon code : TENGFREE
Shop X https://pgmall.my/ShopX | coupon code : SHOPXFREE
WangZheng Care https://pgmall.my/WangZheng-CARE-1| coupon code : WZHENGFREE
Mamami Health Food https://pgmall.my/Mamami-Health-Food-1| coupon code : MAMAFREE
Perma Glass https://pgmall.my/Perma-Glass | coupon code : PERMAFREE
Altron Mall https://pgmall.my/ALTRON-MALL-1| coupon code : ATRNFREE
Butik Bos Official Store https://pgmall.my/Butik-Bos-Official-Store | coupon code : BUTIKFREE
VV Mall https://pgmall.my/VV-MALL-1| coupon code : VVMALLFREE
WJS https://pgmall.my/WJS | coupon code : WJSFREE
Jazz & Co https://pgmall.my/Jazz-amp;-Co-1 | coupon code : JAZZCOFREE
WPN https://pgmall.my/WPM-Online-1 | coupon code : WPMFREE
Dr Morita https://pgmall.my/Dr.-Morita_-Malaysia-1 | Coupon code : MORITAFREE
Aromate https://pgmall.my/Aromate-1 | Coupon code : AROFREE
Promosi yang I tak akan lepaskan begitu sahaja, Super Brand Sales! Selalunya Super Brand Sales ni termasuk jenama-jenama yang terkenal dan produk yang selalu korang gunakan untuk seharian tau. Bertambah jimat la bila beli keperluan harian masa sales ni. Jadi 21 September hingga 30 September 2020 ni boleh la korang shopping di PG Mall dan boleh dapat RM20 OFF dengan minimum perbelanjaan RM50. Guna je code diskaun PGSUPER sebelum checkout okay. Antara Super Brand yang terlibat; Nestle, Vivo, Gintell, Vivo, G2000, Revlon, Old Town, P&G, Focus Point dan banyak lagi la. https://pgmall.my/superbrand-powerseller

I selalunya kalau shopping online mesti beli skincare sebab murah lagi berbanding di kedai. I dah la suka shopping skincare banyak so bila boleh jimat kita jimat la cari tempat yang murah kan hahaha. Kalau korang pun macam I, 15 September hingga 30 September 2020 ni ada Health & Beauty Essential Week. RM25 off minimum spend RM100 dan free shipping bermula dari RM4 tau. Bayangkan banyak juga boleh jimat kalau I nak simpan stok skincare I. Guna code LOVEPGHB25 kalau korang nak shopping apa-apa produk kecantikan dan kesihatan di PG Mall okay. https://pgmall.my/heatlhbeauty-essentials-week
I memang dah penuhkan cart dengan pelbagai produk la sebab sales banyak sangat ni. Rugi kalau tak beli barang keperluan dan stok sekarang. Jimat!
Website: www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #Wowstore #Superbrandsales #health&beautyessentials
Khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dan kecantikan memang tak dapat dinafikan lagi. I rasa ramai sangat yang amalkan minyak kelapa dara ni dalam kehidupan seharian termasuk la diri I. I amalkan minyak kelapa dara ni dari masa belajar diploma lagi. Masa tu la baru tahu nak guna produk macam ni kan. Lagi-lagi bila minyak kelapa dara ni boleh guna seluruh badan dari rambut sampai kaki jadi jimat!
Minyak kelapa dara pilihan I, Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D AURA. I dah guna AVCO ni lebih kurang sebulan dan banyak kegunaan untuk rutin seharian I. Salah satu sebab I suka AVCO ni ia mengandungi 1% natural plant extract fragrance. Jadi bau dia sangat lembut, bukan bau minyak kelapa dara yang kebiasaannya di pasaran. Rasa lebih selesa sikit bila nak guna sebab bau best, cepat menyerap dan tak rasa melekit.
Penyusuan sangat memerlukan kesabaran terutamanya bagi ibu yang kali pertama macam I. Awal tempoh penyusuan dulu, memang penat dan banyak benda yang kena belajar. Bukan sesuatu yang mudah dan sangat memerlukan mental dan emosi yang stabil tau. Kalau korang juga merupakan ibu yang baru pertama kali nak menyusukan baby, cuba cari info dan ilmu yang banyak tentang penyusuan supaya korang lebih bersedia bila dah ada baby nanti.
Bagi I, bila banyak membaca dan tahu lebih mendalam tentang penyusuan ni, kita lebh tau apa yang perlu dilakukan dalam proses penyusuan nanti. Lebih bersedia dan tak rasa panik sangat!
