Masuk MAPS Percuma

Bulan 12 haritu, I balik Perak acah-acah Ayhan balik cuti sekolah la jugak hahaha cuti sekolah la sangat Ayhan tu umur pun baru 9 bulan. Tapi sebab dan empat bulan lebih kurang tak balik jadi masa cuti sekolah ni jela dah plan nak balik. Alang-alang adik-adik I ada dekat rumah diaorang pun cuti sekolah, cuti study week jadi ada la beberapa plan nak jalan-jalan.



Salah satu tempatnya adalah MAPS, Movie Animation Theme Park. I dah pergi sini dua kali, jadi yang ni masuk kali ke tiga. Actually balik Perak yang duluuuu ada plan nak datang sini tapi hari tak sesuai, masa tu diaorang tutup. Nasib baik musim cuti sekolah, diaorang bukak setiap hari. Kalau korang rancang nak datang MAPS ni check dulu waktu operasi diaorang di laman web okay.





I pergi weekdays tapi boleh tahan ramai juga la sebab cuti sekolah. Parking mencukupi je masa park tak ada la jauh sangat. Mula-mula I was-was juga sebab betul ke boleh masuk free je. Dulu masuk kena bayar, kena pakai gelang yang macam kertas tu. Ya betul sekarang masuk free je. Cuma kalau nak main kena bayar dalam rm9 tak silap I paling murah. Tapi I rasa berbaloi je RM9 kan kira murah la kalau nak main permainan dalam tu. Boleh baca entry I yang lepas masa melawat MAPS : MAPS Tarikan Terbaru di Perak | Movie Animation Park Studio Vol 2.



Kali ni I pergi dengan adik-adik. Masuk sebab nak tangkap gambar je. Tak main pun sebab I tak suka permainan yang scary dan mencabar macam tu. I penakut hahaha. Masuk je terus pergi dekat kaunter tiket dia. Nanti staff akan tanya nak beli kad tak untuk topup duit dalam tu, jadi kad tu digunakan untuk bayar masa main dan beli-beli dekat dalam. Sebab I dah plan tak ada nak main atau beli apa-apa. Kiteorang tak guna kad tu. Kalau topup duit dalam kad tu then ada balance nanti diaorang akan pulangkan. Jadi kalau beli pun tak rugi kalau tak guna.












Kiteorang masuk dalam tu memang bergambar je la. Banyak port bergambar kan. Pertama kali juga bawak Ayhan so banyak la gambarnya. Kalau bawa kanak-kanak kena prepare lebih sikit la, bawakkan topi sebab panas ada kawasan yang tak ada bumbung, kena sediakan air dan kawasan tu luas jadi kalau tak larat dukung kena bawak stroller. I pakai carrier je. Kalau tak bawa pun tak apa dalam tu boleh sewa stroller, basikal macam-macam ada.



Kiteorang jalan dekat dalam tu lama jugak la walaupun dah pernah pergi sebab ada bahagian yang baru bukak yang I tak sempat explore lagi dulu. Itu pun Ayhan dah merengek tak selesa sebab panas. I dengan Aiman pun dah rimas berpeluh hahaha. Kiteorang kalau bab berpeluh ni memang cepat rimas. Dah settle tengok semua benda cepat-cepat keluar nak pergi mall ambil aircond hahaha. Kalau korang melawat Perak boleh la masukkan MAPS dalam list tempat yang korang nak lawati okay. MAPS ni dekat dengan Mydin Mall Meru Raya Ipoh, kena lalu Bulatan Amanjaya. I waze je senang.














2 comments

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.