Chicken Feet Stock Versi 2

Hai. Harini I nak kongsi resepi Chicken Feet Stock atau CFS versi kedua. Haritu I ada kongsi jugak versi pertama di SINI. Boleh tekan kalau nak tengok okay. Disebabkan stok haritu dah habis jadi I buat yang baru. CFS ni memang berguna sangat tau untuk mudahkan kerja memasak I. Rasa masakan untuk baby pun lebih sedap dan berperisa walaupun tak ada tambah gula, garam atau perisa tambahan. 



Untuk versi kedua ni I cuma tambah bahan baru sikit je. Mummy boleh la adjust bahan dia ikut suka nak tambah tolak itu ini bergantung pada bahan yang ada. Yang paling penting mesti la ada kaki ayam. Nama pun Chicken Feet Stock kan. Stock ni I baca membantu untuk bagi khasiat jugak dalam makanan anak jadi anak dapat banyak zat dan membantu elak sakit. Betul ke tak kita cuba je hahaha. Ayhan sampai Sembilan bulan ni Alhamdulillah tak ada demam, selseme dan batuk. Cuma kadang dia ada kahak yang buat batuk sikit-sikit je.





Jum tengok resepi CFS versi dua ni.

Bahan:
Kaki ayam
Saleri
Carrot
Bawang holand
Bawang putih
Sup bunjut
Tomato


I tak ada sukatan yang betul untuk bahan-bahan ni. I main letak je sesedap rasa. Bawang putih bawang holand tu I letak sebiji. Saleri I memang letak lebih.





Cara:
Cara dia senang je. Rebus semua dengan api paling perlahan selama 3-4 jam bergantung pada bahan tu. Kalau tengok tekstur kaki ayam dah lerai dari tulang, kuah dah keruh sangat kira dah siap la tu. Boleh tutup api, tapis dan tunggu sejuk lepastu boleh letak dalam bekas.



Cara I letak dalam bekas sos kecil-kecil beli dekat kedai plastic je. Ada mummy yang letak dalam bekas ais. Lepas dah beku boleh letak dalam plastic bag nak jimat space. Semua bergantung pada masing-masing. Kalau nak tengok step by step yang lebih jelas boleh tengok post Chicken Feet Stok Versi 1.



11 comments

  1. Wowww nanti boleh cuba ni aa...sedap nampak tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Airah Syahirah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian resipi CHICKEN FEET STOCK ni. boleh la saya cuba nanti kalau senang. hehe

    ReplyDelete
  4. Sis tak makan kaki ayam..rugi kan, tapi memang tak leh telan. Tapi boleh buat untuk anak sebab dia memang suka makan kaki ayam

    ReplyDelete
  5. Wah menarik juga ni buat sendiri stok ayam. Lepas ni haruslah Bella try. Kalau terdesak pakai kiub ayam ajelah jawabnya. Btw, suka makan sup kaki ayam. Hehe.

    ReplyDelete
  6. senang dan sangat praktikal..buat stok kalau nak masak sup dan sebagainya...tq atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. Bagus la petkongsian ni. Buat stock sendiri memang lagi bagus tak yah guna yg beli tu heheh banyak bahan perasa je

    ReplyDelete
  8. Senang aje menunye..bolelah cuba nie..tq for sharing

    ReplyDelete
  9. Senang je nak buat.. Nanti nak try.. Terima kasih kongsi ye.. Good job 👍

    ReplyDelete
  10. terima kasih sudi kongsi resepi cara but chicken feet stok ni.. pasni bolehlah sis cuba gak.. senang keja

    ReplyDelete
  11. betul senang buat banyak2 terus lps tu nak guna ambik je kan. home made giteww

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.