Assalamualaikum
Bulan 12 yang lepas, anniversary I dengan Aiman untuk tahun ke tiga, bulan 11 pula birthday Aiman dan bulan 9 pula birthday I. Tapi memang kiteorang tak celebrate beria pun, cuma wish dan pergi keluar makan je sebab awal-awal dah plan nak bercuti ke Port Dickson sebagai meraikan semua tarikh penting tu hahaha. Senang kumpul je semua tarikh penting sambut sehari je pergi bercuti.
Kali ni pilih Port Dickson sebab nak menginap di Grand Lexis Port Dickson. Aiman baik hati nak belanja tidur hotel mahal sikit haha. Grand Lexis ni hotel bertaraf empat bintang jadi I memang excited nak rasa pengalaman servis dan kualiti hotel empat bintang. Sebelum ni tidur hotel biasa-biasa je. Plan untuk menginap di sini memang kiteorang plan awal la. Book hotel pun awal sebab I suka rancang percutian elok-elok supaya semua orang gembira dan senang nak budget simpan duit.
Pilih tarikh pun weekdays sebab nak elak jem dan nak elak bersesak masa pergi tempat tumpuan. Nanti I cerita untuk post lain, tempat makan yang I singgah semasa di PD okay sebab kedai tu memang famous tapi bila pergi weekdays, tenang sangat!
Check in pukul 3 petang, lebih kurang 2.45 petang kiteorang sampai. Ikutkan dari Johor Bahru ke PD mengambil masa lebih kurang 3 jam. Gerak dari rumah agak lewat sikit lebih kurang pukul 12 tengah hari. Jadi sampai PD terus checkin je. Plan awal nak pergi jalan-jalan dulu pagi tu tapi hanya tinggal plan jela jadinya tak.
Kiteorang ikut waze je. I pergi mana-mana selalu guna waze je senang setakat ni okay je guna waze. Sampai je terus cari tempat parking dan checkin. Disebabkan kawasan Grand Lexis ni luas dan bilik banyak jadi kalau nak pergi mana-mana boleh call buggy je. I memang nak pergi mana semua call buggy sebab seronok jugak naik buggy tu lepastu nak jalan boleh tahan jauh, kita simpan la lemak ni.
Servis buggy memang pantas dan pekerja dia semua friendly dan membantu sangat. Bilik kiteorang jenis Garden Pool Villa dan booking dibuat melalui Agoda. Hotel yang I pernah menginap kebanyakkan book di Agoda je. Bilik ni garden view dan ada private pool. Private pool ni la tujuan utama pilih Grand Lexis sebab nak berendam puas-puas tanpa orang kacau haha.
I memang suka dengan garden view dia sebab cantik. Pokok redup dan hijau. Bilik ni ada wifi dan wifi slow la jugak Ayhan nak tengok Didi and Friends pun slow. Masuk bilik je boleh nampak ada dua katil king, ada tv dan bawah tv ada fridge kecil yang ada dua tin air free. Yang tak best I boleh nampak habuk-habuk kotoran bawah katil. Dekat bahagian kitchenette pula ada heater, cawan, mug dan pelbagai jenis teh serta Nescafe.
Lalu terus lagi adalah bahagian bilik air. Bilik air bahagian cermin untuk bersiap tu dia besar tapi bahagian mandi dan toilet kecil sangat. Bahagian cermin buat besar-besar buat apa tak tau la. Deko ukiran yang ada dalam bilik tu macam style hotel lama haha.
Private pool
Pool dia mesti la best. Tahap kedalaman dia boleh tahan jugak bagi I yang pendek ni. Tak silap kolam dalam dia 1.2 meter. Waktu malam nak mandi tak best sangat sebab cahaya dekat pool tu malap sikit. Air waktu malam sejuk yang tu best. Bilik hotel dia selesa la bagi I. Ada hair dryer, bathrobes, iron pun lengkap, toiletries cukup dan tuala pun disediakan. Slippers bilik dia pun fancy jugak macam sandal biasa tapi I lupa tangkap gambar.
Breakfast
I ambil sekali pakej breakfast. Waktu breakfast tak silap dari pukul 7 pagi hingga 10.30 pagi. Pilihan makanan breakfast dia memang banyak dan kebanyakkannya sedap. Ada macaroni goreng, bubur nasi, pulut dengan kari, salad, pancake, pelbagai jenis roti, dimsum dan banyak lagi la. Breakfast dia sedap dan puas hati I makan. Dua kali juga la ulang ambil macaroni dan dimsum haha.
