Menginap di Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum

Bulan 12 yang lepas, anniversary I dengan Aiman untuk tahun ke tiga, bulan 11 pula birthday Aiman dan bulan 9 pula birthday I. Tapi memang kiteorang tak celebrate beria pun, cuma wish dan pergi keluar makan je sebab awal-awal dah plan nak bercuti ke Port Dickson sebagai meraikan semua tarikh penting tu hahaha. Senang kumpul je semua tarikh penting sambut sehari je pergi bercuti.







Kali ni pilih Port Dickson sebab nak menginap di Grand Lexis Port Dickson. Aiman baik hati nak belanja tidur hotel mahal sikit haha. Grand Lexis ni hotel bertaraf empat bintang jadi I memang excited nak rasa pengalaman servis dan kualiti hotel empat bintang. Sebelum ni tidur hotel biasa-biasa je. Plan untuk menginap di sini memang kiteorang plan awal la. Book hotel pun awal sebab I suka rancang percutian elok-elok supaya semua orang gembira dan senang nak budget simpan duit.



Pilih tarikh pun weekdays sebab nak elak jem dan nak elak bersesak masa pergi tempat tumpuan. Nanti I cerita untuk post lain, tempat makan yang I singgah semasa di PD okay sebab kedai tu memang famous tapi bila pergi weekdays, tenang sangat!



Check in pukul 3 petang, lebih kurang 2.45 petang kiteorang sampai. Ikutkan dari Johor Bahru ke PD mengambil masa lebih kurang 3 jam. Gerak dari rumah agak lewat sikit lebih kurang pukul 12 tengah hari. Jadi sampai PD terus checkin je. Plan awal nak pergi jalan-jalan dulu pagi tu tapi hanya tinggal plan jela jadinya tak.

Bangunan hotel



Bahagian tempat parking


Kiteorang ikut waze je. I pergi mana-mana selalu guna waze je senang setakat ni okay je guna waze. Sampai je terus cari tempat parking dan checkin. Disebabkan kawasan Grand Lexis ni luas dan bilik banyak jadi kalau nak pergi mana-mana boleh call buggy je. I memang nak pergi mana semua call buggy sebab seronok jugak naik buggy tu lepastu nak jalan boleh tahan jauh, kita simpan la lemak ni.



Servis buggy memang pantas dan pekerja dia semua friendly dan membantu sangat. Bilik kiteorang jenis Garden Pool Villa dan booking dibuat melalui Agoda. Hotel yang I pernah menginap kebanyakkan book di Agoda je. Bilik ni garden view dan ada private pool. Private pool ni la tujuan utama pilih Grand Lexis sebab nak berendam puas-puas tanpa orang kacau haha.


Private pool


Depan bilik


I memang suka dengan garden view dia sebab cantik. Pokok redup dan hijau. Bilik ni ada wifi dan wifi slow la jugak Ayhan nak tengok Didi and Friends pun slow. Masuk bilik je boleh nampak ada dua katil king, ada tv dan bawah tv ada fridge kecil yang ada dua tin air free. Yang tak best I boleh nampak habuk-habuk kotoran bawah katil. Dekat bahagian kitchenette pula ada heater, cawan, mug dan pelbagai jenis teh serta Nescafe.


Toilet


Katil


Kitchenette


Pintu ke pool


Tv dan meja solek


Toilet bahagian cermin


Bilik mandi


Lalu terus lagi adalah bahagian bilik air. Bilik air bahagian cermin untuk bersiap tu dia besar tapi bahagian mandi dan toilet kecil sangat. Bahagian cermin buat besar-besar buat apa tak tau la. Deko ukiran yang ada dalam bilik tu macam style hotel lama haha.



Private pool
Pool dia mesti la best. Tahap kedalaman dia boleh tahan jugak bagi I yang pendek ni. Tak silap kolam dalam dia 1.2 meter. Waktu malam nak mandi tak best sangat sebab cahaya dekat pool tu malap sikit. Air waktu malam sejuk yang tu best. Bilik hotel dia selesa la bagi I. Ada hair dryer, bathrobes, iron pun lengkap, toiletries cukup dan tuala pun disediakan. Slippers bilik dia pun fancy jugak macam sandal biasa tapi I lupa tangkap gambar.



