EPHYRA SKIN CARE SERIES | MY SKIN CARE ROUTINE FOR 2020

Hai. Tahun baru ni salah satu azam I nak cuba lebih banyak skincare dan makeup. Jadi awal-awal bulan Januari haritu I dah cuba Ephyra Skin Care Series. Pantaskan I laksanakan azam I? hahaha. Dalam set tu ada tiga item, Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano dan Ephyra Skin Snow. I dah pakai lebih kurang dua minggu jadi I nak kongsi dengan korang kesan produk ni dengan kulit I.




LANGKAH 1 : Cuci muka dengan Ephyra Skin Bar
Ephyra Skin Bar merupakan sabun cuci muka yang diformulasikan 100% dari bahan semulajadi. Tak ada bahan kimia terlarang, selamat dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kalau I tak pakai makeup atau sunscreen, I terus je guna sabun ni. Tapi kalau pakai makeup atau sunscreen, I akan remove dulu dedua tu sebelum guna sabun cuci muka. Pengalaman I guna dua jenis cara sama ada sabun cuci tu sebagai step pertama dalam skincare routine atau step kedua, dua-dua tak buat kulit I rasa kering atau tegang yang tak best tu.






Lepas cuci muka kulit rasa bersih, lembut dan licin. I rasa bila guna sabun cuci muka jenis bar macam ni lebih jimat sebab kita boleh adjust nak banyak mana untuk digunakan. Cara I gunakan sabun ni, ambil sabun dan letak air sikit untuk buihkan dia. Cuci muka guna buih lebih kurang 10-15 saat. Lepastu boleh bilas. Rasa segar dan berseri kulit lepastu. Bau sabun dia pun wangi je. Bau wangi yang lembut.



Antara kandungan Ephyra Skin Bar adalah Bearberry Alpha Arbutin yang terbukti berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit, membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintikbintik hitam. Rice Bran Oil pula mengurangkan tanda penuaan serta menyuburkan kulit. Carrot Extract membantu semula sel kulit, tona sekata, kulit lebih bersinar dan membantu memperbaiki tisu kulit.



LANGKAH 2 : Rawat muka dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Produk kedua pula adalah Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum. I paling suka serum dia sebab cepat sangat meresap pada kulit. Tekstur dia macam gel yang bukan cair sangat tu. Bila dah letak pada kulit, lepastu ratakan pada seluruh wajah, tak ada rasa melekit pun. Rasa ringan macam tak pakai apa-apa tapi terasa serum tu melembapkan kulit. Kulit nampak lebih glow berseri dan lembap.




Cara I pakai serum ni, lepas cuci muka dengan Ephyra Skin Bar, tepuk-tepuk sikit bagi air lebihan cuci muka tadi kering sikit pada kulit, lepastu ratakan serum ni masa muka masih lembap lagi. Serum ni pun rasa sejuk je jadi kalau korang ada jerawat merah dimana-mana bahagian muka boleh sapu lebih pada bahagian tu. Rasa sejuk je kulit. 



Kalau nak tahu serum ni berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland sebab tu serum tak melekit dan mudah meresap dalam kulit. Kalau korang jenis tak suka skincare yang buat muka melekit memang sesuai cuba serum ni. Mengandungi Silanol + Hyaluronic Acid yang berfungi untuk melembapkan kulit, mengurangkan garis halus dan memperbaiki tekstur kulit yang rosak.



Antara bahan lain yang turut membantu ialah Arbutin Semulajadi yang diekstrak daripada buah berry dan sumber buah-buhan yang bertindak sebagai agen pencerah dan pemutih kulit yang natural dan selamat. Vitamin C pula mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria dan mencerahkan kulit.



Botol serum ni best jugak jenis drop punya tu tapi kena tekan atas dia. Bukan jenis picit macam biasa.



LANGKAH 3 : Lembap & Cerahkan kulit wajah secara semulajadi dengan Ephyra Skin Snow Advance White Repair
Ephyra Skin Snow ni pula merupakan pelembap wajah bersifat water-based berteknologi Geno-White. Memberi dan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yang panjang. Sesuai untuk semua jenis kulit tau. I pakai pelembap ni lepas pakai serum. I suka tekstur dia sebab sama macam serum, cepat serap dan tak melekit. I rasa selesa je bila pakai dalam skincare routine tak kira waktu malam atau siang.




Pelembap ni berupaya melembapkan kulit dan memegang kelembapan air dalam kulit sehingga 12 jam. Kulit I dah tak ada dry spot dah. Kulit nampak lebih sihat sebab cukup lembap dan glow berseri.



Diformulasi daripada beberapa bahan semulajadi seperti Arbutin semulajadi yang berfungi melembutkan wajah dan menjadikan kulit lebih segar bermaya, mencerahkan wajah dan tona kulit lebih sekata. Vitamin C pula membantu mencerahkan kulit dengan efektif serta Vitamin E mengekalkan kelembapan kulit serta mencegah kulit kering. Bau pelembap ni sama macam bau sabun dia. Bau lembut yang wangi. I suka.







Masa I baru cuba ketiga-tiga produk ni I ada jerawat satu baru naik. Memang segar lagi jerawat tu. Pagi tu I buat skincare routine macam biasa guna ketiga-tiga produk ni tapi serum I sapu lebih sikit dekat jerawat tu. Malam pun sama skincare step yang sama. Pagi esoknya percaya ke tak jerawat tu dah kecut! I macam terkejut sebab cepatnya kecut. Dua tiga hari lepastu tinggal parut sikit-sikit je. Boleh refer gambar bukti dekat bawah ni. I happy gila sebab kulit I tak ada jerawat dah cuma kena hilangkan lagi sikit parut yang ada. Lepastu kulit rasa lembap dan lebih berseri.








Ephyra Skin Care Series ni mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau jadi tak perlu risau masa nak guna. Produk Ephyra juga telah menjalani ujian makmal SGS yang merupakan ujian tambahan dan sokongan bertaraf antarabangsa. Ephyra juga telah mendapat Anugerah Super Health Brand untuk tahun 2016-2017 dan 2018-2019. I rasa Anugerah Super Health Brand ni memang dah diketahui umum, adalah anugerah The Asia Pacific Excellence Top Brand Recognition yang dianugerahkan berdasarkan kualiti produk, maklum balas daripada pengguna dan juga berdasarkan reputasi baik produk di pasaran.


My skin lepas buat skincare routine



Walaupun kulit I banyak lagi kena improve tapi lepas pakai skincare set Ephyra ni kulit I tak kering, tak berminyak berlebihan dan jerawat tak naik dah. Kalau kulit korang jenis berjerawat dan nak cari set kulit yang selamat boleh la cuba Ephyra Skin Care Series okay.



TESTIMONI PENGGUNA EPHYRA - #EPHYRALOVERS
Kalau korang nak tahu, Ephyra Skin Care Series ni memang mendapat tempat di hati penggunanya. Ni antara feedback yang mereka share sendiri kepada Ephyra.











Ephyra Skincare Series kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tegar Ephyra. Jangan lupa
dapatkan set Ephyra Skincare Series dengan segera. Antara produk penjagaan wajah yang wajib bagi setiap wanita! Wajib try okay! ^_^



Untuk Maklumat Lanjut :
Instagram : @ephyra2u
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Website : www.ephyra2u.com
Hotline: 03-4141 7889



0 comments