Lepas breakfast, jalan-jalan kawasan hotel pula. Tengok pool, laut, taman permainan. Kawasan dia memang cantik. Sejuk mata memandang ada pokok-pokok lepastu dekat sangat dengan laut. Overall memang I rasa selesa menginap disini. Waktu checkout pula pukul 11. I rasa waktu checkout dia cepat sangat sebab biasa I checkout pukul 12 kan jadi rasa tak puas nak buat apa-apa. Masa terhad :( Harap I murah rezeki nak stay sini lagi. Nak try yang Sky Pool Villa, bilik atas air. I ada beberapa destinasi percutian lagi yang masih dalam rancangan nanti I kongsi lagi okay.
best jugak dapat sekali sekala manjakan diri. ^^
ReplyDeletebetul tu. sesekali je dapat tidur hotel camni
DeleteMewah betul penginapan dia kan...kalau bercuti dengan family memang berbaloi..nak honeymoon sini pun sangat sesuai kan...ehhh jom laa nak skodeng-skodeng gak lee website dia...hehehehe
ReplyDeletehahhaa sekali sekala je ni. rindu jugak nak tidur hotel macam ni lagi huargh kena kumpul duit
DeleteLama dah tak menginap kat sini. Dulu kat sini bilik ada swimming pool ni masih dalam pembinaan. Kalau dok sini nak berendam berapa lama pun takpe sebab ada privacy.
ReplyDeletetu la seronok sebab ada privacy tu.
DeleteRawlins rasa macam pernah duduk sini tapi ingat-ingat lupa haha. Rawlins teringin gak nak try Sky Pool Villa, jika ada rezki
ReplyDeleteYeeeeeeaaaaaah!!!!!!! I visited Grand Lexis Hibiscus once. This place memang sesuai for honeymoon and family vacation. Happy Anniversary to you and hubby ya.
ReplyDeletethankss. tu la so seronok kena pergi lagi
DeleteBest resort ni. Saya belum sampai lagi kat sini. hope one day dapat la kesempatan nak stay sini.
ReplyDeleteamin semoga ada rezeki
Deletebesar gak room dia tu ya. nanti boleh cubalah grand lexis ni. mesti best, berkubang dlm swim pool dia tu
ReplyDeleteahaaa besar dan selesa sangat. anak pun suka berendam. bawak kids la best
DeleteSukanya private pool. 24jam la anak2 berendam. Lexis ni one of my list nak pergi nanti. Hehe
ReplyDeletebetul tu memang meriah la kalau bawak kids
DeleteBestnya selalu tengok orang pergi dan post pasal Grand Lexis Port Dickson ni menarik dan hotel selesa serta mewah hehehe kita tak tahu bila lagi nak sampai sini.. Ni yang ada private pool dalam bilik tu kan huhuhuh untung nya..
ReplyDeletebetul tu memang wishlist tidur sini. kalau ada rezeki pun nak repeat lagi
Deleteteringin pegi sini, harga boleh tahan, tapi kalau tiket beli awal , dapat lagi murah kan? tak gayatke jalan atas air tu, haha risau
ReplyDeletehahaha tu la kena check hari yang paling murah sebab boleh tahan mahal jugak bagi kte
Deletekalau ada private pool memang best la. yang perempuan tak perlu kelam kabut cari tudung yg sesuai utk mandi.
ReplyDeletebetul tu suka privacy pool dia tak nampak orang
Deleteteringin nak stay sini jugak sebab pool dalam bilik ....tapi entah bilanya dapat peluang ...memang bestlah view dia semua ...berbaloi dan sesuai harga ....
ReplyDeleteinsha Allah semoga ada rezeki
DeleteTeringin juga nak bercuti dekat sini.. Harap ade rezwki. Huhu.. Cantik bilik dia.. Best sebab ade pool tu..
ReplyDeleteAminn semoga ada rezeki
Deletecantiknya... tak pernah sampai lagi.. kalau ada rezeki gi ke sana bolehlah masukkan dlm list... TQ for sharing
ReplyDeletememang kena datang sini sebab best suasana dia and cantik
DeleteBestnya lama dah teringan nak stay situ. Ada private pool baru best nak berendam kan 😬
ReplyDeletebetul tu ramai tertarik dengan private pool dia tu
Deletebestnyaaaa. agak agak rate harga sama lagi tak
ReplyDeletehahaha rasa tak sama dah. makin naik lagi-lagi 2022 ni
Delete