Breakfast
I ambil sekali pakej breakfast. Waktu breakfast tak silap dari pukul 7 pagi hingga 10.30 pagi. Pilihan makanan breakfast dia memang banyak dan kebanyakkannya sedap. Ada macaroni goreng, bubur nasi, pulut dengan kari, salad, pancake, pelbagai jenis roti, dimsum dan banyak lagi la. Breakfast dia sedap dan puas hati I makan. Dua kali juga la ulang ambil macaroni dan dimsum haha. 


Pool hotel


Muka Ayhan tu kenyang breakfast



Lepas breakfast, jalan-jalan kawasan hotel pula. Tengok pool, laut, taman permainan. Kawasan dia memang cantik. Sejuk mata memandang ada pokok-pokok lepastu dekat sangat dengan laut. Overall memang I rasa selesa menginap disini. Waktu checkout pula pukul 11. I rasa waktu checkout dia cepat sangat sebab biasa I checkout pukul 12 kan jadi rasa tak puas nak buat apa-apa. Masa terhad :( Harap I murah rezeki nak stay sini lagi. Nak try yang Sky Pool Villa, bilik atas air. I ada beberapa destinasi percutian lagi yang masih dalam rancangan nanti I kongsi lagi okay.



31 comments

  1. best jugak dapat sekali sekala manjakan diri. ^^

    ReplyDelete
  2. Mewah betul penginapan dia kan...kalau bercuti dengan family memang berbaloi..nak honeymoon sini pun sangat sesuai kan...ehhh jom laa nak skodeng-skodeng gak lee website dia...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa sekali sekala je ni. rindu jugak nak tidur hotel macam ni lagi huargh kena kumpul duit

      Delete
  3. Lama dah tak menginap kat sini. Dulu kat sini bilik ada swimming pool ni masih dalam pembinaan. Kalau dok sini nak berendam berapa lama pun takpe sebab ada privacy.

    ReplyDelete
  4. Rawlins rasa macam pernah duduk sini tapi ingat-ingat lupa haha. Rawlins teringin gak nak try Sky Pool Villa, jika ada rezki

    ReplyDelete
  5. Yeeeeeeaaaaaah!!!!!!! I visited Grand Lexis Hibiscus once. This place memang sesuai for honeymoon and family vacation. Happy Anniversary to you and hubby ya.

    ReplyDelete
  6. Best resort ni. Saya belum sampai lagi kat sini. hope one day dapat la kesempatan nak stay sini.

    ReplyDelete
  7. besar gak room dia tu ya. nanti boleh cubalah grand lexis ni. mesti best, berkubang dlm swim pool dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa besar dan selesa sangat. anak pun suka berendam. bawak kids la best

      Delete
  8. Sukanya private pool. 24jam la anak2 berendam. Lexis ni one of my list nak pergi nanti. Hehe

    ReplyDelete
  9. Bestnya selalu tengok orang pergi dan post pasal Grand Lexis Port Dickson ni menarik dan hotel selesa serta mewah hehehe kita tak tahu bila lagi nak sampai sini.. Ni yang ada private pool dalam bilik tu kan huhuhuh untung nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang wishlist tidur sini. kalau ada rezeki pun nak repeat lagi

      Delete
  10. teringin pegi sini, harga boleh tahan, tapi kalau tiket beli awal , dapat lagi murah kan? tak gayatke jalan atas air tu, haha risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la kena check hari yang paling murah sebab boleh tahan mahal jugak bagi kte

      Delete
  11. kalau ada private pool memang best la. yang perempuan tak perlu kelam kabut cari tudung yg sesuai utk mandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu suka privacy pool dia tak nampak orang

      Delete
  12. teringin nak stay sini jugak sebab pool dalam bilik ....tapi entah bilanya dapat peluang ...memang bestlah view dia semua ...berbaloi dan sesuai harga ....

    ReplyDelete
  13. Teringin juga nak bercuti dekat sini.. Harap ade rezwki. Huhu.. Cantik bilik dia.. Best sebab ade pool tu..

    ReplyDelete
  14. cantiknya... tak pernah sampai lagi.. kalau ada rezeki gi ke sana bolehlah masukkan dlm list... TQ for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena datang sini sebab best suasana dia and cantik

      Delete
  15. Bestnya lama dah teringan nak stay situ. Ada private pool baru best nak berendam kan 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ramai tertarik dengan private pool dia tu

      Delete
  16. bestnyaaaa. agak agak rate harga sama lagi tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha rasa tak sama dah. makin naik lagi-lagi 2022 ni

      Delete