Cara buat Dalgona Coffee Confirm Jadi

Hai. Korang patuh tak tu pada Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) yang dilaksanakan sekarang? Duduk rumah diam-diam okay jangan pergi mana-mana. Untuk kebaikan bersama jugak harap cepat la virus Covid-19 ni berlalu. Disebabkan PKP ni pelbagai jenis resepi lalu di Twitter dan Ig feed I, antaranya Coffee Dalgona yang I nak share dengan korang sekarang. Dah pernah cuba ke belum?





Sejak I jumpa resepi Dalgona Coffee, memang kerap sangat I buat. Kalau bangun awal pagi dan banyak masa terluang confirm I tanya Aiman ‘nak Dalgona Coffee tak?’.



I tengok ramai jugak yang dah cuba beberapa kali buat Dalgona Coffee ni tapi tak jadi kembang atau tak terapung bila letak dalam susu. Kenapa? I cuba bagi tips yang I jumpa dan try kenapa tak jadi okay. Kita tengok bahan yang diperlukan dahulu.



Bahan:
Nescafe
Gula
Air suam
Susu (Full cream, Fresh milk, any susu la)



Nescafe tu jangan guna yang instant 3 in 1 atau yang dah ada campuran apa-apa. Kalau boleh beli yang basic coffee kosong je. I guna jenama Indocafe je. Tak guna Nescafe pun. Gula pula kalau guna gula halus lagi senang dia cair masa letak air suam so tak rasa sangat ada gula berketul masa letak dalam susu nanti.



Cara:
Letak dua sudu Nescafe, dua sudu gula, dan dua sudu ke tiga sudu air suam. Air suam tu agak-agak untuk basahkan Nescafe dan gula lebih sikit macam tu. Jangan banyak sangat letak air okay nanti tak jadi sangat. I suka lebihkan gula sebab I suka manis. Jadi memang kena ikut taste masing-masing nak Nescafe dan gula banyak mana. Kalau nak rasa lebih coffee lebihkan la Nescafe tu.



Lepas dah letak ketiga-tiga bahan dalam mangkuk, boleh la mix guna apa yang ada dirumah. I pernah mix sampai kembang guna sudu/garfu dan mixer kek tu. Dedua okay je menjadi. I tengok ada juga yang goncang bahan-bahan ni dalam botol sampai kembang. Guna je apa yang ada di rumah tapi kalau guna sudu/garfu tu memang lenguh la tangan. Nak cepat siap guna mixer tapi tak semua orang ada mixer.



Bila dah kembang cantik boleh la letak ais dalam cawan, tuang susu kegemaran korang dan letak bahan yang dah dipukul tadi dalam cawan. Dah siap! Boleh la minum sambil tengok movie. I nak bagi peringatan sikit, kalau korang bukan selalu minum coffee atau minum kopi akan jadi berpeluh la, shaking la, better elakkan buat resepi kopi ni okay sebab risau ada effect lain pula sebab boleh tahan banyak kopi dan gula digunakan. Kalau boleh minum pun buat sekali sekala je okay. Lebih baik lebihkan minum air kosong musim banyak penyakit ni.



Semoga cepat la Covid-19 ni hilang dari muka bumi ni ya Allah.





6 comments

  1. nampak ramai gila try buat but since i'm not really a fan of coffee so i don't bother to even try hahaha.

    ReplyDelete
  2. tak berjaya lagi nak buat sebab order fresh milk ngan laki, balik tak ada belinya Haha

    ReplyDelete
  3. Oo senang je ye buat dia. Syaza belum pernah try lagi. Tapi nampak ramai betul dah cuba :)

    ReplyDelete
  4. Berminat nak cuba tapi sejenis cepat shaking bila minum kafein...telan air liur je la..hahah

    ReplyDelete
  5. kena try ni. haritu buat tapi tak menjadi haha

    ReplyDelete