Tempat Menarik di Port Dickson

Tempat Menarik di Port Dickson? Macam biasa sebelum plan nak pergi mana-mana I akan research dulu tempat mana best nak jalan-jalan. I memang rajin bab nak jalan-jalan ni siap buat notes, plan nak pakai baju apa, plan nak tangkap gambar dekat mana hahaha. Jadi bila dah survey tempat yang sesuai, ada la beberapa tempat yang sesuai nak bawa baby 10 bulan ni. Disebabkan bawa baby kan jadi tempat nak jalan-jalan, melawat kawasan agak terhad. 



Masjid Seri Sendayan
Kalau jalan-jalan berdua dengan Aiman memang panjang langkah kiteorang tapi sebab bawa baby semua benda kena ambil kisah. Baby meragam kita juga susah nak jalan kan. Jadi destinasi pertama yang korang boleh singgah adalah Masjid Sri Sedayan. Masjid ni terletak lebih kurang 3 minit dengan Grand Lexis tempat I menginap. Kenapa I berminat nak datang masjid ni sebab masjid ni cantik sangat! I tengok gambar orang-orang yang singgah sini, kemain photoshoot. 


Image result for masjid seri sendayan
(Photo credit: Tekan image)

Tapi sayang sebab I tak sempat singgah. Mampu masukkan dalam list tempat nak datang je. Next time mungkin. Kalau korang lalu kawasan dekat dengan masjid tu singgah la okay tengok masjid cantik sambil tu boleh la solat mengimarahkan masjid. 



Pantai Teluk Kemang
Pantai Teluk Kemang ni memang famous kalau korang datang Port Dickson. Rata-rata blog yang I baca semua suruh datang sini. I sempat datang dan memang meriah la banyak aktiviti mandi pantai, main jetski, main banana boat dan lain-lain. Kedai makan dan kedai jual cenderamata pun banyak disini. I singgah tangkap gambar dan tengok pemandangan je.








Pantai Tanjung Gemok
Ini lagi satu pantai yang dekat dengan Grand Lexis, Pantai Tanjung Gemok. I suka pergi pantai jadi memang list pantai lebih sikit. Pantai ni pun cantik juga kalau nak tangkap gambar. Masa I lalu dekat kawasan pantai tu ada orang tengah memancing dekat tebing kawasan pantai tu. 


Image result for pantai tanjung gemok
(Photo credit: Tekan image)

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang 
I memang nak bawa Ayhan pergi Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang ni sebab dia dah pandai tengok warna-warna, cahaya, lampu kelip-kelip semua jadi seronok la kot kalau dapat tengok ikan pelbagai jenis dalam akuarium ada lampu sekali. Tapi sini pun I tak sempat nak pergi hahaha. Trip kali ni rasa tak cukup masa betul. Nanti ada rezeki I nak pergi lagi bila Ayhan dah besar sikit dan boleh jalan.


Image result for pusat ikan hiasan teluk kemang
(Photo credit: Tekan image)



PD Waterfront
Destinasi terakhir dalam list I, PD Waterfront. Tak silap I ada terbaca PD Waterfront ni ada sebahagian juga masih dalam pembinaan. I tak sempat pergi, cuma tengok dari dalam kereta je jadi tak pasti sangat apa yang ada. Kalau nak cari fast food seperti KFC dan Mcd atau Starbuck ada dekat sini. Tempat dia pun cantik dari gambar-gambar yang dikongsi di blog orang lain. Boleh la singgah jalan-jalan dekat sini lepak tengok apa yang ada.


Image result for pd waterfront
(Photo credit: Tekan image)


Kalau korang pernah pergi Port Dickson atau Negeri Sembilan boleh la kongsi dengan I mana best nak jalan-jalan dan makan-makan sebab kemungkinan bulan raya nanti boleh la I singgah lagi weeeeee.





12 comments

  1. wahh bestnya.. xde kesempatan lg nk holiday kat pd.. huuu

    ReplyDelete
  2. memang banyak sangat tempat menarik kat PD ye. kak belum ada rezeki nak sampai. hehe

    ReplyDelete
  3. Last Rawlins ke PD adalah pada 2007 - astaga lama sangat tu. Nampak dah banyak pembangunan dan pantainya lebih bersih. Nanti boleh la nak buat staycation ke sana hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah pernah sampai ke tempat2 ni. Agak menarik cuma tu la kalo nak ke pantai saya lebih memilih untuk ke pantai timur sebab laut cantik dan lebih bersih

    ReplyDelete
  5. Canteknya tempat ni. Suka tengok. Kalau ke sini mmg akan beria berootd sebab cantekk

    ReplyDelete
  6. Belum pernah lagi berjalan jejah Port Dickson sebetul-betulnya, hanya lalu singgah-singgah aje..tak sangka cantik-cantik pemandangannya kann...

    ReplyDelete
  7. I have not been to Port Dickson for a long long time. wow it is so beautiful now. I shall make a trip there soon

    ReplyDelete
  8. Bersih sangat pemandangan pantai tanjung gemok dan pantai teluk kemang tu. Tak pernah lagi datang Port Dickson. Terima kasih buat entry tempat menarik macam ni. Boleh jadi rujukan orang ramai.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Masjid Seri Sedayan ... sekali tengok mcm Taj Mahal kaler putih... Nanti kalau saya ke arah PD lagi , boleh singgah solat disini sambil tgk keindahan arkitekual dia... thanks

    ReplyDelete
  10. Cantiknye Masjid Sendayan tu. Next time nak pergi la. Dulu selalu pergi tak tau pulak ada tempat ni.

    ReplyDelete
  11. POKERVVIP AGEN POKER TERPERCAYA
    *POKERVVP* Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.
    *1 User ID 8 Permainan : * Poker - * -Domino99-*BandarKiu-*Bandar Poker-*Adu Kiu-*-Capsa Susun-*-Sakong *-Bandar 66-*

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 10,000 ( Rekening)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)
    - Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)

    *Bonus Terbesar
    - Bonus CASHBACK 0.5%
    - Bonus Referral 15%

    Bandar Poker Online
    Agen Poker Online
    agen poker
    Cerita Dewasa
    Bandar Ceme
    bandar poker
    Poker Online
    Bandar Domino Online
    Agen Domino Online
    game terbaru

    ReplyDelete
  12. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.