Kalau nak suruh I pilih tempat percutian, pilihan I mesti yang ada pantai dan laut. Tempat best nak relax, berehat dengan tenang. I tak pernah bosan pergi pantai. Kalau boleh semua pantai, pulau dalam Malaysia ni I nak pergi dan harap tahun 2020 ni lebih murah rezeki I kumpul duit nak berjalan hahaha. Hujung tahun lepas sempat la luangkan masa mandi manda di Teluk Batik, Perak.
Alang-alang dah balik Perak ni, pergi la tempat favourite hahaha. Bukan mandi mandi dekat Teluk Batik je, lajak sekali ke Lumut beli sotong kering, satay ikan, ikan kering semua. Kalau pergi Lumut confirm borong sotong kering yang jenis pedas dan original tu. Yang ada salutan gula. Favourite I dengan Aiman. Tapi susah sikit nak jumpa yang betul-betul sedap. Paling tak suka kalau rasa tepung lebih banyak dari rasa sotong. Hampeh je.
Kalau kedai favourite I lepas taman kanak-kanak dekat pekan Lumut. Depan sikit je belah kanan ada dua buah kedai besar. Selalu beli hasil makanan laut dekat situ je tapi kalini pergi yang betul-beyuk tengah pekan terasa sikit mahal harga dia.
Ini jugak pertama kali Ayhan pergi pantai. Umur Sembilan bulan baru merasa jejak kaki atas pasir pantai main ombak tepi pantai hahaha. I ada tengok video baby jalan atas pantai mesti rasa geli. Ayhan tak ada pun biasa je reaksi dia Cuma takut sikit la sebab pertama kali kan. Tak ada menangis pun. Ayhan Cuma basahkan kaki dia macam tu je. I tak mandikan terus dalam laut tu sebab risau kena gigit obor-obor ataupun macam-macam benda kotor la dalam laut tu hahaha Tunggu besar sikit baru mandi laut betul-betul.
Cuti sekolah memang ramai la yang pergi Teluk Batik ni. Salah satu tempat menarik yang korang boleh lawati bila datang Perak. Ada yang buat family day ramai-ramai pakai baju sama, boleh naik banana boat dan naik boat pusing-pusing pulau. Naik jet ski pun ada. Aktiviti kiteorang mandi-manda dan piknik je.
Comelnya Ayhan..geram tengok
ReplyDeleteGembiranya rupa memasing dapat Vitamin Sea. Rawlins pun sejenis suka laut tapi tak suka menjadi gelap kerana sunburn. Haha
ReplyDeleteBest pergi pantai, dpt santai2 berpicnic dgn fmly pon seronok kn. Budak2 pon suka betul dpt pergi pantai hehee
ReplyDeletewahhhh dah lama tak pergi mandi kat teluk batik... seronoknya anak2 main di pantai... bersih dan cantik pula tu... tak payah susah2 nk ke pangkor kan?
ReplyDeleteGood travelogue sharing. Hope you had fun.
ReplyDeleteSeronoknya mandi laut...anak2 mmg excited kan kalau dapat main kat luar mcm ni
ReplyDeletecantiknya teluk batik ni, kalau lalu sini blh la singgah sini. Serious memang cantik.
ReplyDeleteSamalah macam Suami Sis, kalau di beri pilihan, dia pilih pantai sebagai destinasi percutian...Teluk Batik ni tak pernah sampai..nanti nak singgah laa
ReplyDeleteSeronok ye Teluk Batik, saya pun baru je singgah last month, sambil melawat ibu saudara. Yeah stok sotong bergula, udang kering & ikan bilis pasti saya tambah kalau singgah lumut ni!
ReplyDeleteSis pun lebih suka bercuti kat tempat yg ada pantai dan laut, bukan nak mandi manda sangat tapi tenang bila berada kat tempat macam ni. Tengok laut rasa tenang je. Ni lama dah tak ke tempat2 mcm ni
ReplyDeleteBestnya mandi laut. Lama juga tak mandi laut walaupun pantai dengan rumah mak tak sampai 2 minit pun. Sebelum ada plan nak bawak anak anak mandi laut tapi cuaca tak mengizinkan.
ReplyDeleteAktiviti kt pantai memang best ntk anak terus belajar main pasir baik ntk perkembangan otak kan. Bagusla xgeli. Hehe. Ank ena mmg takut dengan pantai.
ReplyDeleteBestnya.. Lama xpi lumut.. Rindu pantai kat sana... Tapi nasib la duk kt Penang kan.. At least hari2 nampak laut..
ReplyDeletekalau saya dengan family pulak, memang dah lama tak ke laut atau pantai. sebab memang parent tak pernah nak bagi lepas banyak kejadian yg tak diingin berlaku. selalu kalau nk mandi manda, pergi dkt kolam renang je. :)
ReplyDeleteIf you are importing goods from China for the first time and unfamiliar with overseas shipping, you might believe that full container shipping is your only real option? Of course if you have sufficient amounts of cargo to load into a 20ft or 40ft container then this would undoubtedly be the most cost effective shipping method, however more often than not - for first time importers filling a full container is just not an option. Europa-Road tengeri szállítmányozás
ReplyDelete