Salah satu benda yang sangat memudahkan perjalanan penyusuan I dan Ayhan, Nursing Bra! Mungkin ada orang yang rasa nursing bra atau bra yang berfungsi untuk memudahkan penyusuan ni macam tak penting sangat, pakai bra biasa pun boleh. No! Berbeza okay bila pakai normal bra dan nursing bra terutamanya kalau pakai maternity dan nursing bra dari Mamaway.
Normal bra mungkin korang kena buka cangkuk belakang baru boleh teruskan penyusuan tapi dengan maternity and nursing bra dari Mamaway, dia ada bahagian cangkuk klip macam tu di bahagian hadapan yang boleh digunakan untuk buka bahagian cup. Jadi penyusuan lebih mudah. Tak payah susah nak buka cangkuk dibelakang dan bahagian cup pun rasa tak selesa nanti.
Pengalaman I guna Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra Mamaway memang sangat selesa. Kain yang digunakan sangat lembut dan paling penting seamless! Bagi I kalau seamless bra ni sangat membantu untuk bagi shape yang sesuai untuk breast ibu menyusu dan support yang diperlukan. Jadi bila I pakai nursing bra dari Mamaway ni memang rasa selesa sangat. Bahagian lilitan bawa bra tu pun lembut dan selesa jadi tak tinggalkan kesan pun. Korang perna tak beli bra yang baagian lilitan bawa bra agak keras, mesti akan tinggalkan kesan dan kalau pakai lama akan naik rashes.
Fabric yang digunakan juga sejenis Meryl Antibacterial dan mempunyai cooling mesh lining. Bila I keluar seharian dan pakai nursing bra ni tak ada pun rasa gatal tak selesa dan paling penting kalau berpeluh, tak rasa lembap pun.
Sebelum ni I guna nursing bra juga dan memang dari last trimester I dah start guna maternity & nursing bra tapi kadang jumpa bra yang agak keras dan tak selesa. Ada juga cup yang terlalu keras dan tak ikut bentuk yang sesuai walaupun size yang I pilih dan betul dah. Memang pelbagai masalah boleh wujud kalau korang breastfeeding baby dan tak pilih bra yang betul.
Bila dah pakai nursing bra Mamaway ni terasa perbezaan dengan bra I sebelum ni. Lebih selesa, lembut dan sangat sesuai untuk cuaca di Malaysia ni. Penting juga walaupun dah pilih bra yang betul, kena jaga bra tu elok-elok tau contohnya pakaian dalam ni lebih baik basuh guna tangan agar bentuk dan kualiti fabric lebih terjaga. Kalau korang berminat nak cuba nursing bra ni boleh check laman di bawah okay;
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Eyelash curler antara tools wajib yang korang kena ada kalau korang suka makeup. Bulu mata I sejenis tak lentik jadi nak tak nak kena la guna eyelash curler ni sebelum dan selepas pakai mascara. Sebelum ni I dah guna dua tiga jenis juga eyelash curler tapi semua jenis murah-murah. Teringin juga nak pakai yang mahal macam Shu Uemura eyelash curler tu tapi hahahah tunggu jela bila sampai masanya nanti. Sekarang beli yang murah-murah tapi still function je dulu.
It’s My Eyelash Curler ni I beli dekat website Althea tapi I cuba cari dekat website dia tak ada dah tak sure masih jual atau tak. Eyelash curler I yang lama, bahagian yang kepit bulu mata tu dah tercabut so beli lain je la. Eyelash curler ni ada dua jenis satu yang biasa dan satu lagi jenis comb. Comb tu ada sikat kecik dekat bahagian pengepit tu. Walaupun ada comb atau sikat kecil tu, benda tu boleh je tanggal. I pun tak guna sebab macam tak ada fungsi pun.
I beli eyelash curler ni dalam belas-belas ringgit je. Lupa la exact amount berapa tapi serius murah dah berbaloi la bagi sebab sebab dia boleh lentikkan bulu mata macam biasa. Eyelash curler ni dalam box dan dapat satu apa eh nama dia, plastik yang bahagian pengepit mata tu. Bahagian tu selalu terlekat mascara kan kalau macam dah buruk sangat boleh la ganti bahagian tersebut. I dah guna dua-dua jadi bila yang sekarang punya dah buruk dan kotor nanti beli curler yang baru.
So far I guna sesuai je untuk lentikkan bulu mata. Walaupun murah, masih berfungsi dengan baik. Kalau korang cari eyelash curler yang berbaloi boleh la cuba.